⟩⟩Para pembaca dinasihatkan agar menukar theme kepada 'black' . Supaya dapat lebih menghayati bab ini⟨⟨‼️𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍‼️
Bab ini mengandungi unsur pembulian dan keganasan.
PANGG!!!Tamparan itu menghasilkan bunyi yang sangat kuat.
"Sedap kena penangan aku?"
Tanya sebuah suara yang gemersik merdu namun kedengaran sangat sinis.
Clara Odett terkedu. Pipi gebu yang dicemburui ramai itu telah dinodai dengan kesan tapak tangan.
Tangannya terketar-ketar memegang pipinya tanpa sebarang kata.
Air mata bertakungan di tubir mata berwarna coklat keperangan yang bersinar gemerlapan.
Veronica Irven berdecit kegeraman. Jijik sungguh dia dengan gadis yang tiada taraf seperti dirinya. Hanya sekadar anak angkat yang dikutip oleh Baron Odett.
Entah celah tong sampah mana Baron Odett mengutip perempuan jalang seperti Clara ini, Veronica tidak mahu ambil tahu.
Apa yang pasti telapak tangan terasa kebas. Namun kesakitan yang dirasai tidak sesakit hatinya.
Siapa sanggup melihat tunang yang dicintai bermesra-mesraan bersama perempuan lain?
YOU ARE READING
Ways To Survive As A Villainess[OG]
Adventure"𝐈𝐧 𝐨𝐫𝐝𝐞𝐫 𝐭𝐨 𝐬𝐚𝐯𝐞 𝐦𝐲𝐬𝐞𝐥𝐟, 𝐈 𝐦𝐮𝐬𝐭 𝐝𝐞𝐬𝐭𝐫𝐨𝐲 𝐟𝐢𝐫𝐬𝐭 𝐭𝐡𝐞 '𝐦𝐞' 𝐈 𝐰𝐚𝐬 𝐭𝐨𝐥𝐝 𝐭𝐨 𝐛𝐞" - 𝐕𝐞𝐫𝐨𝐧𝐢𝐜𝐚 𝐈𝐫𝐯𝐞𝐧 Tamat sudah riwayat hidup seorang Melissa. Aik? Belum apa...