Chapter 78; Kenangan+bahagia

2.7K 382 232
                                    


"Hyun, Kalau mama tinggalkan kamu. Kamu sedih tak?" Soalku lalu mengiringkan tubuhku. Berkelip-kelip mata sekecil Hyun, Hyun mencemik seakan-akan faham apa yang dikatakan olehku.

Aku tersenyum segaris. Pipi Hyun aku usap lembut "I'm gonna miss you. Sayang" Mata aku mula berkaca apabila kenangan waktu dahulu menerjah fikiranku.

Aku masih ingat waktu aku ingin menyambut kelahiran Hyun, Taehyung teman aku walaupun dia takutkan darah. Dia tetap beranikan diri semata-mata ingin berada disisiku. Selepas aku melahirkan Hyun. Taehyung tidak berhenti-henti menangis di dalam bilik sambil mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sanggup bertarung nyawa untuk sekecil Hyun.

Aku juga masih ingat sewaktu aku mengandungkan Hyun. Taehyung terkena alahan teruk. Selalu mengidam mahu makan itu ini. Aku layankan. Mahu dipeluk sepanjang masa  Aku layankan. Walaupun perangai dia menjengkelkan aku. Aku masih lagi sayangkan dia.

Perangai panas baran dia. Aku masih lagi bertahan walaupun dia pernah naik kaki tangan. Aku masih lagi sabar kerana aku sayangkan dia.

Dulu sewaktu aku dan dia susah. Macam-macam cara dia buat untuk cari duit hanya untuk dapatkan sesuap nasi. Dia sanggup ikat perut dia untuk beri aku makan. Pergorbanan dia tidak pernah aku lupa.

Dia lelaki kedua yang bahagiakan aku selepas ayah. Tapi, sekarang? Dia lukakan hati aku hanya disebabkan seorang perempuan. Aku sendiri tidak pasti apa yang hati aku mahukan.

Mungkin kerana banyak Kenangan yang tercipta di antara aku dan dia. Sekarang apa yang aku perlu lakukan adalah.

Lepaskan dia, lepaskan Hyun dan juga anak dalam kandungan ni. Aku akan cuba lupakan mereka dan cari kebahagian baru.

🎗🎗🎗

"Oh Minjung? Itu kamukan?" Tegur seorang wanita yang berusia lebih kurang 40-an. Minjung menoleh. Senyuman dibibirnya mula pudar. Wanita itu adalah ibu kepada bekas kekasihnya.

"Kamu buat apa dekat sini?" Soal Puan Hwang lalu memegang bahu Minjung. Wanita itu mengukir sebuah senyuman manis. Minjung tersenyum nipis.

"Hwang Minhyun. Dia ada tak?" Soal Minjung, senyuman di bibir wanita itu mula pudar. Mata wanita itu mula berkaca. Dahi Minjung berkerut "Kenapa ni?" Soal Minjung risau.

"Minhyun...dia"

🎗🎗🎗

Minjung menutupt pintu bilik lalu menyandarkan tubuhnya di belakang pintu. Airmata dia mula mengalir deras. Rasa bersyukur tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Minjung bangun mendekati anak perempuannya di atas katil.

"Ayah kamu dah mati sayang" Minjung tersenyum segaris. Rambut anaknya di usap lalu dicium dahi anak perempuannya.

"Sekarang, kamu dah ada ayah baru. Kita boleh hidup bahagia dengan ayah baru kamu ya?" Kata Minjung. Dia mahukan Taehyung. Sangat mahu

🎗🎗🎗

Di minta pembaca setia Morning Sickness menyediakan tisu untuk berapa bab yang akan datang. Kerana kita sudah sampai ke zone bab sedih-sedih.

Ada kata terakhir untuk pasangan Hyunjin dan Taehyung?;

[C]Morning Sickness||K.THWhere stories live. Discover now