💎 [28] Perlawanan

Start from the beginning
                                    

~~~

Ketuju-tujuh elemen Boboiboy membuka mata mereka perlahan. Mata mereka disapa dengan pakaian Xiles yang baru. Xiles kelihatan lebih mengerunkan berbanding sebelum ini.

"Hahaha!! Akhirnya, aku dapat juga!" Xiles tertawa jahat. Betapa gembiranya dia mendapat kuasa baru. "Pecah tujuh!!!!"

Xiles berpecah kepada tujuh. Membuntang mata ketujuh-tujuh elemen Boboiboy. Mereka menggetap bibir.

Ketujuh-tujuh Xiles tersengih sinis. Xiles pertama menapak ke hadapan. "Mari serang kami.. One vs one.."

Muka ketujuh-tujuh elemen Boboiboy menjadi serius. Mereka bertujuh memandang tajam ke arah ketujuh-tujuh Xiles.

Halilintar terlebih dahulu menuju ke arah Xiles kedua yang berpakaian merah kehitaman. Dia mengeluarkan pedang miliknya pada kedua-dua belah tangannya. "Tetakan pedang halilintar!!!"

Xiles kedua tersenyum sinis. Dia turut mengeluarkan pedang pada kedua-dua belah tangannya. "Tetakan pedang hitam halilintar!!!" Dia menghadang serangan Halilintar menggunakan pedangnya.

Boom!

Satu gelombang terhasil akibat serangan daripada kedua-duanya. Kedua-duanya tidak mahu mengalah lalu mereka menggunakan kuasa kilat untuk mengelak setiap serangan yang dilakukan oleh pihak musuh.

Blaze ketika itu memandang ke arah Xiles keempat yang berpakaian oren merah kehitaman. Dia menuju laju ke arah Xiles keempat itu. "Bebola api!! Hiya!!!" Blaze melancarkan serangan yang bertubi-tubi ke arah Xiles keempat.

Xiles keempat tersenyum sinis. "Bebola api hitam!!" Dia turut melakukan serangan ke arah Blaze.

Boom!

Kedua-dua serangan itu bertembung lalu menghasilkan gelombang yang kuat. Ais yang berdekatan hampir sahaja mengenai serangan itu.

"Huagh... Kau tak pandai elak rupanya.." sindir Xiles kelima yang berpakaian biru muda kehitaman sambil memandang ke arah Ais.

Ais memandang kosong ke arah Xiles kelima. Dia mengeluarkan meriam pembekunya lalu dihalanya ke arah Xiles kelima. "Tembakan ais!!"

Xiles kelima menguap seketika sebelum turut mengeluarkan meriam pembeku. "Tembakan ais hitam!!" Muncul beberapa ais berwarna hitam meluru ke arah serangan Ais.

Boom!

Kedua-dua serangan itu menghasilkan gelombang tatkala bertembung antara satu sama lain. Mereka berdua berpandangan kosong.

Xiles pertama memandang ke arah Gempa yang turut memandang ke arahnya. Dia tersenyum sinis. "Tembakan tanah!!" Muncul beberapa tanah menuju laju ke arah Gempa.

Gempa sedikit tersentak. "Tanah pelindung maksima!!!" Hampir sahaja Gempa terkena serangan itu namun dia sempat melindungi dirinya.

"Pedang solar hitam!!" Xiles ketujuh mengeluarkan sebilah pedang berwarna emas kehitaman lalu dihalakan ke arah Solar. Dia tersenyum sinis. Dia kemudian meluru laju ke arah Solar yang sedang memandang ke arahnya.

Solar membulatkan matanya. "Pedang solar!!" Dia turut mengeluarkan pedangnya lalu menghadang pedang Xiles ketujuh. Solar berdecit geram sebelum menolak pedang Xiles ketujuh sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. Mereka berdua berpandangan tajam.

Thorn memandang ke arah Xiles keenam sambil kepalanya disengetkan ke kanan. "Akar pengikat!!" Thorn mengikat kaki Xiles keenam.

Xiles keenam tersenyum sinis. Dia dengan mudahnya melepaskan kakinya daripada ikatan itu. "Akar berduri!!" Dia melakukan serangan terhadap Thorn.

Thorn membulatkan matanya. "Lompatan akar!" Thorn sedaya upaya mengelakkan dirinya daripada diikat dengan melompat, mengelak serangan itu.

Taufan menggetap bibir apabila melihat keadaan Thorn. Baru sahaja dia hendak mendekati Thorn, dia dihalang oleh pusaran angin kecil yang tiba-tiba menyapa wajahnya. Dia memandang ke arah Xiles ketiga.

Xiles ketiga tersenyum sinis. "Pusaran mega taufan maksima!!!!!"

Membuntang mata Taufan. "Balas balik!!" Taufan turut melakukan serangan dengan mematahkan angin kencang itu.

Namun, Taufan tidak dapat bertahan lama lalu dia masuk ke dalam pusaran angin itu. "Aghhh!!!!!" Dia terpusing-pusing di dalam pusaran itu.

"Hiyaa!" Xiles kedua menolak tubuh Halilintar ke dalam pusaran itu lalu Halilintar turut masuk ke dalam pusaran itu. "Aghh!!!!!!"

Gempa, Blaze, Ais, Thorn dan Solar yang melihat mereka berdua disedut masuk ke dalam pusaran itu tergamam. Xiles pertama memandang ke arah Xiles ketiga. "Gandakan lagi!!"

Xiles ketiga mengangguk faham. "Hiyaaa!!!!!!!!!!!!" Semakin kuat angin kencang yang terhasil sehingga beberapa alat di dalam bilik itu disedut masuk.

Gempa, Blaze, Ais, Thorn dan Solar sedaya upaya menahan diri mereka daripada disedut namun mereka turut disedut masuk. "Aghh!!!!!!"

Angin kencang yang terhasil semakin kuat. Ketujuh-tujuh elemen Boboiboy mulai pening dan dalam keadaan separa sedar.

Xiles ketiga memetik jarinya lalu angin kencang itu berhenti. Tubuh ketujuh-tujuh elemen Boboiboy terjatuh menyembah bumi. Mereka terbaring lemah. "Ughhh......."





















Alamak, macam mana ni? Harap Boboiboy menang💪

BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now