"Kevin... kau fikir tak apa yang aku tengah fikir?,"soal Ohm.

Kevin mengerutkan dahinya lagi. Seraya itu dia menggelengkan. Dia ingat aku ni ada kuasa baca minda ke? Hish i kennot brain lah.

"Tak. Aduh kau ni... cakap jelah jelas-jelas"

"Apa kata... kalau kita pergi senyap-senyap ke Planet Elemen tu?"

Kevin ternganga kerana terkejut. Riak wajahnya langsung tak di kawal. Kulitnya yang sawo matang berubah pucat kebiruan.

"Kita? Pergi sana? Tanpa bagitahu yang lain?"

Ohm sekadar mengangguk menjawab persoalan Kevin.

"Eh kau dah gila ke?! Kita berdua mana mampu!" bantah Kevin.

"Bukan kita berdua..."

Kevin mengerutkan dahi tanda tidak mengerti. Ohm kelihatan sungguh serius dengan perancangan yang hendak dijalankannya kali ini, bukan calang-calang Ohm bila dah serius!

"Tapi aku akan pergi ke sana seorang diri. Dan aku perlukan pertolongan kau untuk hantar aku ke sana,"jelas Ohm lagi.

"Kau nak pergi seorang diri? Kau yakin ke? Kau betul-betul dah nekad gila ni. Macam mana pula dengan aku?" soal Kevin.

"Kau perlu tinggal di sini supaya kau boleh laporkan pada aku apa-apa yang terjadi di sini. Selain itu, dengan kau tinggal kat sini akan buatkan diorang semua tak perasan kehilangan aku"

Kevin berfikir sejenak. Macam betul juga apa yang Ohm kata tu. Dengan semangat juangnya dan nekadnya kali ini, mungkin Ohm dapat buktikan kehebatan dirinya juga.

"Okay aku ikut rancangan kau. Tapi kau hati-hati tau. Kita tak tahu apa-apa tentang keadaan tempat di Planet Elemen tu," sempat Kevin memberi sepatah dua nasihat kepada Ohm.

"Ya-ya aku tahu. Dah, cepat! Buka portal untuk aku ke sana sebelum ada sesiapa yang perasan perbuatan kita ni," desak Ohm kepada Kevin sambil matanya meliar ke sekeliling untuk memastikan tiada mata yang memerhati mereka.

Kevin berundur beberapa tapak ke belakang untuk menjarakkan diri sedikit daripada Ohm dan membuka ruang untuknya memunculkan portal.

Kevin meggerakkan kedua-dua tangannya ke udara sambil mengumpulkan tenaga. Cahaya-cahaya malap berwarna keunguan mula terbentuk mengelilingi kedua tapak tangan Kevin.

Apabila sudah banyak aura ungu itu terbentuk, Kevin membuka telapak tangannya dan mengumpul kesemua kuasanya itu membentuk satu bebola lalu terus dicampakkan ke hadapan.

ZUP!

Sekelip mata, satu portal bersaiz 2 kaki terbentuk. Portal yang akan menghantar Ohm ke satu tempat yang tidak diketahui demi satu matlamat, membawa kesemua 11 budak elemental itu dan membuktikan bahawa kekuatan dirinya layak diiktiraf.

Tanpa sedikit keraguan pun yang membuku di hati, Ohm memicingkan mata dan segera melompat masuk ke dalam portal dan meninggalkan Kevin sendiri di perkarangan istana.

Ohm membuka matanya semula dan alangkah terkejutnya dia apabila dia diihantar ke tengah-tengah pasar raya yang sangat sibuk dan riuh dengan orang ramai. Tetapi riuh yang berlaku kini bukanlah disebabkan aktiviti jual beli penghuni pasar, tetapi disebabkan oleh jeritan mereka semua yang mula melarikan diri dari Ohm.

Jelas kelihatan perasaan takut pada riak muka mereka semua. Takut ada, keliru pun ada. Masakan tidak, tiba-tiba muncul seorang lelaki asing di tengah pasar.

Tanpa sempat pun Ohm memberi reaksi, tiba-tiba bunyi telapak kuda yang sedang berlari kedengaran. Bunyi telapak kuda itu semakin kuat menandakan bahawa ianya mendekati tempat itu.

Ohm terkejut. Terdapat lapan orang lelaki gagah yang lengkap berpakaian baju besi beserta kuda perang datang menghadapnya.

"Tunggu... aku datang secara aman". Sempat juga Ohm melayangkan jari telunjuk dan jari tengahnya ke udara membentuk simbol 'peace'.

Tetapi reaksi mereka bukanlah seperti yang Ohm harapkan. Kelapan-lapan askar berkuda itu mula mengelilinginya seperti bumi yang mengikut paksinya mengelilingi matahari.

"Serah diri! Tundukkan kepala! Angkat tangan ke udara dan melutut ke tanah!"

Arahan tegas itu diberi oleh salah seorang askar yang paling gagah di antara mereka kepada Ohm, nampak gayanya seperti ketua mereka .

Ohm mengangkat tangannya ke udara. Lalu dia menundukkan kepalanya menukur lantai. Dia menunjukkan tanda-tanda akur akan arahan awal yang diberi.

Tetapi Ohm kekal begitu sahaja untik beberapa saat.

Semua askar berpandangan sesama sendiri. Mereka memberi isyarat kepada ketua mereka tadi dengan cara menjongketkan bahu mereka. Ketua mereka itu mengangguk lalu fokus memandang Ohm semula.

"Melutut ke tanah sekali! Tak dengar ke aku cakap tadi!"

Ohm masih begitu. Hanya tunduk dan mengangkat tangan, tetapi tidak menurut untuk melutut.

"Kau tak dengar arahan ye! Aku suruh kau--"

"Ribut Taufan!"

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now