Bab 144-Rahsia Sebilah Pedang

2.5K 38 0
                                    

Nyak Sulaiman terus bangun, dia terpinga-pinga. Kedua belah kelopak matanya digosok berkali-kali, perangainya tidak ubah seperti orang baru terjaga dari tidur yang panjang. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.

"Kamu berdua mari ke mari."

Saya dan Nyak Sulaiman terus merenung ke arah datuk. Keadaannya tidak berubah, masih macam tadi dengan hujung jari kaki kanannya masih menyentuh hujung sarung pedang yang masih tegak.

"Ke mari cepatlah."

Pekik datuk sambil menjegilkan biji mata ke arah saya dan Nyak Sulaiman. Agaknya, datuk marah kerana kami lambat mematuhi perintahnya. Bila melihat perubahan datuk itu, tanpa membuang masa saya dan Nyak Sulaiman segera mendekatinya.

"Kamu pegang hulu pedang."

Tajam mata datuk tertumpu ke wajah Nyak Sulaiman yang nampak cemas sekali. Dada saya terus berdebar. Nyak Sulaiman masih kaku tidak tahu apa yang harus dibuatnya.

"Pegang," ulang datuk.

"Saya," suara Nyak Sulaiman mengeletar.

"Iya," angguk datuk.

Dengan rasa menggeletar Nyak Sulaiman memegang hulu pedang. Tangannya nampak bergerak-gerak.

"Pegang kuat-kuat,"

"Baiklah," sahut Nyak Sulaiman.

Datuk pun segera memisahkan ibu jari kakinya dengan hujung sarung pedang. Datuk pun melangkah tiga tapak ke belakang lalu berdiri lurus di situ. Wajah saya dipandang dengan tepat oleh datuk. Kepalanya dijatuhkan ke arah dada dan akhirnya diangkat perlahan-lahan hingga kami bertentang wajah. Saya pun menundukkan muka.

"Tamar."

Saya segera panggungkan kepala.

"Renung mataku."

Arahan datuk saya patuhi. Tidak ada sesuatu yang aneh dan ganjil yang saya rasai di saat menentang mata datuk. Agak lama juga saya bertentang mata dengannya. Lebih dari lima saat. Perasaan saya tetap macam biasa dan rela mematuhi segala arahan yang bakal di keluarkan oleh datuk.

"Sekarang, kamu rapat kepada aku, langkah perlahan-lahn dengan tidak mengubah pandangan mata kamu adri mataku, sekarang kamu mulakan langkah," tutur datuk dengan perlahan dan teratur, nada suaranya yang lemah hampir di tengelami oleh ombak. Saya berazam apa yang disuruh oleh datuk akan saya patuhi dengan sebaik mungkin.

"Berhenti!"

Langkah segera saya matikan, kami bertentang wajah. Datuk pun menjatuhkan telapak tangan kirinya ke atas bahu kanan saya dengan kuat. Berkali-kali bahu saya digoncangnya.

"Sekarang Tamar, kamu buangkan meja hitam itu ke laut."

"Meja hitam tu, tuk?" Biji mata saya jegilkan, hati saya jadi cemas dan berdebar. Rasa takut mula menguasai diri, saya jadi ragu-ragu untuk melaksanakan arahan datuk itu. Apakah tidak menjadi sesuatu yang buruk kepada saya bila meja hitam itu saya humbankan ke laut. Saya jadi serba salah.

"Cepatlah," jerkah datuk.

Bagaikan ditolak sesuatu saya menghampiri meja bulat. Dengan sepenuh tenaga meja itu saya julang dan terus dibuang ke permukaan laut. Tugas sukar sudah saya laksanakan dengan jayanya, saya kembali mendekati datuk.

"Tugas kamu sudah selesai Tamar, sekarang giliran Nyak Sulaiman pula, kamu ikut aku, tengok apa yang aku buat," datang lagi arahan dari datuk. Saya hanya anggukkan kepala.

LANGKAH

Datuk pun melangkah menuju ke arah Nyak Sulaiman . Angin laut terasa menyentuh kulit pipi dan deru ombak makin kuat memukul gegendang telinga. Saya lihat Nyak Sulaiman masih lagi memegang hulu pedang, muka nya bagaikan berpeluh. Badannya seperti mengigil.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 11 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now