Anis mengangguk nak-tak-nak. Fikirnya, soalan apa Jihah tanya dia nih..of course dia okay, kalau tak pun sebab apa pula, kan. "Ok je..kenapa?"

"Takdelah..kita tengok awak ni lain macam—"

"Ehhem..takdelah. Kita biasa je. Dahlah tidur..tidur. Ini merupakan perjalanan yang memakan masa yang agak lama. So, appreciate this valuable 'napping' times." Anis memotong dan sempat ber-speaking di akhir ayat.

Mereka yang lain memandang diirnya pelik tetapi mengangguk sahaja kerana malas nak berbalah.

Farra sudah melentokkan kepalanya di atas bahu Anis sambil menutupkan kedua-dua matanya. Jihah dan Fatin pula memasing telah menyandarkan kepala. Mata dipejam dan menunggu masa nak terlelap sahaja. Meanwhile.. Anis?

 'Kenapalah aku habiskan battery phone aku..' kekesalan sahaja yang tinggal.

⚠️⚠️⚠️

"Huaahh.." Alya mengangkat kepalanya dari atas stereng kereta itu. Dia menggerakkan sedikit tubuhnya dan membuat regangan. Kaki juga diangkat menjauhi brek dan tempat tekan minyak. "Umphh.." dia mendesah sakit perlahan.

Setelah itu, perkara yang kini asyik merunsingkan mindanya dia baru teringat; tentang semalam kesakitan di bawah sebelah kakinya menyerangnya lagi.

Alya pusing ke kirinya dan mendapati Zayne masih tidur nyenyak. Dia menarik ke tepi pintu kecil berbentuk kotak di belakangnya juga dan mendapati semua orang masih tidur.

"Ehhem.." dia memegang tekaknya. Sedikit tudungnya diangkat lalu dia meletakkan jari-jarinya di bawah dagu kemudian leher. Humph, dia cuma rasa tak sedap badan. Tiba-tiba sahaja badannya mengeluarkan peluh yang banyak dan tak semena-mena rasa panas yang bukan panas bebiasa macam kena pancaran matahari, just macam panas apabila seseorang demam.

Alya pantas mencapai beg plastik di bawah kaki tempat duduk Zayne dan membukanya dengan rakus. Jumpa sahaja sebotol air mineral dia buka dengan laju dan terus meneguk airnya macam orang yang baru jalan satu batu di kawasan gurun yang tidak mempunyai bekalan minuman.

"You're awake—"

"Hukk! Uhuk-uhuk.." hampir tercekik dibuatnya akibat terkejut dengan suara maskulin milik Zayne yang tetiba menyapa telinganya.

"Kita kat mana dah?"

"Dah sampai JB. Tinggal nak exit highway ni je.." sebut sahaja perkataan highway, Zayne terus memandang hadapannya.

"Urmm." Zayne men-gulp. Tak sangka pula dia jalan highway sini banyak kereta terbiar. Jangan cakap terbiar je, terbalik pun ada.

Alya yang nampak Zayne merenung hadapannya lama semacam pun berkata, "ouhh..sokay lah, aku rasa jalan depan nanti dah takdek dah kereta-kereta nih.." Zayne masih merenung kosong pandangan di hadapannya dan tidak membalas apa-apa.

"Err..nah." Alya menghulurkan Zayne sebotol air mineral dan snacks yang diambil oleh Zayne semalam semasa mereka isi minyak kenderaan yang dinaiki. Zayne pun pantas mengambilnya tanpa memandang Alya mahupun berterima kasih kepadanya.

Well, Alya tidak kisah, so dia hanya sambung meneguk air dan membuka plastik makanan yang diambil untuk dirinya. Not to mention, makanan-makanan tupun dia makan dengan laju but bukan kategori gelojoh lagi.. bukan apa.. somehow, dia berasa sangat lapar dan dahaga sedari tadi selepas menyedari badannya mengeluarkan peluh yang banyak. Mungkin juga memang disebabkan dia tidak makan buat suatu tempoh yang lama.

Exam Dibatalkan -- [✓]Where stories live. Discover now