Khadam baru.

991 75 0
                                    

Jubin melangkah ke beranda tingkat atas rumah sebaik sahaja cahaya lampu kereta Mira di padamkan. Matanya tajam memerhati wajah gadis berumur lapan belas tahun itu. Bukan tidak cantik,cantik tapi kejam bagi Jubin.

"Ek-hem!" Jubin berdehem bagi mengejutkan Mira yang sedang mengintip di tepi tingkap.

"Kau nak mati awal?!" Jerkah Jubin.

Mira pantas menggeleng. Tersentak dia dengan suara Jubin.

"Masuk! Bomoh tunggu kau di dalam!" Jubin berlalu ke dalam. Terangguk-angguk Mira sambil menolak pintu.

"Duduk dulu. Aku siapkan barang kau sebentar." Bomoh Sudam meletakkan segelas air kosong di hadapan Mira.

Lama Mira memerhati air di dalam gelas itu. Serba salah pula di buatnya. Bimbang jika bomoh itu berniat jahat. Dia seakan-akan fobia dengan kejadian lepas. Mira membiarkan saja gelas berisi air kosong itu di atas meja. Tiada niat pun ingin menyentuhnya.

"Kenapa kau sanggup buat kawan kau macam tu?" Jubin cuba mencari rasa bersalah pada wajah Mira namun ianya kelihatan begitu tenang. Wajahnya sinis sebaik sahaja ia membuka mulut.

"Aku tak percayakan sesiapa pun. Termasuk kawan aku." Mira menjeling sekilas wajah Jubin.

"Keluarga kau?" Soal Jubin lagi. Cuba untuk membuat Mira marah padanya.

"Kau sibuk sangat nak tahu kenapa? Keluarga kau mana?" Mira menjeling.

"Aku anak setan! Hahahahahaha..." Dan Jubin pun berlalu pergi dengan ketawa besarnya.

Mira terbeliak mendengarnya. Jantungnya berdengup laju,serta merta bulu romanya berdiri mendengar jawapan Jubin. Dia menggelabah tiba-tiba. Tanpa sedar gelas berisi air kosong tadi di hirup hingga habis.

Prang!!!!

Jubin dan Bomoh Sudam sama-sama tersenyum sinis. Mangsa sudah pengsan. Takkan ada yang dapat menghalang jika itu yang dimahukannya. Bomoh Sudam memerhati penuh nafsu pada lurah milik Mira.

⚘⚘⚘

"Nah,aku sudah siapkan barang-barang yang kau minta. Dalam setiap tiga kali bulan mengambang kau asapkan tahu. Dan ingat! Jangan lupa beri makan khadam kau.!" Selepas tiga minggu berulang - alik ke rumah Bomoh Sudam hasilnya sudah pun di depan mata. Sebungkus kain hitam berikat benang merah terletak elok di hadapannya. Mira berasa puas hati.

"Ada apa-apa pantangkah ,tok?" Soal Mira.

"Ada...kau tidak boleh masuk masjid. Tak boleh terkena air sembahyang. Dan yang paling penting! Kau tak boleh keluar setiap malam jumaat. !"

Mira mengangguk faham. Rasa terujanya membuak-buak.

"Satu lagi....tu dalam perut kau tu. Takkan kau nak bela?" Bomoh Sudam tersenyum sinis.

Mira sedikit tersentak.

"Er...saya tak fikir lagi pasal dalam perut ni. Nanti saya cari jalan untuk gugurkannya."Mira cuba berdalih. Dia tahu niat sebenar bomoh tua itu. Dari hari pertama dia ke sini bomoh itu sudah tunjukkan minat pada kandungannya. Dia tidak rela di sentuh bomoh itu. Kerna itulah dia membunuh Gweneth dan Kamelia. Kerana dia tahu,Mereka bertiga mengandung serentak akibat dari peristiwa hitam itu. Bersusah payah dia memujuk Gweneth agar mengikutnya ke rumah Bomoh Sudam tapi Gweneth tetap dengan keputusannya untuk membela bayi dalam kandungan itu. Dan tak ada pilihan lain lagi baginya. Gweneth di beri ubat tidur lalu di tolak jatuh dari beranda rumahnya. Mira tahu dia berdosa besar. Tapi dia lakukan ini untuk membalas dendam bagi mereka juga.

Kamelia?? Kamelia hanya tahu dirinya hamil selepas Jubin memberitahunya. Tapi Kamelia tidak mahu percaya. Malah menuduh Jubin sengaja mereka-reka cerita. Jubin yang panas baran menyepak-nyepak perut Kamelia berkali-kali hingga janin iti tersembur keluar dari celah kangkang Kamelia. Tidak di pedulikan nyawa Kamelia yang sedang meraung sakit.

Mata KeraWhere stories live. Discover now