"Nampaknya kau tak sayangkan aku. Ok, kalau macam tu, aku hantar kau ke hospital untuk tahu seteruk mana keadaan kau sekarang. Pasal rawatan, terpulang pada kau untuk ambil atau tidak." Sakit. Luka. Jin luka. Matanya mula berair. Entahlah, namun dia amat sensitif pada waktu itu.

Lama Jungkook berdiam sebelum dia bersuara. "Mestilah aku sayang." Nada suara Jungkook kasar. Masih tidak senang dengan perbuatan Jin yang membawanya ke hospital secara paksa.

"Kalau kau sayang aku, kau akan ambil rawatan kan?"

Perbualan itu terus mati. Hanya bunyi radio yang menemani perjalanan mereka berdua.

• • •

"Ibu kami pun ada leukimia dulu." Kata Jin. Jarinya mengetuk berkali - kali meja doktor Oh.

Anak mata doktor Oh jelas menunjukkan rasa simpati. "Jin, kau tahukan keadaan Jungkook semakin teruk?" Soal doktor Oh atau Sehun.

Jin melepaskan keluhan berat. Mukanya diraup kasar. "Aku tahu. Tapi Jungkook masih takut." Jawab Jin.

"Boleh aku tahu kenapa dia takut sangat?"

"Dia kecil lagi waktu ibu kami sakit sebab leukimia. Tapi aku pasti dia ingat setiap kesakitan yang ibu lalui. Kau pun tahu, dulu ibu kami keluar dari rumah tu. Kami tak ada duit. Rawatan ibu biasa - biasa sahaja." Jin berhenti seketika. Sebak dirasakan apabila peristiwa itu dibuka kembali.

"Setiap kali ibu buat rawatan, dia akan menjerit. Dia jerit sampai kami yang dekat luar pun boleh dengar. Dan setiap kali tu jugalah, Jungkook menangis. Jungkook akan tutup telinga dia."

Sehun mendengar setiap cerita dari Jin. Cuba memahami ketakutan Jungkook terhadap rawatan yang akan diberikan kepadanya. Itu pun jika Jungkook bersetuju.

"Aku tak tahu sejak bila, tapi Jungkook mula bina ketakutan terhadap rawatan kemoterapi. Dia rasa takut. Dia mula menggigil setiap kali ibu nak mulakan rawatan kemoterapi. Ada sampai satu tahap Jungkook pengsan. Dia terlalu takut."

"Sampailah ibu ambil keputusan untuk hentikan rawatan. Kami tak ada duit nak teruskan rawatan ibu. Jungkook rasa gembira tapi pada masa yang sama dia rasa marah, rasa geram. Dia rasa rawatan tu yang makin buat ibu sakit. Kau pun tahu - tahu jelah orang lepas buat kemo ni..." Jin terdiam di situ. Sebak rasanya.

Dia ingat lagi. Kepala botak, kuku hitam, muka yang terlampau pucat, badan yang kurus dan muntah. Puan Jeon tidak berselera untuk makan dan kerap muntah.

"Semua tu, Jungkook saksikan. Dia kecil lagi. Dia tak tahu rawatan tu untuk menyembuhkan ibu. Yang dia tahu rawatan tu menyakitkan dan makin mengeruhkan keadaan."

"Kau tahu, hampir tiap - tiap malam dia menangis dekat aku. Dia rasa sedih sebab setiap kali dia sikat rambut ibu, rambut ibu banyak gugur. Dia sedih sebab tak dapat main dengan rambut ibu lagi." Jin menolak badannya ke hadapan agar tidak lagi bersandar. Mukanya disembam.

"Aku tak tahulah aku boleh ke tak hadap Jungkook waktu proses rawatan dia nanti. Aku rasa macam tak sanggup. Tapi demi dia, aku akan buat. Dan sejujurnya, aku pun agak takut." Luah Jin.

"Jin, aku tak boleh paksa untuk Jungkook buat pilihan. Tapi aku pasti, kau tahu apa yang terbaikkan?" Sehun menepuk perlahan bahu Jin.

Semestinya, Kim Seokjin tahu.

• • •

"Seriuslah?" Hyuna tergelak besar mendengar cerita Park Jinyoung.

"Ya, lepas tu saya prank dia balik. Saya letak pewarna rambut warna oren. Menjerit dia sampai satu dorm boleh dengar." Cerita Park Jinyoung membuatkan Hyuna tergelak kembali.

Jinyoung juga tersenyum melihat gelak ketawa Hyuna. Kopi latte di hadapannya dikacau perlahan.

"Awak tinggal sini ke?" Soal Jinyoung.

"Saya? Not really. Saya cuma melawat ibu saya sementara tengah cuti ni. Awak pulak?" Hyuna menanyakan kembali.

"Saya pulak saja je. Ambil angin. Lega juga sebab tak menghadap muka monyet - monyet dekat dorm tu 24 jam sehari."

"Awak! Tak baiklah!" Hyuna tergelak lagi.

"Memang monyet pun. Tak reti nak duduk diam." Jinyoung mempertahankan dirinya.

"Yelah yelah." Hyuna meneruskan ketawanya. Dadanya terasa lapang. Mungkin kerana berjauhan dengan semua benda yang berkaitan Jeon Jungkook.

Dan Jinyoung, dia tidak pasti apa yang dia rasakan pada saat itu. Namun dia pasti, dia ingin bibir Hyuna sentiasa mengukir senyuman.

Dan dia, penyebab kepada senyuman itu.

Parah.

_________________________________________

Tbc...

[C] Régret. jjkWhere stories live. Discover now