Bab 38: Goodbye, guys...

1.7K 106 11
                                    

Setelah pertarungan selesai, Dania menghealkan Rai, dia menyuruh Rai memanggil Heal Angle untuk membantu mereka.

Setelah memindahkan mereka ke bilik rawatan istana, perawat memulakan tugas untuk merawat.

Sementara mereka semua dirawat, Dania, Diana, Damia dan Daniel sedang berbincang di bilik perbincangan.

" Nampaknya Is tak sabar-sabar betul nak mulakan peperangan ni." Diana memulakan kata.

"Betul tu. Kita deal masa tu dari tempoh 3 bulan. Sekarang tinggal 2 bulan lagi kot. Tak reti sabar betul." Damia meluahkan rasa tidak puas hatinya.

" Mungkin Is akan memulakan peperangan lebih awal?" Duga Daniel. Semua memandang Daniel.

" Boleh jadi jugak tu. Is tu kalau nak, dia buat je." Kata Diana.

Mereka memandang Dania yang senyap daripada tadi.

"Kita tak de masa. Kemungkinan besar, memang Is akan mulakan peperangan lebih awal dari perjanjian. Kita kena latih diaorang dari sekarang."

Diana, Damia dan Daniel mengangguk.

Dania bangun dari duduk. "Korang pergi rest dulu. Petang ni kita akan buat latihan."

Mereka bergerak ke bilik masing - masing. Dania bergerak ke bilik kerjanya. Dia duduk di kerusi.

Dia melihat bebola kaca yang diambil semasa bertarung tadi. Fungsi sebenar bola tu, untuk mengunci kuasa mereka. Tetapi Dania rasa, Rozie berubah tadi sebab bola ni. Mybe Is dah tukar fungsi bola ni.

Dania bergerak menghadap cermin. Dia menyelak rambut yang menutupi mata kanannya. Matanya kini berubah. Berwarna dark purple diikuti sedikit warna merah dan hitam. Dania mengeluh.

Dia berlalu masuk ke biliknya dan terus baring.

Pukul 04:45 p.m.

Dania memanggil adiknya serta Daniel untuk berlatih. Yang lain masih lagi berehat.

Mereka mula mengatur strategi untuk peperangan tersebut. Kemudian barulah mereka berlatih. Sedang mereka berlatih, muncul pula si Zhafran, Zaim dan Zahri. Dania, Diana dan Damia membuat muka menyampah. Daniel pula buat muka selamba.

" Korang buat apa kat sini? Gi rehat lah!" Damia berkata kasar. Riak muka Zahri berubah.

"Entahnya, kang sakit orang tu jugak yang tergedik-gedik." Sambung Diana geram. Zaim terkejut.

" Irin!" Dania menoleh apabila namanya dipanggil. Dia sudah tahu siapa yang memanggilnya kerana hanya seorang sahaja yang memanggilnya Irin.

" Mana Aireen dengan Hana?" Nada suara Leo kedengaran risau.

Tetiba Daniel menyampuk. " Haah, Nia. Mana Hana?"

Dania hanya tersenyum. Dia bergerak ke Leo lalu membisikkan sesuatu kepada Leo. Leo hanya tersenyum sambil memandang Daniel. Daniel cuak. Jangan-jangan Dania sudah memberitahu rahsianya.

Leo pula berbisik kepada Daniel. " Jangan risau. Aku okay je kalau kau dengan Hana." Merah padam muka Daniel.

Daniel membuat gerak mulut. Siap-kau-Nia!

Dania hanya menjelirkan lidah.

Diana dan Damia tergelak melihat gelagat 3 orang itu.

Zhafran, Zaim dan Zahri pula seperti patung. Bahagia sungguh tunang mereka.

Izzue yang melihat gelagat adiknya dari atas hanya mengeluh. Bahagia sungguh adiknya bila bersama Leo.

" So, apa korang buat kat sini ni?" Tanya Zahri.

Tiga Gadis Magic [Complete]Where stories live. Discover now