Part 8

1.7K 51 0
                                    


USAI bersujud mengadap sang pencipta, aku bangkit mendekati tingkap bilik. Bulan yang cantik bersinar menerangi seluruh isi bumi aku renung lama. Bulan memang jauh untuk digapai tapi indah dipandang. Allah tidak kelihatan tapi sentiasa dekat di hati.

Ya Allah, aku memohon petunjuk dariMu. Andainya dia sememangnya jodoh yang Kau ciptakan untukku permudahkan segala urusan hambamu ini. Sungguh dalam hati aku sekarang kosong untuk ada rasa cinta untuk dia. Hanya padaMu aku berserah.

"Kak long, Syaza nak namakan boboi ni dengan nama Usyair boleh?"

Kak long yang sedang berpantang sudah kerut dahi. "Usyair?"

"Aah, Syaza suka sangat dengan nama tu. Bila sebut terasa sangat menyentuh hati. Seakan tenang aje rasanya. Tambah-tambah dia comel sangat!"

Aku begitu teruja dengan wajah si bayi yang baru berusia 7 hari itu. Wajah yang putih bersih begitu suci untuk ditatap tanpa rasa jemu.

Aku kucup pundak hidung kecilnya yang sedang nyenyak tidur.

"Wanginya bau boboi Usyair ni kak long" ujarku riang. Belum apa-apa lagi aku dah memanggil nama itu.

Tangan yang kecil dan selembut kapas itu, aku buka lalu masukan jari telunjuk aku ke dalam tapak tangannya. Tidak semena si kecil mengenggam erat jariku. Wajahnya tersenyum dengan mata terpejam rapat. Semakin bertambah sayang aku padanya.

"Orang cakap bau yang terbit dari tubuh bayi baru lahir adalah bauan dari syurga. Bau yang sukar kita nak gambarkan dengan kata-kata macam mana aromanya. Kalau nak hidu bau tu selalulah kucup bayi" ujar kak long lembut. Rambut aku yang kerinting halus bertoncong dua dielus lembut oleh kak long.

Mata aku sudah membulat bersinar bertambah semangat mahu mengucup baby boy itu.

"Usyair? Syaza nak letak boboi ni Usyair?" Tiba-tiba mama mencelah.

"Aah, mama Syaza nak panggil dia, baby Usyair bolehkan mama?" Aku terus kalih pada mama.

Mama mendekat lalu melabuh duduk di sebelah kak long. Membawa tuku batu untuk kak long mengurut.

"Syaza, sayang dekat boboi ni?" Soal mama lagi. Aku terus mengangguk laju sambil tersenyum lebar.

"Sayang sangat-sangat mama!"

"Kenapa sayang dia? Kenapa tak Uzma ataupun Uzmir?" Mama mengangkat tubuh kecil itu berhati-hati lalu diletakkan atas riba aku yang baru berusia 8 tahun.

Aku pegang tubuh yang masih lembut tulangnya aku riba dengan penuh hati-hati. Takut terjatuh nanti.

"Uzma dan Uzmir Syaza sayang juga tapi diaorang dah besar tak boleh nak dukung dan riba lagi. Sekarang boboi Usyair dah lahir bolehlah Syaza jaga dia. Syaza sayang boboi Usyair. Dia comel sangat!" Aku sentuh pundak hidung kecil dan terus kucup wajahnya bertubi-tubi. Seakan mengerti baby boy itu tersenyum dalam terpejam.

"Tengok mama! Tengok kak long! Boboi Usyair senyumlah!" Aku sudah girang. Mama dan kak long turut gelak berjemaah.

Kenangan sewaktu Usyair masih bayi, seakan baru semalam berlaku. Sungguh aku bahagia saat dia dilahirkan. Aku menjaga dia seperti adik lelaki sendiri.

"Syaza!"

"Acik su!" Aku hentak kaki, tanda protes.

"Tak nak. Kalau tak boleh Syaza, Qayla pun boleh jugak!" Dia tayang muka seposen.

"Tolonglah adik tu muda dari acik su, ya! Jadi jangan nak gatal-gatal panggil Syaza,"

"Syaza...Qayla..." Dia sudah tutup kedua belah telinganya.

Berang punya pasal terus aku menjerit, "Adik! Ma tengok Usyair ni!"

"Syaza...Qayla...hahaha!"

