Bab 3

23 3 10
                                    

Hari berganti malam, kini aku sedang melihat ke arah sebuah bekas di mana aku telah menyimpan gambar-gambar mangsa ku untuk dijadikan koleksi termasuklah gambar abah, ibu dan abang aku sendiri.

Aku mengukir senyuman sambil menyanyi kecil tatkala melihat ke arah gambar-gambar mangsa ku terdahulu yang dilumuri dengan darah dan kelihatan tersiksa. 'Cantik.. Berseni jugak aku ye bila ambik gambar diorang ni' Fikirku.

Gambar di tangan kanan ku, aku kerling. Tak lama lagi gambar kau pulak yang akan masuk kat dalam ni. Bibirku mula mengukir senyuman manis. Gambar tersebut merupakan gambar mangsa aku sekarang. Aku dimaklumkan bahawa mangsa tersebut ialah pengerusi bagi sebuah syarikat yang amat disegani dalam dunia korporat.

Pengerusi...agak-agak berapa bayaran aku kali ni? Kalau orang biasa pun dah boleh mencecah 75 juta, inikan pula orang ternama? Memang kenyanglah aku. Tak sabar pulak nak bunuh orang tua ni. Tanpa disedari, aku terlelap sambil memegang gambar pengerusi yang bakal menjadi mangsa ku pada esok hari.

Keesokkan harinya, aku membersihkan diriku dan menuju ke tempat persembunyian organisasi ku. Semasa aku dalam perjalanan menuju ke ruangan Red, aku terlanggar seorang jejaka. Dia meminta maaf tetapi aku tidak memberi apa-apa reaksi.

Tunggu dulu! Aku tak pernah nampak dia pun sebelum ni. Lantas aku menghentikan pergerakannya dan mengambil senjata api dari belakang poket seluarku lalu mengacu ke arahnya.

" Berhenti! Siapa kau? Aku tak pernah nampak muka kau sebelum ni " Tanya Scarlet

" Whoa whoa! Apa ni?! "

Muhammad Adrian Sufi tampak terkejut di kala si gadis mengacukan senjata api ke arahnya. Ini membuatkan dia untuk mengangkat tangannya ke udara, sebagai tanda menyerah kalah.

" Jawab soalan aku! " Desak si gadis.

" A--Aku datang sini cuma nak-- aku-- "

" JAWAB!! "

BANG!

Scarlet menembak lantai yang berhampiran dengan kaki si jejaka.

Hampir terjatuh jantung Sufi di kala perempuan di hadapannya melepaskan tembakan berhampiran dirinya.

' Psiko betul minah ni ' Fikir Adrian Sufi.

" Aku-- " Kata-kata Sufi terhenti seketika tatkala ada yang menutur kata.

" It's okay Scarlet, dia orang kita " Terang Zero merangkap pembantu Red. Red yang melihat adegan itu hanya mampu menggelengkan kepala.

Melihat ketuanya yang sudah berpusing dan ingin mengorak langkah, membuatkan Scarlet mengekorinya. Semasa melintasi Sufi, Scarlet sempat memberi jelingan tajam kepadanya, tidak lupa juga akan melanggar bahu si jejaka.

Adrian Sufi yang sedang bingung, tidak mengambil kisah akan perkara tersebut lalu, turut sama membontoti langkah mereka.

Tiba di ruangan Red, Scarlet dikejutkan dengan berita bahawa sekarang Sufi akan mengikuti aktiviti Scarlet memandangkan Red ingin melatihnya untuk menjadi pembunuh upahan di organisasi mereka.

" Scarlet, like i've said before, he will follow and learn from you. Mulai dari sekarang, you are a team " Terang si ketua.

" But, you know me. I don't need companion. Aku mampu buat benda ni sendiri " Ujar Scarlet.

Terbit keluhan kecil dari bibir ketuanya.

" And you know my game, Scarlet. Do I need to repeat myself twice? "

Scarlet mula bengang dengan sikap Red yang memaksanya. Dia terpaksa bersetuju dengan arahan si ketua. Kerana apa? Kerana setiap kali orang bawahan Red melawan kehendaknya, pasti akan dijemput ajal.

Sufi yang dari tadi hanya menjadi penonton, tersenyum sekilas. Walaupun minah ni Psiko, tapi, dengan cara ni je, aku boleh kumpul bukti untuk tangkap dia. Scarlet, kau boleh lari, tapi kau tak boleh sembunyi. Fikir Sufi sambil bibirnya mengukir senyuman sinis.

ScarletWhere stories live. Discover now