☆BAB 7☆

73 11 16
                                    


DI KLINIK

"Aduh doktor sakit!!" Maryam menahan kesakitan sambil air matanya bercucuran.

"Memanglah sakit, saya sapu ubatkan. By the way, sebenarnya apa yang terjadi? Kecederaan yang dialami tangan kiri Cik Maryam agak teruk seperti terkena air panas selepas dididih."kata Doktor Khairina.

"Sebenarnya saya yang bersalah dalam hal ni. Saya berebut hot chocolate dengan dia. Tu yang jadi macam ni."kata Tengku Faliq dengan nada risau.

"Awak siapa ya?" Tanya Doktor Khairina.

"Saya Tengku Faliq, buah hati dia."kata Tengku Faliq.

"Ooo. Lain kali kalau nak bergurau dengan buah hati kena berpada-pada. Fikir sebelum bertindak."kata Doktor Khairina dalam nada bergurau.

"Baik doktor."kata Tengku Faliq sambil mengusap tengkuknya kerana malu dikatakan kekasih Maryam.

Berdegup kencang jantung Maryam apabila dikatakan kekasih kepada Tengku Faliq.

"Aduh macam mana aku nak cakap ni.."monolog Maryam.

"Err.. Doktor, sebenarnya dia ni bos saya, saya bukan buah hati dia."kata Maryam.

"Ooo.. Tapi bos awak cakap tadi. Dia mengaku awak buah hati dia."kata Doktor Khairina sambil membalut tangan Maryam.

"Takpe Doktor, nanti saya jelaskan dekat sweetheart saya ni."kata Tengku Faliq sambil tersenyum nakal.

Maryam hanya terdiam sahaja sambil menenangkan jantungnya yang hampir tercabut.

"Ok dah siap. Awak akan mendapat MC selama dua hari mulai esok sebab sekarang dah habis waktu kerja. Awak kena pergi klinik setiap hari untuk mencuci luka awak sampai baik. Saya akan bagi awak ubat tahan sakit dan antibiotik."kata Doktor Khairina.

"Baik doktor."kata Maryam lemah.

Setelah selesai membuat pembayaran Tengku Faliq menghantar Maryam ke rumah sewa Maryam.

"Ok dah sampai. Err.. Maryam, saya nak minta maaf sangat-sangat dekat awak. Fasal hot chocolate dah jadi macam ni. Saya serba salah sangat. Kalau saya tak main-main tadi mesti tak jadi macam ni."kata Tengku Faliq.

"Ish tak apa lah bos. Jangan salahkan takdir. Saya ok je. Saya dah maafkan bos dah."kata Maryam.

"Terima kasih Maryam. Lagi satu saya nak ingatkan awak, jangan panggil saya bos,panggil saya Faliq je."kata Tengku Faliq.

"Tapi awakkan bos saya. Takkan saya nak panggil nama awak je."kata Maryam.

"Dah dah dah. Panggil saya Faliq je ok."kata Tengku Faliq sambil tersenyum.

"Ok saya cuba. Saya masuk dalam dulu eh."kata Maryam.

Belum sempat Maryam menutup pintu kereta,Tengku Faliq berkata...

"Ok take care love."kata Tengku Faliq.

Terkejut Maryam apabila terdengar perkataan love daripada Tengku Faliq. Maryam hanya memberi senyuman lalu berlalu masuk ke dalam rumah.

"Yes misi sudah bermula. Cayalah kau Faliq."kata Tengku Faliq sambil menepuk-nepuk stereng kereta.

DI RUMAH SEWA MARYAM

"Kenapa kau balik lambat. Kau dating eh. Ehh! Ya Allah! Kenapa dengan tangan kau ni. Apa yang terjadi ni. Trajedi apakah ini."kata Ariana terkejut.

Waktu itu Jannah juga ada di tepi Ariana tetapi Jannah tidak bersuara kerana terkejut dengan apa yang berlaku.(Jannah telah berpindah masuk ke rumah sewa Maryam setelah setuju dengan cadangan Ariana dan Maryam supaya dapat mengurangkan kos sewa rumah setiap seorang dan Jannah tidak berseorangan jika housematenya tidak pulang daripada hostel).