Kenangan ketika dia masuk sekolah menengah turut menerjah segar kembali di fikiran. Usyair Firas yang langsung tak pernah nak memanggil aku acik su seperti adik beradik dia yang lain. Selalu anggap aku kekasih gelapnya dan tak sangka impiannya bakal tercapai. Aku tak tahu kenapa dan mengapa dia mahukan semua ini. Adakah mama yang memaksa atau dia sendiri yang mahu. Oh Allah...berikan aku petunjuk.

Hampir setengah jam aku termenung di jendela. Dan jam pun sudah menunjukkan jam 12 tengah malam, aku mula mengatur langkah ke tilam. Nasib esok cuti. Takdelah mata jadi panda nanti.

Aku melabuh duduk di birai katil. Laci di kepala katil, aku tarik mengeluarkan album lama. Satu persatu aku belek. Gambar aku dan Usyair saja. Kami berdua sangat rapat ketika kecil berbanding yang lain. Boleh dikatakan di mana aku ada di situlah Usyair mengekor.

Melekat macam belangkas. Walaupun dia muda tapi dia selalu membuli aku maklumlah fizikal dia lebih besar dan tinggi nak dibandingkan dengan aku. Rindunya kenangan itu. Kenangan kami membesar dengan perasaan kasih sayang sebagai ahli keluarga bukannya perasaan seorang kekasih.

"Haa..." aku mengeluh berat.

Album di simpan. Kaki diangkat ke tilam lalu aku baringkan tubuh. Mata masih terkebil-terkebil memandang kipas yang ligat berputar. Bayangan Usyair masih melekat di mata. Tak sampai seminit aku terlena dengan bayangan anak bongsu kak long itu.

"Syaza Qayla... "

Terdengar suara bisikan terus aku mencari.

"Siapa tu?" soalku. Seorang lelaki dan seorang perempuan berpakaian serba putih tersenyum manis padaku. Aku tak kenal siapa mereka berdua.

"Siapa kamu berdua?" Aku menyoal. Mereka masih tersenyum.

"Ibu dan ayah ke tu? Ibu dan ayah Syaza ke?" soalku dengan nada terkejut. Mereka mengangguk bersama senyuman.

"Ibu... Ayah... Syaza rindu... "Aku mahu mengatur langkah untuk memeluk jasad mereka tapi mereka mengundur setapak demi setapak menjauhi aku.

"Ibu! Ayah!"

Aku berlari mengejar bayangan ibu dan ayah. Langkah mereka begitu pantas. Aku tersandung lalu terjatuh dan tersungkur. Saat aku pandang ke depan bayangan ibu dan ayah sudah hilang dari pandangan. Aku mengeluh sedih.

Tiba-tiba seekor rama-rama terbang elok di hadapan aku. Berwarna putih. Ralit aku memerhatikan ia terbang seakan membawa aku lupa akan kesedihan ditinggalkan ibu dan ayah. Rama-rama itu terbang dan hinggap dipundak hidungku. Aku mahu menyentuh terus rama-rama itu terbang menghilang di sebalik kabus.

Aku menangis lagi. Aku rasa tika ini aku keseorangan. Sepi. Sunyi.

"Syaza Qayla." Ada satu suara menyapa.

Aku terus dongak. Dia tersenyum sambil menghulurkan tangannya padaku. Di tangan sebelah kirinya memegang kemas sebiji belon yang bertali. Wajahnya sangat bercahaya. Sukar dipandang oleh kornea aku. Lama-lama wajah itu dapat aku tengok dengan jelas.

"Usyair!"

Aku tersedar dari lena yang panjang. Bila aku pandang sekeliling. Aku sekarang di bilik.

"Allah...aku bermimpi rupanya." Aku mengucap panjang sambil meraup wajah. Telefon di sebelah aku capai mahu tengok pukul berapa sekarang.

Saat skrin telefon disentuh dahiku berkerut kecil. Ada 2 panggilan tidak terjawab dan satu mesej daripada nombor peribadi yang aku tidak boleh melihat angkanya.

Mesej dibuka. Tiba-tiba mata aku sedikit membesar.

"Andai tertulis jodoh antara kita, lama tidak bersua dan bercakap pasti akan terjadi."

MR POYO MY SWEETHEARTWhere stories live. Discover now