"Apa?! Tak guna kau Spike. Kau khianati aku!,"jerit Ohm sambil memandang ke bawah.

"Kau yang khianati aku! Kau bunuh mak aku hanya sebab aku lambat membawa mereka. Kau memang pengecut! Orang lemah macam kau memang pengecut!,"jerit Spike pula. Sengaja diulang dan ditekankan perkataan 'pengecut' itu untuk menambah amarah Ohm.

Stelix terpaku. Flora menutup mulut dengan tangannya. Geo terkejut. Benarkah? Ibu Spike telah pun dibunuh? Ohm memang kejam!

"Kau tunggu apa lagi Ohm? Hapuskan je budak ni,"hasut Kevin di sebelahnya.

"Kau panggil aku aku lemah? Mari aku tunjukkan siapa yang lemah!,"jerit Ohm. Bekas kesabarannya pecah berantakan. Ohm terus mengumpulkan bebola kilat yang besar di atas tapak tangan kanannya. Bebola kilat itu semakin membesar dan membesar, daripada warna kuning berubah ke warna merah menyala.

"Spike, hati-hati!,"arah Flora yang berada agak jauh dari Spike.

Namun Spike tak menunjukkan tanda-tanda untuk menangkis atau menepis serangan dan ancaman Ohm. Malah Spike memalingkan badannya melihat semua remaja ELEMENTOM yang sedang berpelukan dengan keluarga mereka. Spike menayangkan senyuman ikhlas yang sangat manis.

"A-apa kau nak buat tu Spike? Lari lah! Takkan kau nak biar Ohm serang kau?!,"jerit Zack pula.

Spike masih lagi dengan senyuman sayunya. Dia mendepakan tangan dan menutup matanya sambil kepala didongakkan memandang ke atas langit.

"Woi! Kau buat apa tu bangang?! Jangan buat kerja gila lah. Cepat lari ke sini!". Tutur kata Zack mula bertukar kepada desakan. Dia mula panik, rasanya dia dapat mengagak apa yang ingin dilakukan Spike.

"Macam yang aku cakap tadi... aku datang untuk menebus kesilapan aku. Dan satu-satunya keluarga aku pun dah tak ada, apa guna lagi aku hidup? ". Kenyataan Spike kedengaran sangat pasrah dan berserah.

Dia kembali menutup matanya dan mendongak ke langit. Tangannya juga didepakan semula dan dia menarik nafas dalam.

"Spike! Jangan!,"jerit Pyro.

Zhuuuuu!!!

Bebola kilat meluru laju ke bawah yakni ke arah Spike. Ohm menembak bebola itu dengan sepenuh kuasanya.

Jarak semakin berkurang. Bebola kilat itu menuju ke arah tak lain tak bukan, menyasarkan kepala Spike. Mungkin Ohm memang mahukannya begitu supaya memudahkan untuk Spike menemui ajalnya.

Lima meter...

Empat meter...

Tiga meter...

Dua meter...

"AAAAAAAAAA!!!!!!!,"jerit Spike mengumpul tenaga.

" PEMECAHAN PARTIKELLLLL KUASAAA!!!!!"

Mata Zack terbuntang. Tak mungkin. Tak mungkin!

"Spike jangan!!!"

BOOOOOMMMM!!!

Letupan besar berlaku apabila bebola kilat tidak mengenai sasarannya dan menghentam tanah. Angin kuat bertiup ke magnitud yang berdekatan. Debu-debu berterbangan menyebabkan semua orang serta remaja ELEMENTOM menyepetkan sedikit mata.

Dalam keadaan yang agak gelap itu; dek kerana debu tanah bercampur dengan kabus , cahaya putih daripada badan Spike tetap dapat dilihat. Badan Spike yang tadinya pejal, telah bertukar kepada debu halus bercahaya putih yang amat terang benderang.

Kesemua debu bercahaya itu terbang dan berpecah kepada 11 lalu memasuki badan setiap satu remaja ELEMENTOM.

Pyro , Aqua , Geo , Windy, Zack , Shiny , Dash , Flora , Izz , Stelix , Toni.

"Tahap 9 dicapai"

Badan mereka semua juga turut serta bercahaya sebaik sahaja debu itu meresap masuk ke dalam tubuh. Fizikal mereka bertambah lagi, seperti umur mereka diinjakkan setahun ke hadapan.

Mereka masing-masing melihat keadaan diri mereka. Pandangan yang ralit melihat diri sendiri bertukar pula memandang semua rakan yang lain. Mereka tersenyum. Senyuman penuh keyakinan.

Mereka melepaskan pelukan daripada keluarga masing-masing lalu berdiri membuat barisan secara melintang di hadapan markas yakni di hadapan Ohm dan Kevin yang ketika ini sudah terlopong tidak tentu arah.

Pyro yang mengetuai di tengah, melayangkan senyuman terakhir kepada rakan sepasukannya lalu memandang ke arah Ohm dan Kevin dengan pandangan yang menghantar ancaman.

"Ohm, Kevin... sekarang kita dah setaraf"

___________________
to be continued... :)

ELEMENTOM ©️Where stories live. Discover now