☆BAB 13☆

83 8 44
                                    

Tengku Faliq yang melihat kejadian itu terus menuju ke Maryam.

"Maryam,awak okay tak? Kenapa awak macam marah dia? Dia buat apa kat awak? " tanya Tengku Faliq dengan nada risau.

"Erhh saya okay je. Dia tak buat apa apa pun kat saya." kata Maryam dengan tergagap gagap lalu terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang sebelah pemandu (harap faham 😂😂).

Tengku Faliq,Daniyal,Ariana dan Jannah agak tergamam dengan tindakan yang dilakukan oleh Maryam.

"Erm aku masuk dulu eh sebab nanti Falisya cari aku pulak" kata Daniyal kepada Faliq.

"Oh okay la kalau camtu." kata Faliq pula.

"Boleh tak saya nak hantar Maryam balik rumah?" tanya Faliq kepada Jannah dan Ariana.

"Boleh je tapi kitaorang nak balik naik apa?" tanya Jannah.

"Oh korang nanti saya call driver saya suruh dia hantar korang balik, boleh tak?" tanya Faliq.

"Saya on je asalkan bukan jalan kaki sebab cuaca panas camni tak larat pulak saya nak jalan kaki.." kata Ariana.

"Okay kalau camtu saya masuk kereta dulu la ye." kata Faliq kepada Ariana dan Jannah.

"Okayy boss!!" kata Jannah dan Ariana serentak sambil mennabik hormat.

●●●

DI DALAM KERETA

Maryam yang sedang menangis teresak-esak terkejut dengan kehadiran Faliq yang duduk di kerusi pemandu.

"Awak buat apa kat sini?" tanya Maryam dengan suara yang serak.

"Kenapa awak menangis ni? Apa yang Daniyal tu buat kat awak? Cuba awak beritahu saya." tanya Tengku Faliq dengan nada yang sangat lembut tanpa menjawab soalan yang ditanyakan oleh Maryam itu tadi.

"Meh sini saya lap air mata awak." kata Tengku Faliq seraya mengelap air mata Maryam menggunakan sapu tangannya.(tak bersentuhan ya guys😌)

Maryam agak terkejut dengan tindakan Tengku Faliq namun mendiamkan diri.

"Saya okay je,awak janganlah risau." kata Maryam.

"Macam mana saya tak risau kalau
tengok awak menangis sampai macam ni sekali. Kenapa awak menangis ni Maryam?" tanya Faliq sekali lagi.

"Ermm awak nak tau sangat ke kenapa saya nangis? "tanya Maryam.

"Yes" kata Tengku Faliq dengan lajunya.

"Okay la saya cerita. Sebenarnya saya dah kenal Daniyal tu dah lama. Dia actually bekas tunang saya. Kitaorang bercinta dari zaman sekolah menengah lagi. After SPM habis, setahun selepas tu saya bertunang dengan dia. Waktu tu saya tengah nak sambung belajar tapi disebabkan cinta buta saya tu, saya tak kisah pun nak kahwin awal. After 3 years kitorang tunang, we decide nak kahwin sebab kitaorang dua dua dah nak habis belajar." kata Maryam dengan suara yang lemah.

"Ohh" kata Faliq yang tekun mendengar cerita Maryam.

"And then, on our wedding day, saya tunggu dia sampai 3 jam but dia tak datang datang. Jannah call dia but dia off phone. Time tu semua dah ready but pengantin lelaki takde.(Kalau korang tengok MV Zulin Aziz lagu terbaru dia "Dan ketika itu"mungkin lagi feel😂😂). Lepastu mak saya ambil keputusan cancelkan our wedding. Waktu tu saya tak tau nak cakap betapa sakitnya betapa hancurnya hati saya bila saya dapat tau dia tak datang wedding kitaorang." kata Maryam lalu menitiskan air mata.

"Ya Allah, kenapa dia buat awak macamtu? Sampai hati dia!!" kata Tengku Faliq dengan nada yang marah.

"Alhamdulillah, saya jadi kuat selepas peristiwa tu. Dalam masa yang sama saya bersyukur dia tak jadi kahwin dengan saya sebab maybe dia bukan jodoh saya" kata Maryam.

"Saya betul- betul tak sangka dia buat awak sampai macamtu sekali. Dia memang kejam. Tapi takpe, mana tau kalau dia bukan jodoh awak, saya la tu jodoh awak" kata Tengku Faliq lalu tersenyum sehingga menampakkan dimple nya.

"Aaahh senyuman tu,dimple tu buat aku cair..." monolog Maryam.

"Kenapa awak pandang muka saya lama sangat? Saya tau la saya hensem tapi tak payah la pandang lama sangat..." usik Tengku Faliq.

"Ishh mana ada saya pandang muka awak. Awak ni perasan betullah!!" kata Maryam.

"Eleh ye la tu. Oh btw saya hantar awak balik ye." kata Tengku Faliq.

"Jannah and Ariana nak balik naik apa? tanya Maryam dengan nada risau.

"Ohh saya dah suruh driver saya hantar diorang balik. Jangan risau." kata Tengku Faliq.

"Uhh okay okay." kata Maryam.

Tengku Faliq menukar gear kereta dan keluar dari perkarangan rumahnya menuju ke rumah sewa Maryam.

●●●

DI RUMAH SEWA MARYAM

"Assalamualaikum." kata Maryam lalu mengetuk pintu rumah sewanya.

"Waalaikumussalam." kata Ariana lalu membuka pintu rumah.

"Dah balik ke? Ingatkan dah tak ingat jalan nak balik rumah." perli Jannah.

"Alah kau ni bagilah dia chance nak dating dengan Tengku Faliq." kata Ariana.

"Aku saja je nak usik dia." kata Jannah.

"Ehh dah dah. Korang ni kan, ada ada je kan. Kata aku datingla itula inila." kata Maryam.

"Hahahaha kitaorang saja je nak bergurau.." kata Ariana.

"Weii kau bagi tau ke Tengku Faliq siapa Daniyal tu sebenarnya?" tanya Jannah.

"Aah aku bagitau dia" kata Maryam lalu duduk di sofa.

"Dia cakap apa wei? Dia terkejut tak?" tanya Ariana.

"Dia tak sangka la adik ipar dia tu perangai camtu and yeahh dia terkejut." kata Maryam dengan tenang.

"Kau tak kisah ke share one of your biggest secret dengan dia? Seingat aku kau pernah cakap yang kau akan share benda ni dekat orang yang kau betul betul trust je.." kata Jannah.

"Entahla, tiba tiba aku rasa macam tak kisah nak share secret ni dekat dia sebab dia beria ria sangat nak tau." kata Maryam.

"Kau dah suka kat dia la tuu. Sebab tu kau cerita.." usik Ariana.

"Eeee makin aku layan makin merepek la korang ni. Dahla aku nak masuk bilik nak rehat." kata Maryam lalu bangun menuju ke pintu biliknya.

"Takkan aku suka dia kot?" monolog Maryam.

●●●
RUMAH TENGKU FALIQ

"Faliqqq!!!. Jom turun makan." jerit Puan Faralyna.

"Ha ye ye Faliq turun lah ni." kata Tengku Faliq sambil menuruni tangga.

"Falisya,nanti kamu nak honeymoon kat mana and bila?" tanya Encik Fadhlan kepada Falisya.

"Erm Falisya honeymoon dekat Paris papa. Lagi dua hari Falisya fly la." kata Falisya dengan excited.

"Daniyal, sebelum ni kau pernah bertunang ke.? tanya Faliq dengan bersahaja.

"Eerrrrr......

BERSAMBUNG...

21112018
_

______________________________________
Apa jawapan nya? Nantikan di bab seterusnya....... Btw, bab 13 ni direka dan ditulis khas oleh alveenaazleen. Sis harap korang suka and bagi feedback sbb nak perbaiki everything for beginner like sis :). Kalau feedback okay,baru sis pertimbangkan nak publish cerita sendiri atau tak. Lastly, jangan lupa vote and follow. Muuahh from sis Alveena.💖(Sebenarnya sis alveenaazleen dan alveeraazleen ialah kembar. Cerita ni direka oleh kedua-duanya,bincang sama-sama and tulis sama-sama. Kalau ada kekurangan kami minta maaf ye)🤗☺😘

Gadis Pujaan HatiWhere stories live. Discover now