𝐏𝐫𝐨𝐥𝐨𝐠

1.4K 150 56
                                    


'Siapa yang mereka panggil sebagai Veronica? Aku ke?'

**********

Melissa menggerak-gerakkan bebola biji matanya setelah tidak tahan diganggu gara-gara bunyi bising yang berada di sekelilingnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Melissa menggerak-gerakkan bebola biji matanya setelah tidak tahan diganggu gara-gara bunyi bising yang berada di sekelilingnya. Dirinya yang tidak sedarkan diri mulai terjaga dari lena yang cukup panjang.

"Macam mana keadaan Veronica? Dia masih tidak sedarkan dirinya lagi ke?"

Tanya seorang lelaki yang umurnya mungkin dalam lingkungan pertengahan 20-an.

Dari nadanya, Melissa dapat kesan perasaan yang bercampur aduk dengan cemas dan panik.

"Oh anakku, bangunlah sayang.Ibu rindukan Veronica... "

Raungan wanita yang kedudukannya berada sangat dekat dengan Melissa membingitkan telinganya.

'Dah kenapa perempuan ni meraung macam orang gila.Siapa pula lah Veronica tu?.'

Dahi Melissa berkerut-kerut, agak kurang senang dengan perlakuan wanita tersebut.

Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk membuka kedua-dua belah mata setelah plan mahu berpura-pura pengsan tidak berjalan lancar.

Muak pula dengan raungan tak berpenghujung keluar dari mulut wanita tidak jauh darinya.

Mata bundar milik Melissa merenung orang yang berada disekelilingnya dengan pandangan hairan.

'Siapa mereka ni? Aku tak kenal walau seorang pun. Dekat mana aku ni? Ni bukan bilik tidur aku.'

Bertalu-talu soalan memenuhi kotak fikiran Melissa.

"Cik muda!"

"Sayangku! "

"Veronica... "

"Cik Veronica! "

Melissa terpegun. Matanya terbeliak tanda dirinya terkejut dengan reaksi orang-orang di sekelilingnya.

' Siapa yang mereka panggil sebagai Veronica? Aku ke?. '

Kepalanya tanpa sedar di pusingkan ke kiri dan ke kanan mencari siapakah gerangan manusia yang bernama Veronica itu.

Serentak sekumpulan manusia yang tidak dikenali oleh Melissa datang menyerbu ke arahnya bagaikan sekumpulan semut mengelilingi timbunan gula.

Wanita yang di katakan gila kerana meraung tak henti-henti itu pantas memeluk tubuh badan Melissa dengan erat seperti takut Melisaa akan hilang dari pandangan matanya bila-bila masa.

Sesak nafas Melissa dibuatnya dengan pelukan 'maut' daripada wanita gila tersebut. Dia memberikan pandangan yang tajam kepada wanita tersebut.

Jelas menunjukkan dirinya kurang senang dengan kedudukan mereka berdua.

Wanita tersebut seakan-akan tidak melihat pandangan yang dilemparkan oleh Melissa dan terus mengusap wajah Melissa dengan lembut. Jelas terpancar kasih sayang yang tak berbelah bahagi untuknya dengan hanya pandangan matanya.

"Sayang, kamu buatkan ibu sangat takut dengan keadaan kamu sebentar tadi. Hampir gugur tahu jantung ibu bila dengar daripada Puan Marcia yang kamu terjatuh dalam lubang besar di Taman Rose Indah. Kalaulah Encik Que tidak menjumpai kamu yang tidak sedarkan diri tadi, apalah nasib kamu nanti Veronica kesayangan ibu... "

Wanita yang masih lagi mendakap Melissa mulai menangis teresak-esak. Melissa hanya mampu mengeluh nafas berat sambil memutarkan bebola matanya. Such a Drama Queen.

Tak semena-mena kepalanya berdenyut-denyut dengan kuat membuatkan Melissa memegang kepalanya dengan kedua-dua belah tangan.

Denyutan dikepala yang dirasainya, terasa seperti ditusuk dengan pisau beratus-ratus kali. Ah, sakitnya! Macam nak pecah kepala otak ini.

Kesakitan yang dialami oleh Melissa membuatkan dirinya rebah semula di atas katil yang empuk sebelum pengsan akibat kepenatan.

Wanita yang masih memeluk badan Melissa mulai berasa panik kembali setelah melihat keadaan satu-satunya anak perempuan kesayangannya terkulai layu dalam dakapannya.

"Puan Marcia! Panggilkan doktor semula! Cepat!"

Akibat berasa panik yang amat membuatkan suaranya lantang menjerit.

Badan Melissa yang lemah ditarik rapat ke dadanya seperti sang singa betina mempertahankan anaknya.

Matanya tadi berair kini bertukar tajam, setajam mata helang.

Lelaki yang segak bergaya- mungkin pada mata kasar dalam lingkungan 20-an, tak lain tak bukan, Marquis Ivern sedari tadi diam tidak berkutik sambil bersandar di dindinh penjuru bilik.

Dia cuma menggeleng kepala melihat perlakuan si isteri seperti histeria kehilangan Veronica.

Dia juga risaukan keadaan anak kesayangannya yang selama ini ditatang bagaikan minyak yang penuh. Tetapi dalam keadaan yang kelam-kabut seperti sekarang sewajarnya dia berfikiran rasional dan tidak mengikutkan kata hatinya.

"Sayang, bawa bertenang. Sekejap lagi doktor akan datang. Baringkan dulu Veronica di katilnya supaya dia boleh bernafas dengan baik. Takkan awak mahu peluk je dia sehingga doktor datang, hurmm?"

Dengan lembut Marquis Ivern menenangkan hati isterinya yang juga merupakan Marchioness Vanessa, ibu kepada Veronica Ivern.

Air mata yang masih berlinangan di tubir mata milik Vanessa segera dilap perlahan. Bibir merah yang terbentuk cantik miliknya diketap lembut dan dengan berhati-hati seakan-akan memegang kaca yang mudah pecah, tubuh kecil anaknya , Veronica dibaringkan dikatilnya semula.

Marquis Ivern tersenyum kelegaan. Dia membongkokkan badannya lalu berbisik perlahan di telinga Vanessa , "jomlah kita keluar sebentar.Ambil angin petang sambil tenangkan fikiran awak tu. Abang tahu awak risaukan anak kita tetapi biarkan doktor periksa dulu keadaannya"

Serentak, pasangan suami isteri tersebut melangkah keluar dari bilik anaknya dengan hati yang berat dan sarat dengan kerisauan.

Dalam hati mereka tidak putus-putus berdoa agar anak mereka kembali membuka matanya sambil tersenyum manis seperti sedia kala.

*.·:·.☽✧    ✦    ✧☾.·:·.*

[Aku ingat nak unpublish cerita ni sehinggalah idea datang.. tapi aku gagahkan diri ini untuk publish balik. Sebab, why not? XD]

Ways To Survive As A Villainess[OG]Where stories live. Discover now