🚻 01

12K 1.5K 407
                                    

His Roommate • KTH

Bab 01
---

Nama aku Jae Yoon. Seorang wanita yang sentiasa hidup dalam kesunyian.

Aku anak tunggal. Parents pun sudah lama tinggalkan aku. Ada sahabat karib tu pun seorang je.

Siapa lagi kalau bukan Park Jimin, si lelaki pendek bermulut pedas itu?

Tetapi , aku kembali berseorangan setelah Jimin membuat keputusan untuk sambung belajar ke luar negara selama beberapa tahun. Janjinya untuk pulang ke Korea terkubur begitu sahaja.

Penantian aku selama dua tahun terhadap kepulangannya dibalas dengan janji kosong.

Aku tepis salji-salji yang mendarat jatuh di bahu aku. Musim salji di kota Seoul baru sahaja bermula. Perasaanku bertambah sunyi. Namun, aku cuba untuk isi masa yang ada melalui aktiviti setiap hujung minggu.

Aktiviti melawat tempat bersejarah. Memang bosan. Aku akuinya. Namun, ianya memberi aku solusi untuk mengurangkan rasa sunyi.

"Muzium Istana Lama. Interesting juga. Aku redah je lah masuk. Bayaran pun murah je kan?"aku bermonolog dengan diri sendiri.

Kaki aku berhenti di hadapan Muzium berbentuk istana lama itu. Bibir aku serta-merta terukir senyuman kecil.

Degupan jantung berdegup pantas secara tiba-tiba menyebabkan aku hampir tergamam.

Sukar aku mahu tafsirkan perasaan yang baru muncul ini. Ada sesuatu dalam istana ini yang membuatkan aku terpaku.

---

Jae Yoon memerhati segenap ruang istana lama yang sudah dijadikan muzium itu. Muzium istana kerabat diraja pada zaman dahulu sangat menarik reka bentuknya.

Ruang istana tersebut lengang tanpa pengunjung. Hanya Jae Yoon sahaja yang masih berjalan sambil matanya meneliti segala ruang yang ada di dalam istana.

"Fuh. Cantik gile rekaan istana ni. Mesti seronok kan hidup zaman klasik? Naik kuda, mandi sungai, duduk dalam istana, jadi permaisuri. Tetapi, satu je tak best. Sebab takde internet. Bosan teruk zaman tu. Kuno betul diorang."bebel Jae Yoon tanpa sedar.

Bahunya disentuh seseorang. Gadis berumur awal 20-an itu memalingkan kepalanya ke arah belakang.

Seorang perempuan tua. Mungkin pekerja yang bertugas membersih muzium istana tersebut menggelengkan kepala.

Sesekali perempuan tua itu mengeluh sambil matanya memandang wajah Jae Yoon.

"Mak cik nak pesan. Mulut tu jaga. Jangan cabul sangat. Muzium ni istana lama yang betul-betul wujud sewaktu zaman Jooseon. Hati-hati adik."

Jae Yoon hanya tersenyum kekok akibat pesanan yang dititip perempuan tua itu. Sikapnya yang tidak ingin bergaul dengan orang lain membuatkan Jae Yoon segera beredar ke ruang istana yang lain.

Matanya tertumpu kepada anjung istana yang terletak di sudut paling hujung.

Hendak sampai ke anjung istana, dia perlu menuruni berbelas anak tangga terlebih dahulu.

[C]His Roommate | KTHOn viuen les histories. Descobreix ara