💎 [27] Kisah Silam

Start from the beginning
                                    

Ayah Boboiboy segera menembak skrin besar itu menggunakan pistol yang tercelit pada poket seluarnya. Automatik, wayar-wayar dan jarum yang berada pada badan Boboiboy, berhenti berfungsi.

Boboiboy ketika itu tercungap-cungap sebelum dia jatuh pengsan. "Boboiboy!!" Laju sahaja si ibu mendakap anaknya. Si ibu memandang ke arah suaminya. "Abang! Kita kena bagitahu Komander Kikico!"

Ayah Boboiboy hanya mengangguk laju lalu dia mencempung tubuh badan Boboiboy. Dia bersama isterinya perlu beredar dari tempat itu.

Tiba di tempat Komander Kikico, mereka segera memberitahu apa yang terjadi. Komander Kikico merupakan komander TAPOPS pada waktu itu.

"Hmm.. Kecederaan dia tidak serius.. Cuma dia kehilangan darah akibat jarum tu.. Lagi satu, cara nak selamatkan Boboiboy sekarang, kita perlu padamkan memori dia.." ujar Komander Kikico.

Mama dan ayah Boboiboy berpandangan sebelum memandang ke arah Komander Kikico. "Tapi, takpe ke hilangkan memori dia?"

"Jangan risau.. Aku cuma padamkan memori dia ketika bersama Xiles sahaja.. Aku tak sangka Xiles sanggup buat macam ni...haih.." keluh Komander Kikico.

"Baiklah, kalau itu sahaja cara untuk pulihkan Boboiboy.." Mama Boboiboy memberi kata putus.

"Erasebot! Mari sini!" panggil Komander Kikico.

"Ya komander?" Sebuah sfera kuasa berwarna hitam kekelabuan mendekati Komander Kikico.

"Aku nak kau padamkan memori dia bersama Xiles.." arah Komander Kikico lalu mendapat anggukan daripada Erasebot.

Tidak lama selepas itu, Erasebot bercahaya lalu memulakan proses memadamkan memori Boboiboy bersama Xiles.

1 jam kemudian, proses memadamkan memori telah pun selesai. "Terima kasih Erasebot.." ucap mama dan ayah Boboiboy lalu mendapat senyuman daripada Erasebot.

5 minit kemudian, Boboiboy mula sedar. Matanya disapa oleh wajah mama dan ayahnya. "Mama! Ayah!!" Boboiboy terus sahaja mendakap tubuh mama dan ayahnya.

"Boboiboy kat mana ni?" soal Boboiboy sebaik sahaja pelukan dileraikan.

Mama Boboiboy mengusap kepala anaknya. "Kita kat rumah kawan mama.."

"Boboiboy, ayah nak Boboiboy pakai topi ni boleh?" Ayah Boboiboy memberikan topi berwarna oren kepada Boboiboy.

Boboibot mengerutkan dahinya. "Kenapa?"

Ayah Boboiboy tersenyum. "Anggap sahaja ni hadiah dari mama dan ayah.. Boboiboy pakai ya? Dan jangan pernah tanggalkannya.."

Boboiboy sekadar mengangguk faham lalu disarungnya topi itu. Boboiboy tersengih. "Macam mana?"

Mama dan ayah Boboiboy tersenyum. "Macam biasa, anak mama ni comel.." Mama Boboiboy terus sahaja mencubit pipi Boboiboy.

Boboiboy mencebik. "Alah, Boboiboy kan anak mama dan ayah.. Mestilah comel.."

Tertawa kecil mama dan ayah Boboiboy. Boboiboy memandang ke arah mama dan ayahnya. "Tapi kan, macam mana Boboiboy nak mandi? Takkan nak pakai topi ni juga?"

Ayah Boboiboy memegang dagunya lagak berfikir. "Hmm, apa kata Boboiboy pakai sarung kepala untuk mandi?" Boboiboy tersenyum. "Boleh juga!"

Dan kehidupan Boboiboy berjalan seperti biasa. Tanpa dia sedar, dia kehilangan memori yang menyebabkan dia mempunyai rambut berwarna putih.

~~~

Xiles yang memandang ke arah Boboiboy tertawa sinis. "Hahaha!! Tak sangka kau masih ingat!"

Boboiboy menggetap bibirnya. Kedua-dua tangannya digenggam. "Kaulah punca aku ada rambut putih ni! Aku tak sangka kau ni orang yang bertalam muka!"

"Hahaha! Memang! Sebab aku nak sedut kekuatan yang ada pada badan kau!" balas Xiles sinis.

Boboiboy memandang tidak puas hati ke arah Xiles. "Bukan tu je... Kau hancurkan kepercayaan mama dan ayah aku... Kaulah penyebab mama dan ayah aku berjauhan dengan aku!!"

Ketika Boboiboy ingin berjumpa dengan mama dan ayahnya, Boboiboy sempat mencuri-curi dengar perbualan mama dan ayahnya.

"Hmm.. Rasanya Xiles akan cari kamu berdua.. Aku rasa, lebih baik korang berdua pergi jauh dari sini.. Jangan risau, Free akan lindungi kamu berdua.." ujar Komander Kikico yang berada pada skrin laptop mama dan ayah Boboiboy.

Boboiboy yang mendengarnya terkejut. Namun dia masih mahu mendengar apa balasan daripada mama dan ayahnya.

"Hm, kalau komander cakap macam tu, kami kena setuju.." balas ayah Boboiboy meskipun dia tidak sanggup berjauhan bersama anaknya.

Boboiboy terkedu. Dia terus sahaja menerjah pintu bilik itu. "Mama! Ayah! Jangan pergi!! Jangan tinggalkan Boboiboy!!"

Terkejut mama dan ayah Boboiboy. Mereka berpandangan sebelum memandang ke arah Boboiboy. "Boboiboy sayang..Nak tahu kenapa mama dan ayah kena pergi? Jom ikut mama dan ayah pergi rumah kawan.." umpan mama Boboiboy lalu mendapat anggukan daripada Boboiboy.

Dan setibanya di rumah Komander Kikico, Boboiboy sekali lagi dihilangkan memori ketika dia mendengar perbincangan mama dan ayahnya bersama Komander Kikico.

"Heh, tu bukan salah aku.. Diorang sendiri yang nak lari.." ujar Xiles seolah-olah dia tidak bersalah dalam hal itu.

Boboiboy menjongketkan keningnya. "Aku harap kau dah bersedia.."

Xiles turut menjongketkan keningnya. "Apa kau mengarut ni?"

Boboiboy tersenyum sinis. "Boboiboy kuasa tujuh!!" Boboiboy berpecah kepada tujuh. Membuntang mata Xiles.






BOBOIBOY: THE POWER OF ELEMENTWhere stories live. Discover now