Aqilah's pov

Tapii .... Ada aku kisah . Letak tangan kat bahu mata juling ke atas . Cuba buat haa itulah muka aku bila dengar dia ni .

Sebaik sahaja selesai perhimpunan semua pelajar tingkatan 5 diminta untuk berkumpul di Dewan Seriwani . Dewan Seriwani ni dia dekat je dengan pagar sekolah . Dan dewan ni dewan terbuka . So cadangan yang baik untuk berkumpul and tempat bas parking . Tempat jam 8:10 pagi tiga buah bas sampai . Sebuah bas ada dua buah kelas . Kelas Aku dengan kelas 5B . Sebuah bas lagi 5C dengan 5D . Sebuah lagi 5E dengan 5F . Bas aku paling untung . Sebab ramai orang . Taklah ramai sangat . Dia cukup cukup untuk kitorang . Takdalah sampai takmuat atau sesak . So kitorang meriah lah dalam tu . Dengan gelagat budak kelas B yang lawak lawak tu .

Yang buat aku tak seronok sekarang ni adalah Farhan . Dia duduk sebelah aku weyhh . Dalam banyak banyak orang perlu ke Farhan . Perlu ke ?! Meroyan teruk aku .

Hani , Mila dengan Ami mana ? Dah kena rembat dengan monyet tiga ekor tu . Hmm takpelah Qilah kau bolehh .

"nah kau naktak ?" Farhan menyuakan roti kepada aku .

"mmm taknaklah perisa strawberry kot taknak arh aku . Kalau ada jagung aku nak ." Aku menolak pemberian Farhan .

Tak malu betui . Dah orang bagi nak main pilih perisa pulak . Makan jaklah siyo  .

"haih kau ni . Dahlah kat rumah tak breakfast " Farhan menarik semula roti tersebut lalu menyuakan satu lagi roti .

Berperisa

Jagung

Yeay Farhan kau sangatlah memahami thanks . Aku pun tengah craving benda alah ni .

"thank you . Kau sangatlah memahami" aku menyambut roti itu lalu mencubit pipi Farhan .

"sapa cakap tu aku nk bagi kau ?" Farhan memandang aku dingin .

Haduihlahh .

"habistu apa" aku tayang muka blur .

"tolong bukak" okayyy Farhan melampau . FARHAN MELAMPAUUUUUUUUUU!!

"hmmppp aku nak yang ni " aku menghentakkan kaki . Taklah kuat sangat . Kang aku kena marah kang .

"hmm kalau aku bagi kat kau apa je yang aku dapat " sengaja je dia ni main tarik tali dengan aku . adoiyaiii .

" esh cepatlah terus terang kau nak apa?  Aku lapar ni . Tak pasal pasal engkau yang aku makan " Aku membuat muka tidak puas hati.

Dan Alhamdulillah :

" eh gatal jugak eh kau " Farhan sudah tersalah tafsir . Aduhmakk

"eh ape kau ni . " Aku membuat muka jijik . euw jek .

authorspov

Farhan mengecilkan matanya . Satu idea nakal menjengah dalam fikiran . Mata memerhatikan keadaan sekeliling .

'hmm semua tengah tido and sorang dua syok main phone' Getus hati Farhan .

Set !

Muka didekatkan dengan muka Aqilah . Makin dia cuba hendak mendekatkan mukanya , Aqilah mengundurkan badannya ke belakang sehingga akhirnya kepalanya bertemu cermin bas dan dinding bas .

Pergerakan Aqilah terhenti .

Farhan tersenyum sinis .

Muka didekatkan lagi .

Jantung masing masing berdegup kencang .

" Aqilah , kau rasa tak apa aku rasa  ? Kau faham tak apa yang aku fahamkan  ? Makin aku nafikan makin kuat ia menyatakan " Farhan berkata lembut .

I Love You , Ketua Pengawas✔Where stories live. Discover now