☆BAB 14☆

122 9 26
                                    

"Eerrr, sebenarnya saya tak pernah bertunang sebelum ni. Falisya was the first." kata Daniyal tergagap- gagap lalu memandang ke arah Tengku Falisya.

"Ohh... i see..." kata Tengku Faliq

"Kenapa Faliq tanya Daniyal soalan macam tu?" tanya Puan Faralyna.

"Saja je tanya, mana la tau Daniyal pernah bertunang ke sebelum ni..." perli Tengku Faliq.

Ayat itu membuatkan Daniyal menjadi tak tentu arah.

"Hello... hello Faliq..!!" kata seseorang di luar rumah

"Siapa pula yang datang malam malam ni?" tanya Tengku Fadhlan.

"Entahlah. Biar Falisya suruh bibik bukakkan pintu. Bibik!! Bukak pintu ada orang datang." arah Tengku Falisya.

Sejurus bibik membuka pintu,kelibat itu masuk ke dalam rumah Tengku Faliq dan terus menuju ke meja makan.

"Hyee my baby. I dah lama gila tak jumpa youu! Rindu tau tak!!" kata kelibat itu.

"Ohh you ke Lily. You buat apa kat sini?" tanya Tengku Faliq dengan malas.

"Faliq,tak baik la cakap macam tu kat tetamu. Jemput duduk Lily. Boleh kita makan malam sekali." pelawa Puan Faralyna.

"Thank you auntie." kata Lily lalu mengambil tempat duduk di sebelah Faliq.

"I datang saja je nak jumpa Faliq sebab nak lepas rindu. Oh by the way, sorry Falisya I tak dapat nak attend majlis you petang tadi sebab I ada photoshoot." kata Lily dengan berlagaknya.(kerja model la katakan).

Selesai makan, Faliq mengajak Lily ke halaman luar rumah.

"You kenapa ajak I duduk luar rumah ni? Nanti ada nyamuk gigit I habis kulit I tau!" rungut Lily.

"Hishh you ni kan banyak complain la. I ajak you ni sbb I nak tanya you a few things." kata Tengku Faliq.

"What is it baby?" kata Lily dengan lemah lembutnya dengan menggedik sekali.

"You buat apa kat sini huh? Tiba tiba datang rumah I malam-malam buta ni, you tak malu ke?" tanya Tengku Faliq dalam nada menyampah.

"You ni tak baik tau cakap macam tu. I ni girlfriend you or lagi tepat 'your future wife' okay!! Layan la I macam princess sikit." kata Lily.

"Berapa kali I nak cakap kat you Lily yang kita ni dah takde apa apa. Kenapa susah sangat untuk you faham?!" kata Tengku Faliq dengan geram.

"Apa you cakap ni?I tak pernah cakap yang kita ni takde apa apa. I still anggap you boyfriend I tau. I still love you!" kata Lily.

"But I dont love you anymore,Lily. Please move on. Jangan seksa diri you sendiri. We are nothing and you have to understand that!" kata Tengku Faliq dengan marah.

"You ni suka merepek. I know yang you still love me. You suka tipu perasaan sendiri. Its okay, maybe you penat malam ni sebab uruskan adik you punya wedding sebab tu you cakap macam ni. I balik dulu la,I will see you soon my baby. Rest well. Bye!" kata Lily lalu berjalan keluar dari halaman rumah Tengku Faliq dengan lenggok badan yang menggeletis.

Tengku Faliq masuk ke dalam rumah dah mengambil keputusan untuk berehat di dalam bilik kerana penat memikirkan Lily.

●●●

OFFICE

"Sampai awal nampak. Tak sabar nak jumpa boss ke?" usik Idlan kepada Maryam.

"Awak ni ada ada je kan Idlan. Saya sampai awal sebab tadi saya bangun awal takut traffic jam bukan sebab tak sabar nak jumpa boss." kata Maryam.

"Alahh tak nak mengaku pulak awak ni." kata Idlan.

"Erm Maryam, boss panggil suruh awak datang bilik dia sekarang" kata Kak Amisha iaitu PA Tengku Faliq.

"Oh sekarang ye? Thank you Kak Amisha." kata Maryam lalu bergegas ke bilik Tengku Faliq.

"You are welcome."kata Kak Amisha sambil tersenyum.

"Lajunya jalan. Excited lah tu nak jumpa boss." monolog Kak Amisha.

"Tok..tok!!.

"Masuk." kata Tengku Faliq dengan serius.

"Ye boss kenapa ye? Laporan saya salah ke? Saya ada salah taip ke?" tanya Maryam melulu lulu.

"Duduk dulu. Aahh laporan awak salah. Saya suruh awak buat lain, awak pergi buat yang lain." kata Tengku Faliq.

"Saya buat apa? Tajuk salah ke? Saya minta maaf boss, maybe saya salah baca." kata Maryam dalam nada ketakutan.

"Awak tanya apa salah awak? Salah awak ialah saya suruh awak buat laporan je tapi awak buat jugak benda lain." kata Tengku Faliq.

"Buat benda lain? Benda apa?" kata Maryam keliru.

"Awak bukan sahaja buat laporan, awak juga buat saya jadi suka dekat awak." kata Tengku Faliq lalu tersenyum.

"Ohh.. boss ni saya ingatkan apa tadi. Terkejut saya." kata Maryam lalu menarik nafas lega.

"Saya saja je nak buat awak nervous sebab masa awak tengah nervous muka awak comel." kata Tengku Faliq.

"Serius la dia suka aku? Ke dia main main je? Aku tengah mimpi ke? Omg Maryamm!" monolog Maryam.

"Maryam? Maryam? Awak termenung kenapa? Saya ada salah cakap ke?" tanya Tengku Faliq.

"Ehh eh takdela boss. Boss tak ada salah cakap pun." kata Maryam.

"Ohh lega saya. Btw,esok saya nak ajak awak pergi satu tempat. Awak nak tak?" pelawa Tengku Faliq.

"Erm.. kat mana?" tanya Maryam.

"Rahsia la. Saya nak buat suprise. Awak nak tak pergi?" tanya Tengku Faliq beria ria.

"Mmm boleh la. Asalkan jangan bawa saya ke tempat yang tidak sepatutnya dan jangan sampai pukul 11 malam sebab mak saya tak bagi keluar walaupun dengan Jannah dan Ariana."kata Maryam.

"Okay. Maknanya awak sudilah ni??"tanya Tengku Faliq dengan penuh harapan.

"Hrmm...


Bersambung...

22112018

_______________________________________
Agaknya Maryam sudi tak? Korang rasa apa jawapan dia? Jangan lupa vote and follow okay🤗👌😘😊. Muahh from sis alveenaazleen💖.



Gadis Pujaan HatiWhere stories live. Discover now