"aku nak deal something dengan kau . Ma..." kata kata aku terputus apabila mamat sengal ni menyambung .
"hah apa dia?"

"kau ni janganlah potong . Masa kita tidur , aku nak ada penghalang kat tengah ni . Tak boleh alih . Pastu , kat sekolah jangan bagitahu hubungan kita . Buat macam biasa jadi kawan macam sebelum ni ." katanya . Start tu kitorang rapat dengan geng Farhan .

" Deal? " soalku

" Deal " kata Farhan lalu menghulurkan tangan tanda persetujuan dari dia .

Aku membalas huluran Farhan tanda setuju lalu tersenyum lebar .

❤❤❤

"Bangunlah Farhan ." aku mengejutkan Farhan setelah selesai mandi . Kejut punya kejut tak bangun juga . Satu idea nakal bertandang di fikiran aku . Aku tersengih jahat lalu mendekatkan mulut aku ke telinga Farhan .

"FARHAAAAAAAANNNN!" jerit aku di telinga Farhan . Bahu Farhan terhinjut dek penangan suara ku . Mata Farhan terbuntang luas lalu duduk tegak .
"kau kenapa jerit pagi pagi ni?" tanya Farhan . "heh hello ! Harini hari isnin dan kita kena ke sekolah . Pastu kau dahlah belum solat subuh lagi aku ni dari tadi kejut kau tak bangun bangun . Kau patut bersyukur tau aku tunggu kau solat subuh berjemaah . Dah gi mandi ishh kau ni" kataku sambil bercekak pinggang . Farhan bingkas bangun lalu mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi .

"membebel je kerja kau . Macam manalah hari hari aku kalau kau tak berhenti membebel ." Kata Farhan lalu cepat cepat menutup bilik air . Aku mendengus geram lalu mengatur tenpat untuk solat subuh .

Selesai sahaja bersiap aku turun ke bawah untuk bersarapan .

" Morning daddy , Morning mummy , morning along , angah , aaa . " kataku terhenti apabila tidak melihat kelibat acik .

"heip mana acik?" tanyaku .

"Acik dah pergi dah dia cakap hari ni first day dia masuk kerja ." jelas daddy kepada aku .

"ohh . Eh asal awal sangat dia pergi?" soalku lalu melihat jam di tangan .

"what?!" jeritku apabila melihat jam menunjukkan pukul 7:20 . Pintu pagar akan di tutup pada pukul 7:30 .

"bye guys . Adik kena pergi sekolah sekarang" kataku lalu menuju ke arah rak kasut . Selesai mengenakan kasut aku melihat along bersahaja duduk di meja makan .

"along cepatlah tunggu apa lagi?!" pekik ku di luar rumah . "kau pergi dengan laki kau lah ." kata along lalu tersengih . "what?!" kataku .

Pon pon pon

"weyhh cepatlah lambat ni aku dahlah bertugas harini ." kata Farhan . Aku pasrah lalu berlari masuk ke dalam kereta milik Farhan .

Sebaik sahaja keluar dari kereta Farhan aku melihat banyak mata mata yang memerhatikan aku . Aku masuk semula ke dalam kereta .

" weyh Farhan kan aku dah cakao mesti diorang pelik punya ." kataku kepada Farhan .

"kau cakaplah yang kau tumpang aku sebab daddy dan mummy kau ada hal . Pastu aku cousin kau then kau dan abang abang kau tumpang rumah aku . Abang kau tak dapat hantar sebab ada problem . Habis" ujar Farhan tenang . Aku mengangguk kepala lalu menuju ke kelas .

Sebaik sahaja aku duduk di tempat aku , aku di serbu oleh Hani , Mila dan Ami . "

weyhh ada berita terbaru ke?" tanya Hani sambil menjongketkan keningnya sebelah .

"cerita terbaru apa?" tanya aku dengan muka yang blur .

"ala kau ni buat taktau pulak . Pasal kes kau pergi sekolah satu kereta dengan Farhan lahh ." kata Ami .

I Love You , Ketua Pengawas✔Where stories live. Discover now