Menggali

1.1K 91 2
                                    

Pak Husni memandu dengan cermat Proton Saganya. Ajib di tempatkan di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Matanya kelihatan kosong. Gelang kaki di genggam kemas. Pak Husni cuba mengingati jikalau pernah ada berita tentang kehilangan orang di Kedah baru-baru ini.

"Boleh Pak cik tanya?" Pak Husni memulakan bicanya setelah satu jam mendiamkan diri.

"Anak siapa nama?" Memandangkan soalan petamanya tidak berjawab Pak Husni terus bertanya apa yang di ingininya.

"Aliya." Ajib menjawab sepatah.

Pak Husni mengangguk.

"Tinggal di mana?"

"Kubang Pasu."

"Ooo... rumah anak pakcik pun dekat situ. Dekat kampung lubuk batu." Pak Husni cuba bersikap ramah. Walaupun dia tahu yang sebenarnya dia bukanlah bebicara dengan manusia.

"Aku sama." Balas Ajib.

Pak Husni sedikit terkejut. Maksudnya Aliya ini sama kampung dengan anaknya. Semakin mudah urusannya nanti.

Pak Husni kembali fokus kepada pemanduan setelah mereka memasuki kawasan Jitra. Kali terakhir dia datang ke Jitra ialah lima tahun lepas ketika Najwa anaknya bersalin sulung. Pada ketika itu juga Najwa baru berpindah ke kampung lubuk batu. Zakuan suami Najwa pula sedang berkhusus di Sabah. Terpaksalah Pak Husni menemani anaknya sementara waktu. Isterinya pula tidak boleh ke mana-mana kerana telah di tempah oleh Khatijah untuk menjadi bidannya.

Mawarni isteri Pak Husni seorang tukang urut dan bidan di kampung. Kemahirannya menjadi sebutan hinggakan sepasang suami isteri dari Thailand datang untuk berurut bagi mendapatkan zuriat. Mawarni menerima dengan hati terbuka setiap tetamunya. Baginya yang menyembuhkan itu Allah. Dia cuma membantu sahaja.

Tulisan Kampung Lubuk Batu tertancap kemas di pintu gerbang. Kereta membelok perlahan-lahan. Jalannya sedikit sempit. Sebaik sahaja masuk ke dalam kampung benda pertama yang kita akan lihat ialah kubur dan sebatang pokok yang cukup besar.

"Hmmh!" Ajib tiba-tiba merengus kasar.

"Kenapa,nak?" Pak Husni hairan.

Ajib memdiamkan diri dan kembali termenung sebaik sahaja kawasan kubur di lewati.

"Banyak lagi lembu kau,Nan." Pak Husni tersenyum melihat lembu-lembu yang di biarkan berkeliaran di dalam kampung. Hanya ada seorang saja yang membela lembu di dalam kampung itu. Adnan namanya. Datang dari Pulau Pinang tapi memilih untuk mendiami kawasan kampung itu kerana jatuh cinta pada kawasan lapang di belakang rumahnya.

Kereta berhenti betul-betul di hadapan sebuah rumah bercat hijau. Ajib masih kaku di tempat duduk.

"Mari masuk. Rumah anak pakcik ni." Pak Husni sedikit bimbang dengan keadaan Ajib ketika ini. Pandangan matanya meliar ke sekeliling kawasan rumah.

"Tokwan dah sampai....!!" Suara jeritan dari muka pintu mengejutkan Pak Husni.

"Diyah...." Pak Husni duduk menyambut pelukan cucunya. Mardiyah tersenyum gembira.

"Eh? Tu sape tu?" Jari telunjuk kecil molek di luruskan ke arah Ajib.

Pak Husni sedikit kaku.

"Kawan Tok.. tok saja bawak dia." Balas Pak Husni. Tangan si kecil di tarik agar menjauhi keretanya.

"Pergi panggil Ummi boleh?" Pak Husni cuba untuk menjauhkan cucunya daripada Ajib.

"Uhuk! Uhuk! Argh!" Ajib tiba-tiba terbatuk kuat. Berair-air matanya. Dadanya terasa sendat. Tercungap-cungap dirinya mencari nafas.

Mata KeraWhere stories live. Discover now