"Mama Mya meninggal masa umur Mya 2 tahun sekarang Mya 5 tahun ha entahlah tak ingat hehe" Naera tertawa , rambut Mya diusap olehnya

"Hm sorry ye tapi mama kena balik"

"Alaa takleh ke tidur sini?"

"Takleh Mya" mereka berdua tersentak dan terus memadang pintu. Jungkook mendekati katil anaknya dia mengusap kepala Mya sebaik sahaja dia duduk di depan Mya

"Naera kena balik nanti family dia risau. Mya tidur dengan papa ye?" Mya angguk perlahan. "Ok biar papa hantar Naera ni keluar dulu" Jungkook mencium pipi Mya seketika lalu dia bangkit

Naera tersenyum memandangnya. Dia dan Jungkook pula berjalan keluar dari bilik itu

"Nak saya hantar balik ke?" Soal Jungkook perlahan. Naera diam , dia angguk. Bukan dia gatal miang buluh ke apa masalahnya dah kul 1 buatnya anak orang ni kena culik kan susah

Nak harap Jungkook ni paksa takyah lah , dari zaman ff stepfather kita tau Jungkook ni slow.

Btw aku rindu roti ketiak dia lolol k sambung

"Ok.jomlah" Naera membuntuti langkah Jungkook pergi ke keretanya yang terletak di depan rumah. Apabila kedua-duanya telah selamat masuk ke dalam kereta

Maka enjin pon dihidupkan dan Jungkook mula memandu keretanya untuk keluar dari perkarangan rumahnya

Krik krik

Ye kita tau mereka berdua awkward

Aku pun tak tau asal cengkerik pon join masuk dalam kereta

"Awak..."

"Apa?"

"Awak nangis ke?" Jungkook memadang wajah Naera dengan keningnya yang terangkat. Dia terkejut juga tetiba je. Jungkook kembali memandang depan

"Kenapa tanya camtu?"

"Saya nampak mata awak merah hidung awak pun" Jungkook melepaskan keluhannya. "Aku teringat isteri aku" panggilan awak-saya ditukar oleh Jungkook

Jelaslah bahawa dia takde mood nak berlembut harini

Hilang interest tetiba sebab ingat Aerin

"Ohh...muka dia memang macam saya ke? Mya cakap sama" Jungkook angguk seketika

"Sebab tu masa kau datang cafe aku , aku terkejut. Bezanya gaya kau macam budak-budak , Aerin pulak matang" Naera menggulingkan biji matanya , compare.pasal gaya pulak dah

"Jadi macam mana dia boleh-- erm you know" Jungkook diam , nafas berat dilepaskan olehnya. Matanya terkedip-kedip

"Masa tu..."

"Masa tu malam , aku ngan dia ngan Mya baru nak balik dari rumah mak mertua aku. Sebelum balik kami singgah kedai serbaneka"

"Aku ngan Mya yang pergi , Aerin pulak duduk dalam kereta sebab dia mengandung anak kami yang kedua. Masa aku dalam kedai tu aku dengar bunyi yang kuat"

𝐄𝐧𝐭𝐡𝐨𝐮𝐬𝐢𝐚𝐭𝐞 + 𝒫𝒶𝓇𝓀 𝒥𝒾𝓂𝒾𝓃Where stories live. Discover now