"Mengadalah dia ni." Bisik Yasmeen sambil ketawa kecil. Yaseer mendengar tapi, dia buat tidak dengar sahaja. Dah Yasmeen yang buka ruang untuk dia menggatal. Takkan dia nak biar aje?

"Tadi dapat kad jemputan." Yasmeen mula bercerita. Jari dia tundingkan ke arah meja solek, di mana tempat kad jemputan itu berada.

Yaseer hanya diam mendengar. Tak mahu bersuara sebab masih dalam mode merajuk.

"Nak tahu tak daripada siapa?" Soalan Yasmeen diam tidak berjawab oleh Yaseer. Tapi, sedikit pun Yasmeen tak terasa hati.

Yasmeen senyum sebelum dia menjawab dalam keadaan berbisik.

"Umar Rahman."

Dengar sahaja jawapan bisikan Yasmeen itu, terus Yaseer angkat kepala dia dan wajah Yasmeen dia palingkan menghadap Yasmeen. Mukanya tegang tunjuk cemburu manakala Yasmeen pula tunjuk senyum kemenangan.

"Ha. Apa ni? Apa? Bukan merajuk ke tadi?" Yasmeen sengaja menyoal tanda memerli. Senyum senget dia tu tak pernah lah nak hilang.

"Daripada siapa ayang kata tadi? Umar Rahman?" Dibiarkan sahaja soalan perlian Yasmeen tadi. Fokusnya hanya pada nama Umar Rahman tadi.

Yasmeen angguk dan senyum suka. Tapi senyumnya mati bila Yaseer tekup mulutnya. Terus berkerut dahi.

"Siapa suruh senyum macam tu? Suka sebut nama Umar Rahman ke?" Soal Yaseer bernada cemburu.

Kerutan di dahi terus hilang. Mata pula dah tertutup tanda dia sendang mengukir senyuman di bibir. Dan itu buat Yaseer makin dilanda cemburu. Tekupan pada mulut Yasmeen dialihkan.

"Nura Yasmeen!"

"Oh, oh! Nama penuh dah keluar." Galak Yasmeen menyakat Yaseer yang sedang cemburu.

"Buat apa dia hantar kad bagai? Nak ajak ayang getback semula ke apa? Ayang terima ke? Ayang nak balik kat dia? Tak sayang kat best friend, boyfriend dan husband ayang ni?" Bertalu-talu soalan yang Yasmeen terima daripada Yaseer, buatkan Yasmeen hamburkan tawa.

Yaseer tahan rasa hati. Eh, perempuan ni! Tanpa amaran, terus dia tekup wajah Yasmeen dan tanpa sempat Yasmeen nak cerna, Yaseer terus cium seluruh wajah Yasmeen.

Tawa Yasmeen terhenti terus. Dadanya dah berdebar dan wajahnya dah terasa berbahang menerima ciuman daripada Yaseer.

Tapi, perasaan itu sekejap cuma sebab dia jadi rimas pula. Kalau tadi dia hanya rela menerima serangan Yaseer, kali ini dia sedaya upaya untuk menolak pula.

"Abang. Apa n---" Terkunci terus mulut Yasmeen bila bibir Yaseer mendarat lembut di dahinya. Lama.

Gila betul. Terus dia rasa thrill. Perut penuh rama-rama.

"Sayang." Seru Yaseer bila dia lepaskan dahi Yasmeen. Dirapatkan dahi mereka berdua buat Yasmeen dihimpit rasa malu.

"Aish. Takkan lah saya nak tinggalkan abang? Walau seribu kali pun dia ajak getback, saya tetap akan pilih abang. Saya tetap akan sayang abang. Apa ni ragu kat saya?" Ucap Yasmeen memujuk. Dah dah lah tu menyakat suami. Kang rasa thrill lagi. Jantung dia bukan boleh tahan.

Yaseer senyum. Dahi mereka, dia jarakkan.

"Dah tu, kenapa dia hantar kad?"

"Dia nak kahwin lah. Apa lagi? Ada ke orang hantar kad jemputan sebab nak getback?" Perli Yasmeen. Okey. Mode insaf dah pergi.

Terus Yaseer julingkan mata. Terkena batang hidung sendiri. Padah lidah berfungsi dahulu sebelum otak.

Akal Allah bagi letak kat muka! Bukan kat kaki. Kat lutut! Fikir sikit!

C | 𝐁𝐅𝐅Where stories live. Discover now