"Namjoon..." Jin cuba memanggil Namjoon pula. Namjoon seperti itu, tidak bereaksi sedari tadi.

"Namjoon!" Kali ini bahu Namjoon digoncangnya. Pandangan Namjoon mula terarah ke arah Jin.

"Hyung..." Mata Namjoon yang berkaca cukup membuatkan Jin menarik Namjoon ke dalam pelukannya. Namjoon itu juga manusia biasa. Ada hati dan perasaan.

Taehyung cuba mengejar Jimin yang lari entah ke mana. Jimin sememangnya orang yang tidak boleh menerima khabar berita dengan baik. Tambahan lagi jika orang itu ialah keluarganya.

Yoongi pula memasuki bilik air yang berdekatan. Dia melangkah pergi ke kubikel tandas yang paling hujung. Pintu kubikel ditutup pantas dan rapat. Di situ, dia menangis sepuas - puasnya.

Tipikal Yoongi, selalu menyembunyikan tangisannya sendiri. Cuba berlagak kuat walaupun sebenarnya di dalam hati, dia seperti mahu pecah.

Dia menangis lagi dan lagi dan lagi. Dia masih ingat lagi setiap tangisannya di bawah bantal dan selimut ditemani sebuah patung Kumamon.

Tangisan itu untuk ibunya yang hampir botak. Yang dulu cantik kini hilang serinya. Dan sekarang, perkara yang sama akan berulang lagi? Yoongi tidak sanggup lagi. Jujur, hati Yoongi tidak dapat menahan.

Namun hati digagah jua. Yoongi tahu, dia perlu kuat demi adik - adiknya. Bayangan Jungna dan Hyejung terlintas di fikirannya. Pantas dia mengesat air mata.

Jungna didekati dengan berhati - hati. Dia tahu Jungna sedang berperang dengan perasaan sendiri. "Jungna..."

Jungna diam. Tidak memberi apa - apa balasan. Hanya anak mata yang mencari wajah Yoongi.

"Pakcik nak cakap sikit dengan Jungna boleh?" Soal Yoongi sambil perlahan - lahan dia duduk di sebelah Jungna. Remaja itu mengangguk perlahan.

"Tapi boleh Jungna bagi Hyejung dekat pakcik Hoseok? Pakcik tak nak Hyejung dengar benda yang tak sepatutnya dia dengar." Kali ini Jungna pegun. Yoongi menunggu lama dengan sabar.

"Hoseok, mari sini." Yoongi mencuba nasib. Melihat penerimaan Jungna apabila Hoseok dengan berhati - hati mendukung Hyejung yang masih tersedu - sedu.

Kasihan Hyejung. Masih tidak mengerti apa yang dilaluinya saat ini.

Yoongi bernasib baik. Jungna tidak bertindak agresif seperti apa yang dilakukan terhadap Jin

"Jungna, Jungna tahukan Jungna boleh beritahu segalanya dekat pakcik?" Yoongi memulakan mukadimah. Dia tidak mahu anak itu menahan sakit sendirian.

"Pakcik tahu Jungna pendam perasaan selama ni. Pakcik tahu Jungna tahan sakit sendiri. Jungna tak tahu nak beritahu siapa kan?" Sepasang mata Jungna mula berair. Kata - kata Yoongi seperti das - das tembakan yang tepat ke hatinya.

"Jungna, lepaskan. Lepaskan apa yang dalam hati kamu. Pakcik sentiasa ada di sisi kamu. Jangan pendam perasaan kamu lagi." Yoongi menarik Jungna ke dalam pelukannya.

Jungna cuba. Dia mencuba untuk menahan tangisannya. Namun cecair jernih yang mengalir keluar dari anak matanya seperti tiada penghujung. Jungna menangis lagi dan lagi.

Yoongi tidak peduli dengan bajunya yang basah. Dia juga tidak peduli bajunya renyuk kerana genggaman tangan Jungna yang begitu kuat.

Dia cuma tidak mahu anak lelaki itu menahan kesakitan seorang diri.

• • •

Puan Park tersenyum saat melihat tangan Hyuna. Terdapat sebuah beg baju yang digenggam kemas.

"Ibu..." Hyuna kekok. Namun akhirnya dia tersenyum juga apabila tubuhnya dipeluk oleh puan Park.

"Baliklah setelah urusan kamu selesai. " Kata puan Park.

"Ibu, terima kasih untuk segalanya." Hyuna mencium pipi dan dahi puan Park. Wanita itu melangkah keluar dengan hati yang cuba dikuatkan. Tiba masanya dia keluar dari kepompong selesanya.

"Doakan Hyuna ibu." Senyuman pahit terukir di bibir Hyuna. Puan Park mengangguk bersama air mata yang ditahan. Dia bangga. Bangga dengan kekuatan Hyuna.

Baru sahaja Hyuna menyarungkan kasutnya, sebuah kereta terparkir di hadapan pekarangan rumah Puan Park.

"Ohh Jinyoung? Awak buat apa dekat sini?" Soal Hyuna pelik. Seingat dia, tiada pula janji temu yang mereka lakukan.

"Hyuna, saya nak beritahu awak something." Jawab Jinyoung. Wajahnya terpapar riak kesedihan.

"Apa dia? Cakaplah." Belum sempat Jinyoung menyambung katanya, telefon pintar Hyuna berbunyi menandakan ada satu mesej baharu yang masuk.

"Wait a minute." Kata Hyuna kepada Jinyoung. Telefon pintar dikeluarkan lalu dibaca.

Hyuna, baliklah. Jangan berdegil lagi. Jungkook sedang tenat. Jungna dan Hyejung perlukan kau.

- Namjoon

Berdesing telinga Hyuna saat membaca mesej itu. Lutut kakinya seperti longgar.

"Hyuna?!" Puan Park segera berlari mendapatkan Hyuna. "Kenapa ni?!" Soal puan Park.

"Ibu... Jungkook..." Mendayu Hyuna menyebut nama lelaki itu. Kepalanya terasa pening.

Ya tuhan, takdir pahit apakah lagi yang kau susun untuk aku?

Tidak cukup lagikah sengsara yang aku tanggung selama ini?

_________________________________________

Tbc...

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now