Bab 4

43 3 28
                                    

" Lola taknak kawan dengan Sufi lagi ke? " Tanya Adrian Sufi yang ketika itu baru berumur 6 tahun.

" Hmmph! Tak nak kawan dengan Sufi! Sufi tarik rambut tite! " Rajuk si kecil.

" Sufi minta maaf..Lola jangan lah marah " Pujuk Adrian Sufi kepada si sahabat sambil memberi seutas rantai.

" Lola taknak ke? Nanti Sufi buang kat sungai kang " Ugut Sufi.

Lantas si kecil yang dipanggil ' Lola ' merentap kasar rantai tersebut dan mengukir senyuman

" Cantiknya..Eh ada nama tite lah!! Sufi & Hayati " Si kecil tampak gembira apabila melihat nama mereka terukir di rantai tersebut.

" Sini Sufi pakaikan "

Muhammad Adrian Sufi memakaikan rantai tersebut di leher sahabatnya.

" Nanti besar, Kita kahwin eh? " Ujar Sufi lalu mencium pipi sahabatnya.

" Ee!! Taknak lah! Muka Sufi dah la macam monyet! " Perli si gadis lalu menjelir lidahnya kemudian, melarikan diri daripada sahabatnya.

" Eh eh! Dia ni!! " Sufi yang geram, mula mengejar sahabatnya.

Muhammad Adrian Sufi terkejut dari lena lalu melihat sekelilingnya.

" Hayati.. " Bibirnya menutur perlahan nama sahabatnya di kala kecil.

' Lola kat mana sekarang? Sufi rindu lola ' Dia terdiam sejenak memikirkan keberadaan cinta pertamanya.

" Dah habis berangan? " Tanya Scarlet.

" Opocot! " Latah Sufi.

" Macam mana kau ada kat dalam bilik aku?! " Tanya Sufi, hairan.

" Bangun bangun, kau ada training harini. Kau lambat, aku tinggal " Ugut Scarlet.

Tanpa membuang masa, Sufi menuju bilik air lalu membersihkan diri kemudian membontoti langkah Scarlet.

" Ambik yang mana kau suka. Harini kita practice untuk bunuh mangsa dari jarak jauh " Arah Scarlet.

 Harini kita practice untuk bunuh mangsa dari jarak jauh " Arah Scarlet

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tanpa membuang masa, Sufi memilih Benelli Autoloader.

Tanpa membuang masa, Sufi memilih Benelli Autoloader

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Hmm Benelli.. Not bad " Ujar Scarlet.

Usai memilih, aku mengajarnya bagaimana untuk memegang Benelli Autoloader dengan betul dan selepas itu, latihan pun bermula di bilik yang luas.

Aku melihat semua gerak-geri Sufi yang dari tadi tidak pernah hilang sasaran mahupun sekali.

' Dia pernah bunuh orang ke sebelum ni? ' Hatiku tertanya-tanya.

Masakan tidak? Dengan kehandalan sebegini, sudah setaraf dengan pembunuh-pembunuh profesional.

' Tapi tak la sehandal aku '

Beberapa hari kemudian, aku melatih Sufi bagaimana untuk menggunakan pisau. Aku tidak perlu mengajar dengan teliti sebab dia tahu seni bela diri.

Sewaktu aku hampir menusuk pisau ke lengannya, dia mengelak lalu menggenggam tangan ku dengan erat dan menghentakkan tangan ku dilututnya sehingga pisau tersebut lepas dari genggamanku.

Kemudian, aku ditolak ke dinding. Pehal dia ni? Latihan je kot.

Matanya melihat ke dalam mataku. Pipi ku semakin merah dek jarak wajah kami. Peluh merenik di dahinya kerana suhu panas di ruangan ini.

Hatiku tiba-tiba berdegup kencang. Aku dah kenapa? Pada masa tu, baru aku sedar, betapa kacaknya dia. Mata bundar dia, hidung mancung dia, bibir-- Pehal aku ni?!

Sedar dari lamunan ku, aku mula menendang kemaluannya dan memulas tangannya serta menumbuk perutnya yang menyebabkan dia jatuh ke atas lantai.

" Argh! Sakit lah bongok!! Yang kau tendang aku kat situ pehal!!! Kalau aku mandul macam mana hah?! " Jerit Sufi, geram.

" Tu je untuk harini. Esok kita sambung " Ujar ku seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

" Woi! Aku sakit ni wei! Tak nak tolong ke?? "

" Pembunuh tak minta tolong kat mangsa. Bangun sendiri la gila "

Sejurus berkata sedemikian, aku meninggalkan ruangan tersebut.

Hatiku masih berdegup kencang. Kenapa dengan aku ni?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 02, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ScarletWhere stories live. Discover now