prolog

5.8K 163 8
                                    

"Allahuakhbarullah~huakhbar"hani yang sedang tidur dibangunkan dengan azan yang berkumandang.

Hani mengikat rambutnya lalu masuk kedalam tandas mengambil wuduk dan mandi untuk menunaikan solat subuh di surau.

............

Selesai solat subuh hani mengikut sunnah rasullah dengan membaca al-quran selepas solat subuh.

"Jazā'uhum 'inda rabbihim jannātu 'adnin tajrī min tahtihal anhāru khālidina fīhā abadā(n) radiyallāhu 'anhum wa radū 'anh(u) żālika liman khasyiya rabbah(ū)."hani mengahabiskan surah al-bayyinah surah ke-98 ayat 8 yang bermaksud 'balasan mereka di sisi tuhan mereka ialah syurga 'adn yang mengalir dibawahnya sungai-sungai;mereka kekal di dalanya selama-lamanya.Allah rida terhadap mereka dan mereka pun rida kepada-Nya.yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada tuhannya.

"Sadakallahulazim~"

Hani menutup al-qurannya.hani melipat telekungnya dan menyangkut sejadah di tempat yang disediakan.

Hani menyarung seliparnya dan bergerak pulang kerumah.hani memandang keatas masih gelap'gelap pagi'nasib baik hani membawa lampu suluh.

Hani terpaksa pulang berjalan kaki kerana basikalnya rosak.

Dia menuju ke kedai runcit.ibunya sempat memesan agar hani membeli garam.

"Pak samad berapa semua ni"kata hani sambil mengeluarkan dompetnya.

"Eh,tak payahlah.pak samad belanja."kata pak samad.

"Betul ke pak samad"tanya hani meminta kepastian.

"Ya,ermm kamu tak takut ke jalan sorang.gelap lagi ni."kata pak samad.

"Tak.ni pagi bukan malam lah pak samad"kata hani bersahaja.

"Kalau macam tu hati-hati jalan.kirim salam pada mak kamu."kata pak samad sambil tersenyum manis.

"Iyalah pak samad,hani balik dulu.terima kasih garam ni pak samad."kata hani dan berlalu pergi.

Ketika dalam perjalanan.hani terserempak dengan seorang budak perempuan.rambut berikat toncang dan memakai baju merah lusuh.

"Eh dik,adik buat apa kat sini sorang-sorang?"tanya hani sambil tersenyum manis.

"Saya tunggu mak saya"sayu-sayu sahaja suara budak perempuan itu.naik meremang bulu roma hani dibuatnya.

"Mana mak awak?"tanya hani lagi.

Budak perempuan itu menunjuk dengan jarinya itu.

Hani menoleh belakang melihat perkara yang ditujukkan oleh budak perempuan itu.

Hani terkejut dia melihat kawasan itu adalah tempat perkuburan.dia terlupa bahawa dia sedang ada di tempat perkuburan.

"Hihihihihihi"hilaian tawa budak perempuan itu sangat kuat dan menakutkan.

Hani memalingkan wajahnya ke arah budak perempuan itu tadi.

Kosong.

"Astaghfirullahalazim."hani meraup mukanya berkali-kali.

Dia terus berlalu pergi dari tempat perkuburan itu.tidak lupa juga memberi salam dan memabaca al-fatihah.perkara itu juga saling diucap apabila berada di tempat perkuburan.tujuannya untuk disedekahkan kepada orang yang telah meninggal di tempat perkuburan.memang rutin perjalanannya kena lalu tempat perkuburan kerana itulah satu-satunya jalan untuk pulang kerumah.

Dalam perjalanan hani tidak putus-putus membaca ayat kursi.

Setibanya dirumah hani mengucap syukur.

"Ibu,hani dah balik."ujar hani.











Hutan  ✔ Where stories live. Discover now