Bab 1

128 4 32
                                    

Hello People!

I'm back with another book. Scarlet is a typical romance book whereas the female lead character is a serial killer.

If i were to be honest, this is my first time writing a book with gore scenes. I am sorry if this book is lacking its qualities in those scenes as I am not used to it.

I know I haven't been active for months. I am so sorry. It was due to school. But now, I will try to publish more books.

There are more books that I will publish in the future. In shaa allah.

This is my 4th book, and this time, it is dedicated to H20_29501 . Happy reading!
-----------------------------------------------------------------
Aku Scarlet, dengan mendengar nama ku sahaja, sudah mampu membuatkan orang menggeletar ketakutan.

Sudah berkali polis cuba menangkap ku namun mereka tidak berjaya kerana bukti yang mereka ada, tidak mencukupi untuk mendakwa aku.

Nama sebenar aku ialah Nur Hayati. Aku obses melihat orang mengerang kesakitan dan aku menyukainya bila melihat orang berlumuran dengan darah.

Disebabkan perkara itulah, aku menjadi Scarlet, si pembunuh upahan. Aku diambil Red sebagai orang bawahannya. Kerja aku? Senang je. Aku cuma perlu bunuh orang dan dengan cara tu, aku boleh dapat duit dalam jumlah yang banyak.

Betul kata orang ' Do what you love and you'll be happy ' . Bila aku membunuh orang, aku jadi gembira. Bukan itu sahaja, gaji yang diberikan juga lumayan. Jadi, it's a win-win situation la. Red dapat bunuh musuhnya, dan aku dapat gaji. Mudah kan?

Aku pernah hidup dalam sebuah keluarga yang bahagia tetapi, bila aku ingin merasa sedikit kebahagiaan itu, aku pasti akan menghancurkan detik-detik indah itu.

Oleh itu, aku kerap mendiamkan diri dan memendam perasaan. Disebabkan aku kerap memendam perasaan, aku menjadi tertekan sehingga aku disahkan mempunyai sakit mental dan pernah ditahan di dalam wad.

Tapi aku tak gila. Korang percaya aku kan?

Meskipun ramai orang yang mengejek aku dengan mengatakan bahawa aku gila, keluarga ku tetap menidakkan kebenaran tersebut. Mereka mengatakan bahawa aku sihat tetapi hanya mempunyai sedikit masalah mental . Keluarga ku merangkumi abah, ibu, abang dan diriku.

Aku bersyukur kerana mereka tetap menegakkan pendirianku. Dek rasa berterima kasih, di waktu malam apabila keluargaku sedang lena diulit mimpi, aku mengorak langkah ke dalam bilik tidur ibu bapa ku.

Pisau lipat yang berada di tanganku, aku buka lalu mengambil lengan ibuku dan menoreh lengannya dengan perkataan ' Yati sayang ibu '. Ibu yang kesakitan, terbangun dari lena sambil menjerit kesakitan.

Abah yang mendengar jeritan ibu, juga terkejut dari lena dan cuba menghentikan tindakan ku. Aku tersenyum kepada abah lalu berkata,

" Abah tidur dulu eh? Nanti yati bangunkan " Lantas aku menikamnya di bahagian perut.

Tusukan pisau itu, aku dalamkan sedalam mungkin sehingga tidak lagi terdengar jeritan milik abah.

" Abah dah tidur la ibu. Letih kot " Ujar ku kepada ibu yang mula menggeletar ketakutan dan melinangkan air mata.

Aku menyambung semula kerja ku yang tergendala tadi. Dek rasa pedih, ibu menjerit meminta tolong. Untuk mendiamkannya, aku juga membuatnya tidur sebagaimana yang telah aku lakukan kepada abah tadi.

Katil yang mereka tiduri, kini berlumuran dengan darah. Setelah berpuas hati melihat lengan ibu yang ditoreh dengan kata-kata, aku berdiri lalu mengucapkan, " Selamat malam ibu, abah "

Aku mengorak langkah untuk keluar dari bilik mereka.

Abang yang berdiri di arah bertentangan, tampak terkejut melihat tanganku yang memegang pisau lipat yang kini telah berlumuran dengan darah sehingga menitis ke atas lantai.

" Hai abang! " Sapaku ceria.

" Adik buat apa ni?! Gila ke?! " Dia cuba mengambil pisau lipat dari tangan ku.

Mendengar perkataan ' gila ', membuatkan aku menundukkan kepalaku ke bawah, memandang lantai.

" Aku tak gila " Ujarku perlahan.

" Aku tak gila " Ujarku lagi dengan suara yang dinaikkan satu oktaf.

" Aku tak gila la bodoh!! " Bergema satu rumah dengan jeritanku.

Mataku mencerlung tajam ke arah abang ku. Habis merah kedua-dua mataku menahan amarah. Nafasku turun naik menahan api yang membara.

" Argh! " Dia mengerang kesakitan apabila lengannya terkena pisau lipatku tatkala aku menarik kasar tanganku yang digenggamnya tadi.

Dia yang kini telah menyedari akan perubahan ku, cuba untuk melarikan diri. Dia berlari keluar dari rumah sambil menahan darah yang mengalir dari lengannya.

" Abang nak pergi mana tu? " Tanyaku diiringi dengan senyuman yang meleret sebaik sahaja aku berjaya mengepungnya.

" Ad--adik. Bawa mengucap adik. Jangan buat abang macam ni. Bawa istighfar-- "

Tanpa membuang masa, aku telah mengambil nyawanya, bersaksikan bulan dan bintang yang tampak indah pada malam itu.

" Good night abang "

Aku tersenyum puas lalu melihat ke kanan dan mataku tertancap ke arah seorang lelaki yang berumur separuh abad. Dari mimik mukanya yang tampak terkejut, sudah cukup untuk membuktikan bahawa dia telah menyaksikan semuanya. Dia nampak.

Aku mengatur langkah ke arah orang tua tadi. Dia cuba untuk melarikan diri namun dia hanya berdiri kaku. Dia mencuba untuk menjerit, meminta tolong namun suaranya seolah-olah tersekat di dalam kerongkongnya.

Aku bingkas menusuk pisau lipat ku ke bahagian jantungnya.

Darah semakin galak mengalir dan matanya masih terbeliak meskipun nadinya sudah berhenti.

Aku membawa mayat-mayat yang telah ku bunuh tadi ke dalam sebuah hutan. Mujur rumah ku terletak jauh dari rumah orang lain dan berhampiran dengan hutan.

Abah, ibu dan abang, aku tanam ke dalam tanah yang telah aku gali tadi.

Orang tua tadi, aku tolak sehingga dia jatuh ke bawah sekali, masuk ke dalam jurang.

Dengan senang hati aku berkata,

" Selamat malam pakcik "

ScarletWo Geschichten leben. Entdecke jetzt