Bab 16: Permintaan

2.9K 187 6
                                    

Habis bersepah kamar beradu kembar perempuan itu kerana teringatkan peratuhan yang dibuat oleh Zaim.

"Habis lah. Macam mana ni. Kita dah la langsung tak tahu macam mana nak guna kuasa kita." Resah Diana memikirkan.

Dania selaku kakak sulung harus memikirkan jalan penyeselaian. "Macam mana kalau kita mintak ayahanda latih kita guna kuasa kita?"

Diana dan Damia berhenti seketika.
"Good idea sister!"

"Jom jumpa ayahanda." Damia menarik tangan Dania dan Diana.

Mereka pergi ke ruang utama. Raja Khairul dilihat sedang bersenam. Mereka bertiga tergelak.

Raja Khairul terserentak dengan gelak halus dari belakang. Rupa-rupanya si kembar perempuan.

"Ada apa nak jumpa ayahanda?" Soal Raja Khairul yang sedang ralit melihat seni bina istana.

"Latihan Kuasa!" Kata kembar perempuan dengan serentak.

"Huh?" Raja Khairul bingung.

"Ayahanda ingat tak pertaruhan yang Zaim buat?" Tanya Diana.

"Kenapa?" Soalan dibalas soalan.

"Masalahnya kitaorang tak tahu macam mana nak guna kuasa kitaorang." Jelas Damia.

"Oh tu je ke. Pergi belajar lah." Kata Raja Khairul.

Pak!

Pak!

Pak!

"Adoi, sakitlah!" Kata Raja Khairul.

Dania, Diana dan Damia masih selamba.

"Tu lah. Anakanda betul-betul, ayahanda main-main. Siapa suruh." Kata Dania.

"Haih.. Ok kita akan mulakan latihan esok." Putus Raja Khairul.

Dania, Diana dan Damia berhigh five.

Raja Khairul tergeleng.

Tiga Gadis Magic [Complete]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant