Semakin Tamat

867 70 11
                                    

Tap,... tap,.... tap,....

Titisan air membasahi tubuhnya yang kotor bertanah. Mira tersenyum puas hati. Biarpun luka di tapak kakinya memedihkan,baginya luka itu luka kemenangannya. Dia puas! Bomoh tua itu sudah mati akhirnya. Terbit ketawa halus di bibir. Lama kelamaan ketawa besar muncul lalu berdekah-dekah.

"Lepas ni siapa? Amin? Qhasidah? Elina? Ermmm...siapa ya?" Dia mengira jarinya.

"Hemmm... Hahahahahahahaha". Yang pasti dia telah sasarkan seseorang yang telah di bencinya. Jari jemarinya di lenggokkan seperti penari lama. Melentik melintuk-liuk di bawah pancuran air. Kaki yang terluka mengalirkan darah di lantai. Tarian berdarah di persembahkan penuh penghayatan. Mata hitamnya menghilang berganti putih. Sesuatu telah merasuknya ketika ini. Mira kini hamba kepada syaitan. Semuanya kerana dendam.

⚘⚘⚘

Kilat semalam memberi firasat yang lain bagi seseorang. Ustaz Bahrain merenung awan yang masih tersisa awan kelabu semalam. Dia tidak sedap hati. Ada sesuatu yang belum langsai sejak sekian lama. Sudah tujuh tahun ianya tertunggak. Mungkin Allah ingin tunjukkan sesuatu padanya. Ustaz Bahrain seakan-akan dapat mengagak siapa yang akan di tentangnya nanti. Tapi buat masa ini dia mesti mencari dahulu wanita bernama Qhasidah. Ya,dia perlu selesaikan apa yang telah dia mulakan dahulu. Ilmu itu perlu di patahkan. Ilmu hitam Mira bukanlah sebarang ilmu. Ianya memerlukan seseorang yang sama tarafnya. Pada fikirannya,penuntut harus membunuh tuan gurunya dahulu barulah ilmu itu akan menjadi miliknya. Malam tadi dia bermimpi sesuatu yang aneh. Dia melihat bagaimana rumah milik Bomoh tua itu hangus,tubuh yang mengerekot terbakar serta ketawa yang bergema di sekelilingnya. Ustaz Bahrain seperti tidak percaya yang dia melihat kematian orang yang pernah berlawan dengan ayahnya.

"Astargfirullahalazim..Ya Allah..kuatkan semangatku untuk membantu hambaMu ini,Ya Allah.."wajahnya di raup lembut.

⚘⚘⚘

"Babah! Babah!" Si kecil Luqman terkedek-kedek berlari ke pintu sebaik sahaja telinganya menangkap bunyi enjin motorsikal Brahim. Lariannya terhenti di pagar pintu,masih terlompat-lompat gembira.

"Babaaahhh!"laungnya bila tiada kelibat Brahim naik ke tangga.

"Babaaah!" Laungnya lagi. Brahim tersenyum geli hati di bawah rumah. Sengaja dia melambat-lambatkan dirinya.

"Ana babah ni?" Luqman bercakap sedirian. Terjengket-jengket kakinya cuba untuk menilik ke bawah.

"Babaaahhh..!"laungnya lagi.

"Ye,sayang...."Brahim menapak naik bersama tawa kecil.

"Babah...yeay.!" Si kecil gembira sekali melihat ayahnya muncul. Lantas dua tangan comelnya di hulurkan minta didukung.

"Bokong,Babah. Bokong."

"Nak dukung?" Soal Brahim. Si kecil mengangguk laju. Tubuhnya di sauk oleh Brahim lalu di kucup dahinya.

"Mana ibu?"soal Brahim. Luqman menunjuk ke dapur. Bau Gulai batang pisang menyucuk hidung membangkit seleranya.

"Wow...sedapnya..."

Qhasidah tersenyum manis. Tangannya ligat berkerja. Tinggal nasi sahaja yang belum di cedok.

"Kakak mana? Demam dia macam mana?"soal Brahim.

"Dah elok sikit dah nampaknya. Baru ada selera nak makan. Tu yang saya masakkan gulai batang pisang dia ni."jawab Qhasidah.

"Jom panggil kakak makan,jom." Tubuh Luqman di dukung ke bilik Damia. Anak gadisnya sudah meningkat dewasa.

"Kakak..macam mana? Ada kebah sikit tak?"

Damia mengangguk lemah. Sudah empat hari dia tidak dapat bangun kerana di serang demam. Terkena air sudah bergegar satu badan namun di gagahkan juga untuk berwudhuk. Kata ibunya,sakit itu penghapus dosa. Jadi mintalah pengampunan dari Yang Maha Esa. Mintalah kesembuhan dari-Nya. Dan hari ini baru terasa ringan sedikit tubuhnya. Bau gulai batang pisang menyucuk-nyucuk ke lubang hidung. Perutnya mula berlagu riang.

Mata KeraWhere stories live. Discover now