"Tengku Faliqlah yang buat."kata Maryam sambil meletakkan handbagnya dia atas meja.

"Tengku Faliq? Cuba kau cerita apa yang jadi." Tanya Jannah.

"Masa tu aku dah balik kerja. Aku belilah hot chocolate dekat kedai favourite aku bla bla.. bla... bla..."Maryam ceritakan apa yang terjadi dari Cafe House hingga ke depan pintu rumah.

"Wow! Maksudnya kau ada harapanlah nak jadi bini C and E and O bini CEO. Fuyoo!! Tahniah Maryam. Aku berbangga dengan kau." Kata Ariana.

"Ish apa kau merepek ni. Sebelum tangan yang lagi sebelah ni sampai kat muka kau baik kau diam. Dia suruh aku panggil dia Faliq je."kata Maryam.

"Memanglah tapi dia dah panggil kau love. Ada harapanlah tu."kata Jannah.

"Ish ada ada jelah korang ni. Dah lah aku nak mandi, solat, lepastu tidur dengan anak-anak aku(Betty dan Morthy)."kata Maryam lalu masuk ke dalam biliknya.

"Nak mengelaklah tu!"jerit Ariana.

Di dalam bilik, Maryam melepaskan rasa malu dan menjerit sekuat hatinya.

"Aaaaa!!! Malunyaaa!!! Kenapa dia kata aku buah hati dia. Bukan ke Lily girlfriend dia. Kalau Lily tahu ni mampus aku jadi sasaran dia. Aaaahhh!!"

"Alamak! Lupa pulak aku fasal Sweetie. Macam mana aku nak pergi kerja nanti. Takpe nanti aku suruh Jannah dengan Ariana ambil."kata Maryam lagi.

Sweetie merupakan motor scooter kesayangan Maryam yang merupakan pemberian daripada arwah ayahnya.

Sweetie merupakan motor scooter kesayangan Maryam yang merupakan pemberian daripada arwah ayahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEESOKAN HARINYA

"Assalamualaikum. Mary ohh Mary. Aku dah bawa balik motor kau ni."kata Jannah sambil mengetuk pintu rumah.

"Waalaikumussalam."kata Maryam sambil membuka pintu.

"Thanks ah korang bawa motor aku balik."kata Maryam lagi sambil memeluk dua orang sahabat karibnya itu.

"Haaa sebenarnya kitorang tak bawa balik pun motor kau ni. Yang bawa baliknya tuu.. "kata Ariana sambil memuncungkan bibirnya ke kereta jenis BMW.

"Aduh dia buat apa hantar motor aku. Kenapa bukan korang?"tanya Maryam sambil mengeluh.

"Masa aku dekat office tadi dia tanya aku motor kau siapa nak ambil. Aku katalah aku dengan Ariana. Lepastu dia cakap biar dia bawa. Dia suruh aku bawa kereta dia,di bawa motor kau. Kereta aku Ariana bawa(Jannah dan Ariana menaiki kenderaan yang sama untuk pergi ke kerja tetapi Ariana ada motornya sendiri. Senang cerita nak jimat duit minyaklah)"kata Jannah.

"Lagi satu aku nak cakap. Dia datang sini pun sebab nak jumpa kau. Dia nak tengok tangan kau. Kau dah pergi jumpa doktor kan harini."kata Jannah lagi.

"Dah. Wei aku kena jumpa dia ke?"kata Maryam sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Kenalah!"kata Jannah dan Ariana serentak.

"Yelah-yelah."kata Maryam.

Maryam menuju ke pintu pemandu dan mengetuk cermin pintu tersebut.

Tok!! Tok!! Tok!!

BERSAMBUNG...

21072018
_______________________________________

Maaflah saya dah lama tak publish sebab busy cikit? Maaf kalau bosan. Sorry Mysara98 sebab lama tunggu.
Jangan lupa vote☺🙄👌


Gadis Pujaan HatiWhere stories live. Discover now