Penantian

14 1 0
                                    

Tibanya saat yang dinantikan, jarum jam pada stesen tersebut menunjukkan tepat jam 7. Pada ketika itu, kedengaran jelas bunyi roda besi kereta api yang bergesel dengan landasan. Mereka semua menoleh dan mendapati sebuah kereta api menuju ke stesen berkenaan. Kereta api tersebut bernombor 59. Sejurus sahaja kereta api tersebut berhenti di stesen berkenaan, David dan rakannya terus menaiki kereta api tersebut tanpa rasa ragu-ragu. Mereka lihat keadaan dalaman kereta api, semuanya agak kusam, sedikit kotor dan kusyennya yang lama itu terdapat kesan koyak. Selain itu, mereka juga perasan tentang ketiadaan penumpang lain di dalam kereta api berkenaan melainkan mereka, seorang lelaki mabuk dan seorang pekerja pejabat lelaki yang begitu asyik membaca surat khabar sehinggakan tidak menyedari perkara yang berlaku di sekelilingnya. Mereka semua pun duduk di atas kusyen yang kurang selesa itu tanpa membuat sebarang bunyi bising.

Sedang mereka duduk, tiba-tiba satu lagu dimainkan di radio kereta api tersebut. Lagu tersebut berbunyi, "It is the final countdown. Into the hell. Into the hell. To hell. It the final countdown. The final countdown." Lagu yang tidak pernah didengari mereka sebelum ini. Walau apa pun yang berlaku, mereka masih berada dalam keadaan tenang sehingga mereka terbau sesuatu yang sangat busuk seperti bau manusia dibakar hidup-hidup. Keadaan yang sunyi sepi kemudian menjadi riuh rendah. Mereka semua lari bertempiaran, orang yang mabuk menjadi tidak mabuk tetapi lelaki yang membaca surat khabar masih membaca surat khabar. Mereka semua panik terutama Harry yang asyik berulang kali kata bahawa mereka semua akan mati kerana akan dicampakkan ke dalam api yang panas. Kemudian, lampu kereta api tiba-tiba berkelip-kelip lalu Harry berkata lagi, "Nampaknya kita semakin hampir dengan neraka! Habislah kita! Habislah kita!" Lantas, lelaki mabuk itu bersuara, "Diamlah budak bebal!" Pada ketika ini, lelaki yang membaca akhbar itu berhenti membaca lalu bertanya, "Siapakah gerangan yang bermain lampu ni? Aku sedang baca akhbarlah! Dah sampai bahagian menarik ni! Aku nak tengok nombor aku kena ke tidak?" Selang beberapa saat kemudian dia bertanya kepada David, "Di manakah kita sekarang?" David menjawab dengan hampa, "Kita menuju ke tempat yang mempunyai api yang panas membara dimana kita akan dicampakkan ke dalamnya."

Lelaki tersebut mulai terketar-ketar lalu kencing di dalam seluarnya. Kemudian, dia berkata bahawa dia tidak mahu mati lalu dia membuka pintu kereta api tersebut dengan paksa dan terjun keluar dari kereta api tersebut. Mereka yang lain tergamam dan tidak terkata. Satu minit kemudian, ...

Inferno Train (Kereta Api Neraka)Where stories live. Discover now