Bab 36: Back to Angle Kingdom

1.8K 106 13
                                    

Dania, Diana, Damia, Daniel dan Darwish berterima kasih kepada Raja Lewis dan Permaisuri Aryna kerana membenarkan mereka menumpang di istana. Selesa betul. Tilam empuk dia jangan cakap, memang superb.

Raja Lewis dan Permaisuri Aryna hanya tersenyum. Sempat juga berpesan beberapa nasihat kepada Leo, Aireen dan Hana.

" Teleport atau jalan kaki?" Tanya Dania. Ada yang menjawab jalan kaki. Ada juga yang nak teleport.

" Buat fair. Jalan kaki separuh perjalanan. Selebihnya naik portal. Boleh?" Dania menjongketkan keningnya. Mereka semua mengangguk setuju.

Mereka berjalanan kaki sehingga ke Rainbow Forest. Rupanya Elf Kingdom ni dekat je dengan Rainbow Forest.

" We, nak tak jumpa ayahanda dengan bonda aku?" Pelawa Darwish. Pada mulanya, Leo, Aireen dan Hana kelihatan teragak - agak. Namun diterima akhirnya. Mereka berjalan kaki ke istana.

Dania, Daniel dan Darwish berlari perlahan mendapatkan ayahanda dan bonda mereka. Terus mendakap tubuh tua itu. Terkejut Raja Ezfan dan Permaisuri Erin.

"Eh? Anakanda?  Bila balik? Kenapa tak bagitau?" Berdas-das soalan yang keluar dari mulut Permaisuri Erin.

Darwish, Daniel dan Dania hanya tersengih.

" Anakanda ada bawak kawan. Perkenalkan, ini Putera Leo Farel, Puteri Aireen Farella dan Puteri Hana Farella. Anak kepada Raja Lewia Farel dan Permaisuri Aryna Haura." Kata Dania.

" Kami singgah kejap je ni. Lepas ni nak balik Angle Kingdom." Ujar Daniel.

Setelah beberapa jam berada di  Rainbow Forest, mereka pon menggunakan teleport untuk ke Angle Kingdom.

Sampai saja di Angle Kingdom, baju Leo, Aireen dan Hana berubah. Leo berwarna putih kehijauan. Aireen berwarna hijau biru. Manakala Hana berwarna Merah kuning.
Rai yang lalu di kawasan itu terkejut. Terkejut dengan kehadiran ketua mereka dan 3 orang baru.

"Dahlia!" Panggil Rai dari jauh. Mulanya dia hendak memanggil Tuanku. Lepas teringat pesanan Dania terus terbantut niatnya.

" Rai!" Balas Dania sambil melambai tangan. Lambaian Dania disambut oleh Rai. Rai menghampiri Dania.

" Bila balik? " Tanya Rai. Dania tersenyum. Akhirnya, guna bahasa yang tidak formal pon.

" Hai Eric, Darwish, Leo, Aireen dan Hana!" Sapa Rai dengan gembira. Happy go lucky jugak Rai ni. Ingatkan pendiam. Fikir Daniel.

" Hai!" Balas mereka semua serentak.

Beberapa minit kemudian, kelibat Boys dan Girls terlihat. Berubah air muka Dania. Sangkanya mereka sudah pulang. Mereka terkejut melihat Dania. Terus berlari meluru ke Dania.

" Wei, tolong aku. Leo, tolong Irin ye?" Pinta Dania. Mereka mengangguk setuju. Daniel, Darwish dan Leo berada di depan Dania. Tak nampak depan woi. Tinggi macam galah!

Diana, Damia, Aireen dan Hana berada di sisi Dania.

" Menghilang ke mana hah? Risau orang tahu tak?" Marah Izz. Baru hendak menyentuh Dania, tangannya sudah ditepis oleh Leo.

" Kau siapa?!" Naik seoktaf suara Izz. Leo memandang Dania. Dania mengangguk.

"Ehem. Aku Putera Leo Farel, anak sulung Raja Lewis dan Permaisuri Aryna, Putera Elf Kingdom dan guardian  kepada Dania Dahlia a.k.a Rossa Qairina." Panjang lebar penerangan yang diberikan oleh Leo.

Terkedu Boys dan Girls. Woah, ni ke Leo Farel. Handsome we! Rambut hijau, mata warna hijau cair, badan tegap, hidung mancung, kulit putih,  tinggi macam galah. Memang lelaki pujaan.

Tiga Gadis Magic [Complete]Where stories live. Discover now