Encounter 37

416 66 2
                                    

A picture of the cast Lee Jong Suk as Aulhaq ^^

♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️♨️

"Tu kenderaan ke??" Anis menepuk belakang seat Az'am.

Spreeett..Stereng kenderaan terpusing sikit akibat terkejut.

"Y-Yea. Probably unit aku."

"Ehhh berhentilahh! Suruh lori tu berhenti!" Anis menjerit boleh tahan kuatnya sampai buat mereka yang telah lama lelap terjaga semula.

"Pft. Buat apa??" Lalu kenderaan tadi hilang dari pandangan. Nampak macam kenderaan/lori itu ingin masuk ke Johor semula manakala Anis and the geng ini mahu bla dari Johor.

Pada masa yang sama,

"Ehh itu lori yang sama?? Kenderaan lain? Serius lahh?" Alya terus menegakkan badannya. Kedua-dua matanya tidak henti melirik ke arah kenderaan yang sudah berlalu pergi ke arah bertentangan dengan arah kenderaannya.

"Hmm. Maybe unit lain. Kenapa?" tanya Zayne bersahaja. Dia berasa sedikit pelik dek Alya tetiba tanya macam orang tak pernah tengok kereta in real life. Atau hakikatnya macam tak pernah nampak manusia normal yang hidup yang lain daripadanya.

"Takdelah..ehhem..tanya je." Tah kenapa hati Alya dapat rasakan dia sepatutnya hentikan kenderaan tadi dan..lihat 'siapa' yang ada di dalam itu.

Dia just dapat rasakan..

⚠️⚠️⚠️

"Kita lawan." kata Aulhaq sambil membetulkan kedudukan cermin matanya. Kedua-dua tangan sudah dikepal menjadi penumbuk.

"Oi! Kau gila ke? Kita mana ada apa-apa senjata!" Ariq terus menjerit tak tentu fasal dengan idea bernas-tak-bernas Aulhaq itu. Husna di sebelah sudah mengangguk-geleng cemas dek zombies yang semakin hampir. Dia sendiri tak sure whether itu je memang pilihan yang mereka ada atau rancangan itu langsung tidak masuk akal.

"Habistu kau nak kita buat apa?!" Aulhaq menengking balik.

Salah satu zombies itu berlari dan lari sehinggalah tiba beberapa kaki daripada diri Aulhaq lalu ia terus menerkam Aulhaq tanpa second thoughts- like zombies boleh berfikir lol. Namun, Aulhaq dengan tangkasnya dapat menahan badan zombie itu terlebih dahulu. Tendangan milik Aulhaq dilepaskan dan zombie itu terjatuh menyembam jalan raya tar.

Zombie tu nampak sangat struggle nak bangun sehinggakan dahi Aulhaq berkerut. Dia pun keliru sama ada nak terus berlawan dan fokus kepada zombies lain atau ketawakan zombie tersebut.

Yep, memang personaliti Aulhaq- tanpa membuang masa, dia berlari ke arah zombie itu dan memijak perutnya beberapa kali sebelum kakinya dicengkam oleh zombie yang menyerangnya tadi. Dengan itu membuatkan dia fikir balik bahawa mungkin menyerang lagi zombie itu was a bad idea.

Aulhaq menepis dan menyepak tepi zombie itu dan tetiba ada lagi satu zombie datang ke arahnya dan menolak Aulhaq jatuh.

Kini, dia pula yang struggle nak bangun. Sungguh struggle.

Zombie itu menyasarkan muka tampannya-eh ceyh but hakikat uhuks- sambil giginya terketap-ketap kuat. Air liur yang mungkin berbaur darah berwarna hitam pekat mengalir keluar dari mulut zombie tersebut sehingga menitik di atas kaca mata Aulhaq. Berkerut-kerut dahi dia cuba nak menahan kegelian itu. Baunya jangan cerita lah.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now