TUGASAN HARI INI
25 NOVEMBER 2018📝
TUGASAN :: Quote/ Puisi / Sajak /Pantun
DISEDIAKAN OLEH :: NoHR 🍋
TEMA :: Melodi @ Lagu
KLU :: Bebas. Nukilkan segala rasa setiap kali melodi berpujangga saat emosi mengawal. Marah? Sedih? Gembira? Kerana yang bermelodi itu juga satu cerita. Jadi cerita anda apa?
AUTHOR:CikAnggun_
Tajuk:Rahsia
Melodi?
Ada apa dengan melodi
Hanya satu lagu atau irama
Yang mungkin biasa dan samaNamun hati yang mengerti
Akan mampu memahami makna yang tersirat di balik sebuah laguMelodi yang didendangkan
Melodi yang dialunkan
Melodi yang dipersembahkanAda ceritanya yang tersendiri
Ada rahsianya yang tersembunyi
Ada rasanya yang tersimpanBahagia, kecewa, sedih, gembira
Percintaan antara dua hati hatta kehidupan peribadiYang diiringi dalam setiap lakaran melodi
Yang diabadikan dalam setiap lirikPada si pendengar, jiwa juga turut terkesan
Juga merasa perasaan si pujangga lagu
Berkongsi rasa yang samaKadangkala terhanyut dengan memori lama
Yang tersimpan jauh di dasar hati
Memori suka mahupun dukaNamun sering kali persoalan terlintas di ruang minda
Tertanya-tanya cerita yang ingin disampaikan
Namun sering kali juga tiada jawapan yang ditemui
Walaupun hati kecil ini seolah-olah memahamiKerana rahsia tetap rahsia
Dan selamanya akan kekal begitu
Dan persoalan tetap juga tergantung tanpa jawapan yang pastiCuma apa yang pasti
Melodi dalam sebuah lagu
Mampu membuat diri ini
Punya seribu rasa yang mendalam, seribu cerita yang terlakar....
![](https://img.wattpad.com/cover/168660853-288-k670756.jpg)
YOU ARE READING
PenulisanKu
Short StoryTugasan yang diberi dimuatkan dalam sebuah buku setelah difeedback dan diedit kembali, bagi menghargai usaha diri sendiri menulis :) Hanya koleksi untuk si pembaca... moga terhibur. 📝Qoutes 📚 Short story/cerpen -romance -fantasy+scie...