Bab 44: Dark Knight

1.3K 61 2
                                    

Adrian tersenyum sinis. "Dari dia, Dark Knight."

Semua terdiam. Dark Knight? Siapa dia ni? Soalan itu berlegar-legar di fikiran mereka.

"Hahahaha. Sempat lagi kau berloyar buruk." Dark Knight yang datang berseorangan tergelak macam orang yang tak betul..

Tiba-tiba, Dania dan Daniel menjadi seperti patung. Mata mereka kosong. Diana dan Damia masih tidak dapat bergerak.

"Korang berdua akan jadi boneka aku untuk hancurkan dunia ni!" Dark Knight tergelak...

"Oh dan hai! Kau Putera Adrian Ezany right? Dari puak white vampire right?" Adrian memandang Dark Knight pelik. Asal pulak mamat ni? 🤨

"Aku yang bunuh bapak kau guna Vampkiller tu... Muahahahaha." Adrian mengenggam penumbuk.

"Dan, Iskandar, Ain dan Shamina tu semua, boneka aku je! Aku dalang disebalik semua ni!!" Dark Knight menjerit pula kali ini. Dia ni memang nak satu Magical World ni tahu ke?

"Kali ni, aku akan jadikan orang harapan mereka semua sebagai boneka aku!! Biar diaorang semua ingat orang harapan mereka ni jahat!!" Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri.

Zhafran membuat isyarat gerak mulut kepada Leo.

'Kat sini ada Hospital Bahagia tak?'

Leo pun membalas. 'Tak de. Tapi untuk hospital macam dia, ada je kat sini.'

Mereka yang memahami gerak mulut Zhafran dan Leo tergelak. Author pelik, macam mana time macam ni pun diaorang boleh bergurau? Mesti berjangkit daripada Dania ni... 😅

Dark Knight yang memerhati berasa sakit hati.

Tiba-tiba Dania, Diana, Damia dan Daniel menyerang mereka. Disebabkan tidak sedia, semua jatuh kebelakang.

"Woah woah, apa jadi ni?" Zahri yang seperti baru tersedar dari mimpi terus kalut.

Hezriq menampar perlahan pipi Zahri." Kita kena serang dengan Dania, Diana, Damia dan Daniel. Mereka dah dikawal seperti boneka."

Adriana menggengam penumbuknya. Dia menahan amarah. Dark Knight dah bunuh ayah dia!

"Sorry guys, tapi aku akan lawan dia dulu." Adrian terus berubah rupa. Gigi taringnya menonjol. Urat berwarna merah dan hijau kelihatan. Matanya menjadi warna merah.

Adrian terus mencakar muka Dark Knight. Namun, belum sempat tangan Adrian sampai ke muka Dark Knight, ada satu bebola cahaya yang menghalang Adrian.

"Sorry Ian!! Aku tak boleh kawal diri aku!!" Diana menjerit dengan kuat sekali.

Adrian masih tidak berputus asa. Dia mengelak segala halangan yang diberikan. Hanya satu benda sahaja yang ada di kepalanya.

Mesti Bunuh Dark Knight!!

Adrian sangat fokus untuk mengelak serangan Diana sehingga tidak perasan yang Daniel menyerangnya.

"Woiii!!!! Apa korang tunggu lagi?!?!?! Cepatlah tolong aku!!! Nak aku mati kat sini ke apa?!?!?!" Darwish, Rai, Zhafran, Zaim, Zahri, Leo, Hana, Reen, Hezriq, Zaqwan, Syakira dan Qaisara memandang Adrian pelik.

"Bukan kau yang kata nak serang dulu ke??" Zaqwan masih tidak berganjak.

Adrian mendecit. Asal kau blur sangat ni??

"Cepat je lah tolong aku!!!" Akhirnya, baru mereka berpecah untuk menolong Adrian. Kalau Adrian tak menjerit, mungkin sampai esok mereka tak akan tolong.

Darwish, Rai dan Leo membantu Adriana mengalahkan Dania. Ehhh jap! Ayat salah... Bukan mengalahkan, tapi menghalang...

Si kembar 'Z', menghalang Daniel. Hana, Reen dan Hezriq cuba mengembalikan Diana manakala, Syakira, Qaisara dan Zaqwan menolong Damia. Mujur saja Hezriq, Zaqwan, Syakira dan Qaisara merupakan seorang yang mahir dalam kuasa magic.

Tiga Gadis Magic [Complete]Where stories live. Discover now