" akak , kita borak sambil makan" Faiza mengambil tempat di sebelah aku .
" Faiza , akak nak tanya ni ." aku membuka mulut sebaik sahaja Faiza duduk di sebelah aku .
" tanya je pape " Dia menayangkan riak selamba .
" si Zira tu buat apa balik sini ?" soal aku .
" ohho . Dia tu nak ambik SPM . Makbapan dia belum balik lagi . Masih stay kat New York . " terang Faiza .
" oo . Dia tu syok dengan abang Farhan kamu tu ke ? " soalku lagi .
Faiza tersenyum .
" ha'a . Dulu dia gedik giler kak . Paksa mama dia kahwinkan dia dengan Farhan . Tapi mama tak nak . Mak dia tu pun satu . Ikut je kehendak anak . " Faiza mencebik ." Faiza Faiza . Pandai betul berceloteh " aku menggeleng kepala .
" eh akak ni . Cakap macam Faiza ni budak kecik pulak . Faiza dah 15 tahun tau kak " Faiza membuat muka yang angkuh .
Kami berbual sehingga masuk waktu Asar . Aku meminta diri untuk menunaikan solat Asar . Sebaik sahaja tiba di bilik , aku melihat Farhan baru sahaja selesai ambil wudhu' .
" Qilah , ambik wudhu' , aku tunggu " Farhan memberi arahan .
Aku hanya menangguk .
Selesai solat Asar aku duduk di atas katil . Aku merasakan Farhan duduk di sebelah aku .
" kau dari mana ? Baru nampak muka " Farhan mencapai handphonenya .
" aku dari bilik Faiza . Teman dia . " mata aku masih fokus pada telefon .
Sedang elok aku dan Farhan bergaduh di dalam whatsapp group kawan kami , tiba tiba pintu di ketuk . Pelik kan ? Dah duduk sebelah sebelah pun nak gaduh gak kat whatsapp tu . Hadoi hadoi hadoi😂 .
" kau bukak " aku menyuruh Farhan .
" kaulah bukak "
" kaulah "
" kaulah bukak "
" ish yelah yelah " aku mengalah lalu bangkit dari duduk .
Buka sahaja pintu maka , terpancullah wajah sotong . Sapa sotong ? Si Zira tulah .
Dia membuat muka meluat .
" mana Farhan " dia menyoal angkuh .
" nape? " aku pun taknak ngalah enn ?
" eh bagitau jelah mana dia . Panggil dia " Dia menjeling aku .
" ish menyusahkan betul ." aku merungut .
" Farhan , ni Zira panggil kau ." aku memalingkan badan aku untuk menghadap Farhan .
Dia bingkas bangun . Amboi kau ! Tadi bukan main lagi kau malas enn ?
" ye ada apa ? " dia menyoal dalam nada yang lembut .
" emm Farhaann . Jom teman I jogging " Zira melentok lentokkan badannya . Suara di manjakan . Memang dia ni spesies gedik ter over erk ?
" tak bolehlah Zira . I nak teman Qilah jap " uu terharunya . Eh wait...what ?! Kau jual nama aku ?
Zira menjeling aku .
" ala Farhaaaaa , jomlah " suaranya makin dilunakkan .
Farhan berfikir sejenak . Dia tersenyum .
" boleh . But , with one condition " Farhan menunjukkan jari telunjuknya .
" what is it ?" Zira bertanya teruja .
" Aqilah must join us . And Aqilah , by hook or by crook you must join us " Farhan memberi arahan tegas .
YOU ARE READING
I Love You , Ketua Pengawas✔
RomanceAin Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pula tidak menyukai Farhan . Begitu juga Farhan . Namun perasaan itu mulai bergelora apabila sebuah ikatan perkahwinan terjalin antara mereka...
ILYKP [13]
Start from the beginning