Berakhir kematian.

849 69 6
                                    

Malam cerah di bias cahaya purnama yang membulat. Angin dingin menyapa sesiapa saja yang berada di laluannya. Mumy Kelly berada di biliknya bila Akmal tiba-tiba saja datang memgejut tanpa mengetuk pintu.

"What..."

"Shhh!" Bibirnya di tekup oleh Akmal. Sesekali dia berpaling ke pintu bilik.

"Siapa yang ada di rumah?" Soal Akmal separuh berbisik.

"Karissa,Mira and Delilah. Kenapa?"

"Kita mesti keluar dari rumah ni sekarang juga. Cepat! Dan jangan sampai Mira tahu. Cepat!" Kata Akmal.

"Hey, apesal ni? Tiba-tiba saja nak suruh keluar ni?" Mumy Kelly tidak berpuas hati.

"Aku kata cepat,cepatlah! Mira tu gila. Dia yang bunuh semua anak-anak kau.!" Akmal menekan suaranya. Geram pula bila perempuan itu banyak bertanya.

"What?!" Mumy Kelly terperanjat.

"Cepat! Keluar dari sini. Cepat!"

"Ok. You tunggu dekat kereta. I panggilkan Karissa and Delilah." Mumy Kelly mencapai talifon bimbitnya lalu segera menuju ke tangga untuk ke bilik Karissa.

"Nak ke mana,Mumy?" Mira muncul dari pintu beranda dengan senyuman manisnya.

"Err...I..I nak jumpa Karissa." Cepat-cepat Mumy Kelly berlalu. Berdiri bulu romanya berhadapan dengan Mira.

Mira tersenyum sinis sahaja. Pandangan matanya masih terarah pada pintu bilik Karissa.

"Letong!"

"Herrrmmmmhh!" Deraman Letong singgah ke telinganya.

"Malam ni kau makan besar,Letong. Mari!" Mira mencapai kerusi kayu di tepi dinding. Di heretnya ke hadapan pintu bilik Karissa. Sebaik sahaja pintu terbuka dia menghayun sekuat hati kerusi kayu ke arah kepala Mumy Kelly. Karissa dan Delilah menjerit ketakutan segera berlari ke penjuru bilik.

"Mati kau!" Jerit Mira.

Mumy Kelly yang tertiarap di lantai terus di hentak dengan kerusi di tangannya. Patah kerusi kayu di capai pula gelas kaca di atas meja. Karissa yang cuba melarikan diri di baling dengan gelas kaca.

"Aah!" Tubuh Karissa rebah di hadapan pintu dengan separuh badannya di luar bilik.

Akmal terlompat akibat terlalu terkejut. Dia berlari turun ke bawah dan terus memecut keretanya meninggalkan kawasan kediaman itu. Menggigil tubuhnya saat ini. Tak di sangka begitu gila dan kejam wanita bernama Mira.

"Patut juga orang buang kau dalam gaung dulu,Mira. Kau gila!" Sumpah Akmal. Dia harus memberitahu Raziq tentang hal ini. Kereta di pandu mengikut perasaan,meluncur laju mencantas mana-mana kereta yang berada di hadapan.

"Allah!!"

Kereta merempuh pebahagi jalan lalu terbelah dua. Akmal terhumban ke hadapan merempuh cermin lalu terhentak ke pembahagi jalan. Tubuhnya tersangkut pada pembahagi jalan.

"Ya Allah,nak...." seorang wanita tua keluar dari kereta dalam keadaan kelam kabut segera mendapatkan Akmal.

"Hidup lagi ni!" Jeritnya pada orang ramai yang semakin menghampiri. Ada yang mengeluarkan talifon untuk menalifon ambulan,tapi kebanyakannya merakam keadaan yang berlaku untuk di sebarkan. Populariti lebih penting dari belas ehsan nampaknya.

⚘⚘⚘

Entah kenapa malam itu habanya lain macam sekali. Firdaus merengus marah. Pintu bilik di buka dengan kasar lalu melangkah ke luar menuju ke ruang tamu.

"Nak kemana ni?" Soal Elina.

"Duduk luar jap. Panaslah." Katanya lalu membuka pintu untuk ke taman belakang rumah.

"Aik? Sejuk-sejuk macam ni boleh dia kata panas?" Elina hairan.

⚘⚘⚘

Firdaus cuba melelapkan mata di dalam buaian taman. Angin malam sedikit sebanyak mengurangkan panasnya. Dirinya serba tak kena. Mengiring ke kanan salah,ke kiri pun salah. Dia duduk sambil menggoyangkan kaki.

"Apa kena dengan aku ni?" Soalnya sendirian.

PRANG!!

Terlompat dirinya kerana terlalu terkejut. Pasu bunga yang elok berada di tengah meja tadi tiba-tiba saja tergolek jatuh ke lantai. Firdaus melutut di sebelah serpihan pasu yang pecah itu. Keningnya berkerut seribu, aneh sekali baginya.

"Jatuh tak tinggi mana pun,pecah macam kena hempas kuat pula." Penat melutut dia mencangkung pula. Serpihan pasu di kutip satu persatu. Setiap kali dia mencapai serpihan itu di tenung lama.

"Auw!" Firdaus tersentak. Ibu jarinya serta merta mengeluarkan darah.

"Aduhhh...malangnya..." dia bangun menuju ke paip air. Ibu jarinya di cuci bersih,masih juga darah mengalir laju.

"Ma,ada kit kecemasan tak?" Soalnya pada Elina di ruang tamu.

Elina hanya menunjuk ke arah laci di bawah tv.

"Kenapa tu?"soal Elina.

"Luka sikit. Pasu pecah." Firdaus melangkah ke luar semula. Perlahan-lahan luka di ibu jarinya di cuci dengan Dettol lalu di balut kemas. Kit kecemasan di tutup semula lalu di tolak ke tengah meja. Mata Firdaus terbeliak tiba-tiba. Tubuhnya membeku. Perlahan-lahan tangannya di suakan ke tengah meja. Pasu putih yang terletak elok itu di cuit sedikit. Bimbang apa yang di lihatnya itu khayalan cuma.

"Hah!" Firdaus tersentak lalu berdiri.

"Ini gila. Tak mungkin!" Ibu jarinya yang berbalut di buka  semula.

"Ahh,Ssstt." Firdaus mendesis pedih. Luka itu masih di situ,cuma pasu sahaja yang sudah kembali ke bentuk asal. Tidak berpuas hati dia tunduk ke lantai pula. Cuba mencari kesan pasu pecah tadi namun hampa. Lantai bersih dan licin.

Bulu romanya berdiri tiba-tiba. Tubuhnya di sapa angin sejuk. Firdaus menoleh ke belakang. Kosong. Hanya keadaan yang suram dengan lampu jalan yang mencuri masuk. Tanpa menunggu masa dia segera berlari ke dalam rumah. Lagi lama dia di luar lagi takut dirasakannya.

"Kenapa pulak dah ni?" Soal Elina lagi.

Firdaus hanya menggeleng kepala lalu memanjat tangga.

⚘⚘⚘


Mata KeraWhere stories live. Discover now