7 | My Hero

3.4K 413 109
                                    


Suami Upahan|PJM
Chapter 7

Jimin mengetap bibirnya. Perasaan risau mula terasa pada hati. Kasar sangat ke kata katanya tadi ? Tapi sesungguhnya Aera memang melampau !

Wanita itu terus keluar dari rumah dan hingga kini masih lagi belum pulang memunculkan diri. Jimin meramas rambutnya geram.

Sesekali lelaki itu menjerit marah. Jacketnya di pakai. Tangan laju sahaja mencapai kunci. Lantas kakinya mula melangkah keluar.

Kini dia mahu mencari isterinya itu.

•'¯'•» - «•'¯'•

Wanita itu berjalan sendiri. Sengaja dirinya berjalan ke lorong gelap dan sunyi untuk menenangkan diri. Dia tahu itu bahaya. Tapi kepalanya tak sempat berfikir.

Aera meraup rambutnya kebelakang. Sesungguhnya dia berasa buntu. Betulkah keputusannya mengambil Jimin sebagai suami untuk melupakan Taehyung itu betul ?

Jujur, dia masih lagi tidak boleh lupakan Taehyung. Tetapi perlahan lahan dia mula menaruh hati pada Jimin. Dia tahu Jimin juga mempunyai rasa yang sama.

Tapi dia masih lagi berpegang teguh pada kontrak itu. Terang lagi bersuluh mereka telah menurun tanda tangan. Tapi ada syarat yang langsung Jimin tak tahu.

Perjanjian itu automatik batal jika Jung Aera mengandung anaknya. Perutnya disentuh. Bibirnya diketap.

" Please hadirkan bayi dalam rahim ni." Ucapnya perlahan. Entah kenapa, secara tiba tiba dia berharap sebegitu. Punggungnya terasa disentuh.

Tersentak Aera dibuatnya. Automatik dia berpaling ke belakang. Matanya membulat melihat sekumpulan lelaki berpakaian selekeh dengan merenung ke arahnya.

" Tadi aku dengar, kau berdoa nak mengandung. Apa kata aku jadi ayahnya ?" Lantas tawa lelaki tua itu meletus. Diikuti dengan rakan rakannya.

Bulu romanya Aera menegak. Rasa takut mula mengawal diri. Terketar ketar dirinya. Perlahan lahan dia mengundur ke belakang. Berpeluh peluh wanita itu dibuatnya.

" Eh jangan lari, sayang. Meh dekat sikit." Ucap seorang lagi lelaki tua. Belum sempat Aera melarikan diri, tubuhnya dipeluk dari belakang.

Meronta ronta wanita itu pinta dilepaskan. Namun semuanya hancur. Tubuhnya dijatuhkan di atas lantai. Lelaki lelaki tua itu mula mendekatinya perlahan lahan.

Wanita muda itu semakin takut.

Air matanya laju mengalir.

Menunggu saat dirinya dihancurkan.

BUKK !

Lelaki tua itu terjatuh ke atas lantai. Tajam sekali matanya membalas pandangan gerangan yang menumbuknya kuat.

" J-Jimin. " Terketar ketar Aera dibuatnya. Susuk tubuh wanita itu ditarik masuk ke dalam dakapan. Ubun ubun Aera dicium sekilas. Syukur, wanita itu sempat diselamatkan.

" Korang berambus ! Tak sedar dengan tua lagi. Bini orang pun nak kacau !" Amarah Jimin membuak buak. Lelaki lelaki tua itu pula laju melarikan diri. Mata Jimin kini tertumpu pada Aera.

" Dahlah. Aku penat. Kita balik" Pelukan dilepaskan. Riak wajah dingin mula ditayang. Langkah kakinya diatur meninggalkan Aera.

Wanita itu terpaku.

Jimin masih lagi belum memaafkannya.

•'¯'•» - «•'¯'•

" Suka kena macam tu ? Kalau aku tak datang tadi macam mana ? Memang kau dah jadi lauk jantan jantan tua tu. Ha tak pun, lainkali aku biarkan je"

Kasar dan kejam kata katanya. Cukup mengguris hati si pendengar. Wanita itu diam membisu. Lidahnya kelu untuk mengucapkan sebarang kata.

" Eh kenapa diam ? SUAMI kau tengah bercakap ni. Pandang muka aku ni. " Lengan Aera ditarik kasar supaya wanita itu memalingkan tubuh dan wajah. Wanita itu mengaduh sakit.

" J-Jimin aku—"

" Aku apa ? Tukar cara kau bercakap" Tajam sekali mata Jimin menikam.

Air mata wanita itu jatuh menitis. Dia takut. Dan dalam masa yang sama hatinya turut merasakan kehancuran secara halus disebabkan lelaki. Inikah hukumannya sebagai seorang isteri ?

" Come on, Aera. Aku marah sebab sayang tau. Tapi tulah, sayang aku tak mungkin terbalas. So , aku rasa sia sia. Okay puan muda, saya naik atas dulu.. Nak tidur."

Sindiran itu tepat mengena pada hati. Sakit yang tak terkata. Lelaki itu mula melangkah meninggalkannya. Tangisan Aera yang meletus kuat membuatkan langkah Jimin terhenti.

" Shit."

Tangisan tu buat ego yang dibina runtuh.


Bersambung 💗

 [OG] Suami Upahan | 15+ | 지민Where stories live. Discover now