bab 1:Hari pertama sekolah

6.5K 301 8
                                    

Di pagi yang indah,tiba-tiba suara Dania bergema di rumah banglo atuknya kerana mengejutkan adik kembarnya. 

"Diana,Damia bangunlah. First day sekolah ni." kejut Dania.

"Ala kak. Kejaplah. Baru 6:30. Lek lu." balas Diana.

"Betul tu kak.Lek lu."sambung Damia.

Dania tidak mengalah.Dia menolak Diana sehingga punggungnya mencium lantai.

"Adoi!! Sakitlah."

Dania dan Damia hanya tergelak.

"Dania,Diana,Damia cepat siap.Lambat nanti nak gi sekolah!"jerit Tengku Amirul dari tingkat bawah.

"Dah lambat!!"kelam-kabut Diana dan Damia bersiap.

Dania menggeleng melihat gelagat adik-adiknya.Dia terus turun untuk bersarapan.

"Good morning atuk!"sapa Dania dengan gembira.

"Morning.Mana adik-adik kamu?" tanya Tengku Amirul.

Baru Dania hendak menjawab,dia terlihat adik-adiknya turun dengan terkocoh-kocoh.

"Tu diaorang."

"Hah.Kenapa lambat.First day sekolah kan?"Tengku Amirul bertanya.

"Biasalah atuk.Orang tu,kalau letak bom kat tepi telinga pun tak bangun gamaknya."perli Dania

Diana dan Damia hanya tersengih.

Tengku Amirul tergeleng."Sudah mari sarapan.Atuk masak special sarapan kali ni."

"Hrmmm.Sedapnya.Nasi goreng pataya."kata Diana

Mereka bersarapan dengan penuh berselera.Tengku Amirul memandang mereka sambil tersenyum.

"Kenapa atuk ni. Asyik pandang kitaorang jer." Kata Damia.

"Aik. Salah ke? Korang kan cucu atuk. Tak kan nak pandang pun salah. Tahulah cucu atuk ni cantik jelita."

"Ala atuk ni. Tanya jer. Tak kan sentap kot. Sorry ek atuk." Pujuk Damia.

Tak sampai hati tengok muka cucunya yang cemberut,Tengku Amirul tergelak.

"Hahahahaha. Lawaknya muka cucu atuk ni. Hahahaha!" Ketawa Tengku Amirul.

"Atuk ni. Hmph." Kata Diana.

"Dah,dah cepat sarapan. Dah 6:50 ni. Lambat nanti nak ke sekolah." Tengku Amirul mengalah.

Setelah 5 minit berlalu,3 kembar itu bersiap-siap ke sekolah.

"Dania,jaga adik betul-betul. Diana dan Damia jangan nakal-nakal. Dengar cakap kakak." Pesan Tengku Amirul.

"Faham atuk. Bye atuk kami ke sekolah dulu." Balas Dania.

"Bye. Jalan elok-elok. Ta..." Lambai Tengku Amirul.

Tiga Gadis Magic [Complete]Where stories live. Discover now