"Take care, princess," ucap Faiz sebelum meluncur pergi. Aku tersenyum sambil memegang kedua-dua pipi. Blushing!

...

Seperti yang dijanjikan Faiz datang malam itu. Aku baru selesai menunaikan solat isyak. Aku bersiap ala kadar dan keluar bertemu Faiz yang menunggu di luar.

Menyedari kehadiran aku, Faiz menghadiahkan senyuman manis. Senyuman yang mampu menggoyangkan sekeping hati. Cewah!

"Awak bawa kereta siapa ni?" Soalku hairan melihat Faiz datang memandu kereta.

"Kereta aku lah. Kau ingat aku tak ada kereta ke?"

"Tak adalah selalu tengok awak dengan motor je. Tak pernah tengok awak drive kereta. Sebab tu saya tanya," aku menjawab perlahan.

"Aku suka naik motor. Senang. Tak payah pening pasal jammed," jawapan yang sama aku pernah dengar dari Sara dahulu. Aku hanya tersenyum mengangguk. Faiz membukakan pintu kereta untuk aku.

"Come," ajak Faiz.

"Kita nak ke mana ni, awak?" Aku menyoal sebelum Faiz menutup pintu.

"Ke hati aku," jawab Faiz lalu dia ketawa terbahak-bahak dan menutup pintu. Membahang lagi pipi aku kali ni. Faiz kemudiannya duduk di tempat pemandu. Sebelum bergerak, lelaki itu menghadiahkan senyuman buat aku. Meltinglah camni! Eh author ni lebih-lebih pulak feelingnya. Hahaha!

Faiz tenang memandu kereta. Ke mana destinasi kami, aku sendiri tak tahu. Malas mahu bertanya nanti mesti dia kenakan aku lagi. Jangan lah dia bawa pergi tempat-tempat yang formal, aku ni dah lah pakai jeans dengan tshirt lengan panjang biasa je.

Faiz membelok ke sebuah restoran. Setelah memakir kereta, kami berdua keluar dan beriringan ke meja yang disediakan. Kalau sebelum ini kami makan berdua, Faiz duduk di hadapan aku tapi kali ini dia memilih untuk duduk di sebelah aku. Kekok juga rasanya.

Pelayan datang mengambil pesanan kami dan berlalu.

"Cuti sem tak lama lagi. Kau balik kampung?" Soal Faiz memecah keheningan antara kami.

"Balik. Lagipun dah lama saya tak balik. Awak tak balik ke?"

"Entah. Kalau rajin aku baliklah," jawabnya bersahaja. Aku diam malas bertanya lanjut isu itu.

Makanan yang dipesan tiba. Aku dan Faiz masing-masing menikmati makan malam kami. Selesai makan, Faiz cuma memandu tanpa arah. Aku mengambil peluang bertanyakan tentang Nelly.

"Awak, Nelly tak tau ke yang awak dah tau pasal dia? Dia serang saya tadi sebab dia kata saya yang nak rampas awak dari dia sedangkan kita berdua takda apa-apa hubungan. Saya penatlah macam ni, Faiz. Saya datang sini nak belajar bukan nak libatkan diri dalam hubungan cinta korang," panjang lebar aku meluahkan perasaan.

Geram juga asyik dituduh macam-macam. Aku boleh bersabar selagi aku mampu. Tapi setiap kesabaran ada hadnya, bukan?

"Aku nak tengok sejauh mana dia boleh tipu aku. Sakit hati aku, Hana. Depan mata, dia curang dengan aku. Kami dah dua tahun bersama. Macam tak ada apa-apa erti je pada dia," wajah Faiz mendung.

Aku sedih tengok Faiz macam ni. Aku sedar aku dah mula sayangkan Faiz tapi aku tak boleh bagitahu dia apa yang aku rasa. Aku tak nak Nelly berjaya buktikan kata-kata dia, aku yang rampas Faiz darinya. No way!

Biarlah aku simpan je perasaan ni sendiri. Itu lebih baik.

"Awak tak rasa ke yang awak akan lagi sakit kalau terus diam, berpura-pura macam ni?"

"Entahlah, Hana. Biarlah dulu. Aku malas nak fikir apa-apa sekarang ni," katanya.

"Kalau dia attack saya lagi, macam mana?" Sengaja aku pancing.

Tak ada niat nak api-apikan Faiz tapi aku perlu fikir juga keselamatan diri. Kalau Nelly boleh serang aku kat rumah, tak mustahil dia boleh buat kat tempat lain.

"Aku kan ada," jawab Faiz spontan.

"Sebab jawapan awak ni lah saya dapat 'hadiah' ni" kataku mengunjuk pada bibir yang lebam.

Faiz mengeluh.

"Selesaikanlah masalah awak dengan Nelly. Saya tak nak terlibat. Antara kita pun tak pernah ada apa-apa. Saya cuma kawan awak je, Faiz. Nelly dah banyak salah anggap pada saya. Kita keluar ni pun saya rasa macam tak patut," kataku sedikit mengeluh.

"Dia boleh curang dengan aku, apasal aku tak boleh keluar dengan kau?"

"Faiz, dia tak tau pun yang awak tau kecurangan dia. Kalau dia tau, mungkin dia takkan bertindak macam siang tadi. Confront her. Bincanglah baik-baik. Apa pun keputusan awak dan Nelly buat tolonglah jangan ada kaitan dengan saya," aku kedengaran separuh merayu.

"Hana, kau sendiri tahu kau bukan punca atas apa yang jadi antara aku dan Nelly. Kau tak salah apa-apa. Aku akan selesaikan semuanya nanti," kata Faiz. Aku menarik nafas lega.

"Baguslah. Itu yang terbaik. Good luck, bro," ujarku lalu ketawa. Faiz turut ketawa.

Faiz akhirnya menghantar aku pulang sebelum tengah malam. Sewaktu aku mahu membuka pintu kereta, lelaki itu memanggil.

"Hana..," seru Faiz.

"Ya?" Aku menyahut.

"Janji dengan aku apa pun yang jadi, kau akan ada dengan aku?"

"Saya tak boleh janji tapi saya cuba. Kita kan kawan.."

Faiz mengangguk lemah.

"Thank you, awak. Hati-hati drive balik," ucapku sebelum membuka pintu kereta.

"Goodnight, princess," jawapan Faiz sempat ditangkap oleh telingaku membuatkan aku tersenyum.

'Goodnight, My Knights Armor'. Ucapan yang hanya mampu aku balas dalam hati.

Satu chap dulu ok? Sis baru smp rumah sebenarnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Satu chap dulu ok? Sis baru smp rumah sebenarnya. Huhu.

Sok sis publish lg..stay tune😉

BUTAKAH CINTA ©️ Where stories live. Discover now