Dia memusingkan badannya kearah aku. Badanku segera dipeluk olehnya. Tanganku masih setia mengusap belakang badannya perlahan.

"Please jangan gaduh lagi," kataku perlahan namun masih dapat didengari oleh adam. Adam mengusap kedua-dua belah pipiku lalu ditekan perlahan. Seakan menahan perasaan marah yang masih lagi terasa. Keluhan berat dilepaskan oleh adam.

"Aku kira sampai tiga, semua keluar dari kelas ni kalau dia taknak mampus awal. Satuuu!" semua bertempiaran lari keluar dari kelas itu, termasuklah lelaki yang dibelasahnya tadi.

Dahiku dicium lama olehnya. Aku telan air liurku kesat. Aku tau ini semua salah. Berpelukan dengan lelaki bukan muhrim serta membenarkan adam menciumku. Salah, berdosa.

Aku seorang perempuan yang memakai tudung dan merupakan umatNYA namun untuk menghalang adam menciumku. Aku tidak mampu. Sungguh ku rasa berdosa.

Namun, apa lah dayaku. Hanya dengan cara ini sahaja, dapat membuat adam tenang.

"Kenapa bergaduh?" Soalku perlahan. Dapatku rasakan ketika ini pelukannya bertambah kuat.

"Kenapa kau ada kat sini?" Soalan ku dibalas dengan soalan. Aku mengeluh perlahan.

Aku cuba untuk melepaskan diri dari pelukannya namun tanpa sedar dia memelukku lebih erat. Aku tidak selesa. Nak bernafas pun tak senang. Apatah lagi mata hazel itu sedang merenungku dengan tajam.

"Hurmm, adalaaa," balasku perlahan. Bukannya aku tidak tahu yang adam tidak suka aku melihat dia bergaduh. Namun, keadaan memaksa ku berbuat demikian. Terpaksa turun padang untuk menenangkan adam.

"Siapa?" Soalnya. Adam tau ada orang yang memberitahu aku setiap kali dia mengamuk.  Memang tidak laa aku beritahu siapa gerangannya. Nanti tak pasal lebam muka naim, kawannya itu. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.

"Siapa apa? Dah laa saya nak masuk kelas. Nanti cikgu marah kalau masuk kelas lewat," sengaja aku buat buat tidak faham akan maksudnya.

"Kau nak lindung dia? Alright dear, TAPI kalau aku tau siapa dia. Tak kira lelaki ke perempuan, mampus aku belasah nanti" balasnya sambil senyum sinis.

Aku segera menolak tubuhnya jauh. Sakit pulak hati aku ni. Aku dah tolong dia tenang pun masih nak marah-marah aku. Entah pape laa.

"Ok fineeee! Saya takkan datang dah lepas ni kalau awak mengamok. And please don't you ever dare to touch him,"

"Him? Owhh lelaki rupanya. Lagi senang aku nak belasah," dia senyum sinis sambil mengusap pipiku perlahan.

"Adam, pleasee," aku lihat matanya sembil memegang tangannya erat.

Aku tak gedik okey. Aku cuma tidak mahu hubungan rapat aku bersama naim putus disebabkan adam. Dia ni kalau boleh, semua orang nak dibelasahnya. Untung laa uncle dia orang berpengaruh kat sekolah ni. Tak dikenakan hukuman sedikit pun.

"3pm sharp, depan pagar sekolah. Ok sayang," katanya lalu mencium pipiku sekilas.

Aku mendengus tak puas hati. Dah laa ada hati nak belasah kawan aku. Pastu nak mengarah aku pulak.

"Tengoklaa nanti. Kalau saya ingat, saya pergi. Ye adam. Bye," balasku lalu aku melangkah mahu keluar dari kelas itu. Panas pulak aku rasa sekarang ni.

"Amin. Budak tu nama amin kan. Budak kelas kau. Kalau kau nak, sekarang pun aku boleh belasah dia. Kau pilih antara nak dia masuk hospital atau masuk kubur terus,"

Aku fikir sudah selesai, rupanya dia tak puas hati lagi. Aku menjelingnya tajam. Bibirku dijuih serta diajuk cara adam bercakap tadi. Yang aku musykil sekarang ini macam mana dia tahu yang amin yang memberi maklumat itu kepadaku?

King Control Boy (Dibukukan)Where stories live. Discover now