Paling pedih awak sama kan saya dengan arwah ibu, itu memang dah melampau Ahmad Firdaus. Itu namanya menghina dan menfitnah saya dan arwah ibu! Ibu saya bukan perempuan murahan macam awak sangkakan!" 

Air mataku akhirnya tertumpas juga.

Dia jilat hujung bibir yang terasa pijar. Kemudian dia mengucap kata maaf.

"Sya...maafkan saya. Saya tak terniat pun nak cakap macam tu. Saya..."

"Sudah Firdaus! Senang awak cakap. Kata-kata awak tadi buat saya bersyukur sangat tidak memilih awak sebagai suami saya. Menyesal saya masih mengharapkan awak!" 

Terus aku lemparkan kad kahwin tepat mengena wajahnya dan mahu berlalu pergi dari situ. 

"Sya! Sya! Jangan tinggalkan saya..." 

Dia mengejar dari belakang. 

Aku berlari anak dan membolos masuk ke dalam kereta dan cepat-cepat mengunci pintu. Dia di luar sudah mengetuk cermin kereta. 

"Sya kenapa ni?" 

Zalia bertanya dalam nada cuak. 

Tak mampu untuk menjawab terus aku memeluk dia dan menangis sepuas hati. Membiarkan Firdaus meroyan di luar kereta. 

"Cuba cerita pada aku, apa yang berlaku sebenarnya?" soal Zalia setelah aku kembali tenang. 

Aku mengeluh sambil menyandar ke belakang kerusi. Dari hujung mata aku masih dapat melihat Firdaus sedang merayu. Meminta aku membuka pintu kereta. 

"Dia tuduh aku hamil, Za..."

"Gila ke apa dia tu!"

"Entahlah Za, aku tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Nak gembira atau nak kecewa," jawabku sambil mengesat sisa air mata. 

"Dia memang dah melampau sangat. Kau tunggu dalam ni. Biar aku berhadapan dengan lelaki tak guna tu!"

"Zalia!"

 Tak sempat nak menghalang dia sudahpun selamat keluar. 

Aku melihat Zalia sudah membebel marahkan Firdaus. Lelaki itu hanya mampu menunduk. Tak mahu masalah ini semakin rumit aku buka pintu. Mahu leraikan mereka. 

"Sya, maafkan Fir. Fir tak sengaja," suara Firdaus sebaik aku keluar dari kereta. 

"Senangnya jadi kau kan? Kau tuduh dia macam-macam lepastu kau minta maaf? Kau ingat ini drama melayu ke?" tempelak Zalia lagi. 

Firdaus tidak menghiraukan kata-kata Zalia, dia mahu mendekati aku. 

Zalia bijak membaca terus menghalang. 

"Jangan kau berani sentuh atau rapat dengan Sya lagi. Aku tak akan izinkan! Mulai saat ni jangan pernah hubungi dia, faham!"

Habis bicaranya, Zalia terus mengheret aku masuk kereta di sebelah tempat penumpang. Dia berlari dan memasuk kereta menghidupkan enjin lalu meluncur pergi. 

Aku kalih belakang kereta. Melihat wajah Firdaus yang kelihatan sugul. 

"Kau masih nak tengok dia lagi? Sya bukak sikit hati kau tu! Dia dah hina kau. Pijak-pijak maruah masih lagi kau nak pandang? Dah lupakan dia. Sekarang kau pun dah nak kahwin dengan pilihan ma kau jadi lupakan dia!" marah Zalia. 

Matanya setia fokus pada pemanduan. Sekali sekali dia menjeling aku di sebelah.

"Za, cakap memang senang tapi nak melupakan dia setelah bertahun lama kami bercinta susah Za," balasku bersahaja. 

Hanya kedengaran suara keluhan berat sahaja dari Zalia. Mungkin hilang kata untuk menasihati aku yang keras hati ini. 


HARI yang paling ditunggu-tunggu oleh mama telahpun tiba. Hari di mana aku bakal disatukan dengan Usyair Firas dengan secara rasminya malam nanti. Hatiku masih terasa kosong, takde rasa apa-apa. Aku cuba juga untuk buka menerima dia dengan seikhlas hati. Berharap dari rasa takde apa-apa bertukar menjadi ada rasa apa-apa. 

Saudara mara belah mama dan papa sudah mula memenuhi rumah agam ini sejak semalam lagi. Termasuklah anak-anak kak long kecuali calon suami mudaku. Turut serta menyibukkan diri untuk membantu menjaya majlis kahwin kami. Mama mahukan ahli keluarga dia yang jauh saling bergotong royang. Nak eratkan silatulrahim. Yang jauh didekatkan. Yang dekat dieratkan lagi. 

Tambahan pula mama hanya ada anak perempuan sorang iaitu Syamina Qayra, kak long dan aku anak angkatnya. Nak tak nak maka majlis ini boleh dikatakan agak besar. Hampir kesemua pelanggan tetap butik mama dijemput belum tambah dengan rakan taulan dia lagi. Warga sekolah juga aku undang. Nanti tadah telinga ajelah dengar usikan dari mereka yang menyakat aku. 

Teringat pula aku pada Zalia sebaik dengar nama calon suami aku. Bak kata orang tua masin mulutnya mengusik aku dengan Mr Poyo Usyair jadi kahwin juga kami akhirnya. 

Uzma serta anak sepupu-sepapat kak long dan termasuklah kak sendiri ralit memakaikan inai pada jari jemari aku. Aku membiarkan saja mereka nak buat apa. Bila cakap aku nak pakai sendiri mereka kalut melarang. Bakal raja sehari tak boleh mencemar duli. Pantang kata mereka. Ya atau tidak hanya mereka yang tahu. Oh mama....

Asyik memakai inai pada jari aku, tiba-tiba telefon kak long berbunyi. Dia bingkas bangun lalu menyahut di daun jendela. Aku melirik pada kak long. Apa yang dibualkan kedengaran jauh-jauh. Siapa yang telefon aku sendiri tidak tahu. 

"Apa?! Usyair tak dapat nak balik Malaysia? Habis majlis akad nikah malam nanti macam mana? Yalah nanti ibu minta Uzmir pakai baju kamu tu. Okeylah wa'alaikumussalam." Kak long menjerit tiba-tiba. 

 Aku terus kalih dan segera berdiri untuk mendapatkan kak long di tingkap bilik tidak peduli inai elok melekat di jari jemari. 

"Acik su! Habislah inai tu!" jerit mereka. 

Aku buat tak endah. Terus mendekati kak long. 

"Apa hal kak long?"

 Kak Long mengeluh lembut. 

"Flight Usyair tergendela. Mungkin esok atau lusa baru dia sampai di Malaysia."

Mataku membuntang luas. 

"Apa?!" 

Kali ini  aku pula yang terkejut. Tapi tak lama, sesaat kemudian aku sengih panjang. 

MR POYO MY SWEETHEARTTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon