→terima kasih

1.8K 116 6
                                    

"Just let me love you."

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Adam menyandarkan tubuhnya pada kerusi di restoran itu, merasakan dirinya sangat memerlukan waktu untuk bertenang buat seketika.

Untuk mengambil kerja separuh masa sambil belajar bukanlah sesuatu yang mudah. Dia terpaksa mengorbankan masanya untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah pada waktu petang, untuk datang bekerja. Kesannya, dia terpaksa pula mengorbankan waktu tidurnya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang tergendala itu pada waktu malam.

Bukan hanya waktunya saja yang terkorban. Dek kerana kepenatan, terutama sejak kebelakangan ini, dia sudah semakin kerap dingin dengan teman wanitanya, Dhia.

Pernah juga mereka bergaduh, dan Adam sedar semuanya salahnya. Namun dia terlalu penat dan ego untuk terus melayan segala drama dalam hidupnya.

"Adam! Ambil order," panggilan dari rakan sekerjanya membawa Adam untuk berdiri dalam sekelip mata.

Masa rehat yang diambilnya tidak sampai beberapa saat tadi, kini diganti pula dengan kekalutan dan kesibukan yang amat apabila restoran terkenal itu menerima lebih ramai pelanggan.

Satu lagi hari yang memenatkan.

✴✴✴

Tangannya naik menggosok bahagian belakang lehernya, mahu melegakan ketegangan yang dia rasai di situ.

"Adam!" Suara yang entah datang dari mana, membuatkan tingkahnya terhenti.

Adam berdiri tegak di situ, memandang ke kiri dan kanan untuk mencari sumber suara tersebut. Dia sangat mengecam suara itu. Dia yakin dia tahu siapa itu, namun dia kurang mengerti akan sebab empunya suara itu mahu bermain-main dengannya di lorong gelap pada jam sebegitu.

"Dhia?" Adam bertanya, ton suaranya penuh kekeliruan.

"Adam!" Suara itu kedengaran lagi, namun tiada figura si gadis yang muncul di hadapannya.

Adam mengeluh, tidak memahami apa yang sedang berlaku saat itu.

Setelah beberapa ketika, sunyi kembali menguasai. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk menyambung perjalanannya.

Sampai saja dia di rumah, dia kehairanan melihatkan rumah kecil keluarganya gelap gelita. Ke mana ibunya pergi? Jam sebegitu masih terlalu awal untuk ibunya tidur.

Menggunakan kunci pendua yang sentiasa ada di dalam dompetnya, Adam membuka pintu rumah miliknya itu dan melangkah masuk.

Bila saja dia menghidupkan suis lampu di ruang tamu, suara ibunya kedengaran, mengisi kesunyian malam.

"Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Adam,
Happy birthday to you."

Di baris ketiga lagu itu, suara Dhia turut menyanyikan lagu itu kedengaran. Adam terus saja berpaling ke arah pintu rumahnya, di situ Dhia melangkah masuk bersama kek di tangannya.

Adam tegak di situ, tak tahu mahu bereaksi apa. Apa yang lebih lucu, dia bahkan sudah terlupa terus bahawa hari itu ialah hari lahirnya.

"Lah, dah menangis dah dia auntie," Dhia bersuara dalam nada mengusik. Terus saja Adam menyapu pantas air matanya yang entah bila mengalir ke pipi.

"Oh, bukan main eh, nak buat surprise konon," Adam bersuara, memaksudkan usikan Dhia terhadapnya ketika di lorong tadi.

Dhia tertawa kecil, terus saja menyuruh Adam cepat-cepat memotong kek hari lahirnya itu.

✴✴✴

"Dhia balik dulu auntie," kata si gadis sambil mencapai tangan wanita itu untuk disalamnya.

"Ya ya. Kirim salam mak abah ya. Terima kasih untuk semuanya hari ni," Puan Aisyah berkata, menyambut salam si gadis.

Dhia dan Adam sudah hampir 2 tahun bercinta. Ianya perhubungan yang tidak sehebat kekasih lain. Mereka sama-sama sibuk dengan urusan masing-masing hinggakan kurangnya masa mereka bersama.

Mereka bukanlah pasangan kekasih yang berketurunan Tengku atau dari keluarga Dato'. Mereka hanyalah dua orang biasa tanpa kemewahan, namun mereka mampu menikmati kebahagiaan dengan cara mereka sendiri.

Adam menghantar Dhia ke luar rumah, ingin berbicara sesuatu dengan si gadis secara sendirian.

"Terima kasih untuk semua ni," Adam berkata, membuka perbualan mereka.

"Tak ada apalah. Kita kan dah biasa, saling buat surprise sesama sendiri masa birthday masing-masing," Dhia berkata, berasa lelaki itu tak perlu berterima kasih.

"Bukan hanya untuk tu, Dhia," Adam berkata lagi, membuatkan si gadis sedikit kehairanan.

"Terima kasih, untuk setiap usaha Dhia nak bahagiakan Adam. Setiap masa dan perhatian yang Dhia bagi pada Adam, walaupun Adam sendiri selalu tak ada masa untuk Dhia.

Terima kasih, untuk cinta dan sayang Dhia pada Adam walaupun Adam rasa Adam tak cukup layak untuk semua tu. Adam..."

"Memang birthday boy ni emosi lebih, eh?" Dhia memotong, berseloroh.

Adam kelihatannya masih dalam rasa bersalah, mungkin kerana mereka baru bergaduh dua hari lalu.

Dhia mengambil selangkah mendekati lelaki itu, menunduk untuk memandang wajah Adam yang tunduk ke tanah.

"Usaha membahagiakan, perhatian, cinta dan masa. Semua tu memang apa yang perlu kita beri kepada orang yang kita sayang, kan? Dhia buat semua ni bukan sebab Adam. Tapi sebab hati Dhia yang nak. Dhia bahagia saat Dhia boleh bahagiakan Adam. Dhia bahagia untuk mencintai Adam. Dan kalau boleh, setiap masa yang Dhia ada, Dhia nak bagi pada Adam, tahu?"

Adam mengangkat wajahnya kembali, membuatkan Dhia turut menegakkan badannya semula.

"Tapi Dhia tahu. Kita sama-sama ada komitmen lain. Adam dengan hidup Adam. Dhia dengan hidup Dhia. Dan tak kira apa pun yang akan jadi di masa depan, Dhia cuma harap kita dapat lalui bersama. Okey?" Gadis itu bertanya dengan telus, ingin mendengar jawapan yakin dari Adam.

Si lelaki mengangguk, diiringi satu senyuman manis yang terukir di wajahnya. Ah, bertuah. Kenapalah dia boleh tak sedar betapa dia sangat bertuah untuk memiliki gadis itu?

"Kalau macam tu, tunggu Adam dalam dua tahun lagi. Adam habis belajar, Adam akan cari kerja yang gaji bapak mahal dan lepas tu Adam akan jadikan Dhia milik Adam sepenuhnya," lelaki itu berkata dengan reaksi terujanya.

Namun wajah si gadis berkerut.

"Adam tengah lamar Dhia ke sekarang ni?" Tanyanya keliru.

Adam tertawa kuat, berasa lucu dengan pertanyaan polos itu.

"Dhia rasa?"

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬


Hello guys~ Okey so macam yang saya dah explain, ini ialah kompilasi SHORT STORIES so setiap cerita berakhir pada setiap bab (bergantung pada cerita, maybe there will be parts? Idk lol)

Love in the RainWhere stories live. Discover now