Kereta Api Neraka

9 1 0
                                    

"Ceritanya berbunyi begini, dahulu kala ada sebuah kereta api yang sangat berhantu. Dikhabarkan bahawa kereta api tersebut ialah kereta api bernombor 59. Kereta api tersebut dahulunya digunakan untuk membawa para peneraju untuk pergi ke makmal rahsia di kaki bukit. Seperti ibu bapa kamulah David. Akan tetapi, pada suatu hari kereta api tersebut meletup. Katanya, peristiwa itu berlaku ketika pengekstrakan batu aneh yang baru ditemui. Ramai peneraju yang terkorban. Selepas peristiwa tragis itu, kereta bernombor 59 itu dinamakan "Kereta Api Neraka". Mereka yang menaiki kereta api itu akan dibawa ke kaki bukit. Apabila hampir tiba di kawasan makmal rahsia itu mereka akan bau suatu bau yang sangat busuk dan akan mendengar jeritan terpekik melolong manusia yang dibakar hidup-hidup, lampu di dalam kereta api akan berkelip-kelip. Kemudian, mereka akan lihat api yang membara dengan besar sekali sehinggakan dapat dirasakan bahangnya di stesen di sana. Mereka akan disambut oleh lembaga hitam besar yang keluar dari dalam api! Akhirnya, mereka akan ditangkap dan dicampakkan hidup-hidup masuk ke dalam api tersebut tanpa belas kasihan! Hahahahaha! Okay. Tamat."

Mendengar cerita daripada datuk David sebentar tadi, mereka semua menggigil ketakutan. Kemudian, Harrison menyuruh mereka semua agar bermalam di rumahnya sahaja kerana sudah jam 12 malam. Dalam kala mereka mahu tidur, Harry mencadangkan agar mereka semua bersama mencari kereta api itu dan tanpa berfikir panjang, persetujuan dicapai. Keesokan paginya, mereka bangun lebih awal untuk berkemas dan pergi ke stesen kereta api berkenaan. Setibanya di stesen kereta api, mereka menunggu dan terus menunggu kereta api tersebut sehingga lewat petang. Pada jam 4 petang, mereka membuat keputusan untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba, David ternampak seorang lelaki gelandangan berwajah bengis. Lalu dia bertanyakan tentang hal kereta api tersebut kepadanya. Dia kemudiannya menjawab bahawa kereta api tersebut hanya akan datang mengambil penumpang pada jam 7 sahaja. Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut, mereka mengambil keputusan untuk teruskan penungguan.

Tibanya saat yang dinantikan, ...

Inferno Train (Kereta Api Neraka)Where stories live. Discover now