3

271 56 11
                                    

🍑

Setahun kemudian

"Ji, jalan elok-eloklah. Umur dah masuk 21 tahun, tapi perangai macam budak-budak je. Mari sini, cepat makan."

Taehyung menegur Hyunji yang laju menuruni anak tangga. Dia pulak yang risau tengok Hyunji.

Mana taknya, walaupun dah setahun pembedahan transplan jantung tu berjaya, namun, doktor sarankan supaya Hyunji tak terlalu aktif sangat kerana dia masih lagi di dalam tempoh penyesuaian organ tersebut di dalam badan Hyunji.

Hyunji tersengih melihat Taehyung yang awal-awal pagi lagi dah membebel di meja makan. Lantas dia mengambil tempat di hadapan Taehyung.

"Eo, unnie mana? Tak breakfast sekali ke?"

Soal Hyunji sambil mengambil sekeping roti di hadapannya. Coffee panas yang sudah terhidang, dihirupnya sedikit.

Semenjak dia sihat, selera makan Hyunji ni bertambah-tambah. Lagi-lagi pulak bila kakak iparnya yang menyediakan semuanya. Kadang-kadang je Hyunji akan menolong di dapur.

"Ada ha, dia tengah bersiap dalam bilik tu. Dia dah lewat tu."

Balas Taehyung bersahaja. Dia menuangkan susu segar kedalam gelas miliknya.

Yoohee yang baru keluar bilik kelihatan tergopoh-gopoh mengikat rambut panjangnya.

"Ha panjang umur unnie, marilah makan dulu."

Sapa Hyunji dimeja makan. Dilihatnya kakak iparnya sedikit kelam-kabut.

"Eo, gwenchana Ji. Unnie lambat dah ni. Ni semua awak punya pasal lah ni, Tae."

Kata Yoohee sambil menjeling manja pada Taehyung. Taehyung yang sudah berdiri di hadapan Yoohee sekadar tersengih.

Menjadi rutin harian sebelum ke tempat kerja, Yoohee akan mengikatkan tali leher kepada Taehyung.

"Eh, kita pulak yang dipersalahkan. Sayang yang goda saya malam tadi siapa suruh. Memang pagi ni lewat lah pergi kerja."

"Kim Taehyung-sshi! Ji ada dekat sini lah!"

Potong Yoohee sambil mencubit perut Taehyung. Apa lagi, mengerang kesakitan Taehyung dibuatnya. Berkerut mukanya menahan sakit.

Padan muka.

Hyunji yang mendengar segala-segalanya mengemamkan mulutnya, berpura-pura tak dengar apa yang diperkatakan abangnya.

Perlahan-lahan dia mengambil roti yang sudah disapukan jem lantas dia berjalan meninggalkan mereka berdua.

Sempat lagi dia menyampuk pada Taehyung dan Yoohee;

"Ji otak yang innocent ni terasa macam dah tercemar dengan benda-benda yang tak elok pulak pagi-pagi ni. Anggap je Ji tak dengar apa-apa dari unnie dengan oppa eh?

Tae oppa, Ji tunggu oppa dekat dalam kereta je eh. Jangan lama-lama sangat. Berbulu mata Ji tengok."

Elok je Hyunji keluar rumah, terus pinggang Yoohee dirangkul oleh Taehyung.

"Tae, berdiri elok-eloklah. Tangan tu jangan nak merayap. Saya dah lambat ni."

Rajuk Yoohee. Orang dah lambat, yang dia sengaja nak bermanja-manja lagi pulak.

"Janganlah marah sayang. Ji tu dah besarlah. Dia faham lah tu. Awak balik pukul berapa harini?"

Jari-jemari Yoohee masih lagi mengikat tali leher Taehyung.

"Awak lah, yang pergi cakap macam tu depan Ji buat apa. Hurmm - by the way, harini saya balik lambat sikit kot. Saya on call harini. Nanti saya text awak, Tae. Kita lunch sama nak?"

Taehyung menganggukkan kepalanya. Selesai je Yoohee mengikat tali lehernya, dia mencium dahi serta bibir Yoohee.

"Dae jumpa nanti, jalkayo. Saranghae, sayang."

"Nado, saranghae, Tae."

******

"Hyunji!"

Jerit Namjoon dan Jeunghwa serentak. Suasana di dalam dewan kuliah yang bising membuatkan mereka berdua menjerit agak kuat sedikit.

Namjoon dan Jeunghwa melambai-lambaikan tangan mereka memanggil Hyunji di tempat duduk dalam dewan kuliah.

Hyunji tersenyum lebar melihat kawan baiknya. Segera dia melangkah ke arah mereka berdua.

Kawan universiti Hyunji semenjak dari tahun pertama sehingga kini tahun yang ketiga penuntut jurusan Biomedical Engineering

"Lama dah ke sampai?"

Soal Hyunji sambil meletakkan beg sandangnya di atas meja. Dia duduk disebelah Jeunghwa, gadis tinggi lampai yang cantik, sesuai dengan Namjoon yang sama tinggi.

"Baru 15 minit sampai. Kau dah ambil ke jadual semester kali ni?"

Soal Namjoon yang duduk disebelah kiri Jeunghwa.

Hyunji menganggukkan kepalanya. Lupa dia nak check ada berapa kelas untuk seminggu.

Dia mengeluarkan buku dan pen dari dalam begnya. Nak meneliti jadual kelasnya.

"Weh Ji, tahu tak semester ni ada lecturer baru kot. Bujang. Kacak - ackkk! Joonie, sakitlah!"

Adu Jeunghwa apabila Namjoon menarik pipinya. Segera dia menggosok-gosok pipinya.

"Ha tu lah. Pantang nampak yang kacak sikit, dah menggatal."

Hyunji tersengih melihat gelagat dua kawannya.

"Ishh, sibuk lah awak ni. Orang puji je, bukannya menggatal. Ji, kau tahu tak, lecturer baru tu sebelum ni kerja engineer kot."

Hyunji mengangkat keningnya sebelah. Dari engineer berhenti jadi lecturer?

"Tapi dia resign, jadi pensyarah sekarang. Fuhh! Cukup pakej. Kacak, pandai, kerja pun ba-"

Belum sempat Jeunghwa nak menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba pintu dewan kuliah ditolak dari luar.

Automatik satu dewan kuliah sunyi sepi melihat satu tubuh tinggi lampai melangkah masuk.

Mata kesemua pelajar tertumpu pada lelaki yang baru masuk kedalam dewan kuliah termasuk jugak lah Hyunji.

Kacak!

Detik hati kecil Hyunji.

"Selamat pagi semua. Saya lecturer baru awak, untuk subjek Numerical and Method Statistic bagi semester kali ni. Nama saya Jeon Jungkook. You may call me as Sir Jeon."

Lup, dup. Lup, dup.

Tiba-tiba perasaan Hyunji menjadi resah tanpa sebab. Terasa peluhnya mengalir perlahan-lahan di dahi.

Dia meletakkan tangannya ke dada sebelah kiri. Terasa jantungnya sedang bergerak laju sekarang.

'Kenapa jantung ni berdegup laju sangat?'

******

"I see your eyes,
Each time I close mine"

******

Girls, do support my new fanfic please. Lend your votes to me. Hehuhehu. Nanti weekend author update lagi.

Sweet Pea | My SweetheartWhere stories live. Discover now