Masak Lemak Pucuk Paku

266 7 0
                                    

Resepi Masak Lemak Pucuk Paku

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku
1 mangkuk santan pekat
Segenggam ikan bilis
4 ulas bawang merah
5 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Bersihkan pucuk paku dan potong batang dan daun yang lembut sahaja.

2. Kisar bawang merah dan cili padi. Ketepikan.

3. Bersihkan ikan bilis dan ditumbuk kasar.

4. Tumis bahan yang dikisar bersama ikan bilis sehingga garing.

5. Masukkan pucuk paku. Goreng sehingga layu.

6. Masukkan santan pekat. Masak sehingga pucuk paku lembut. Kuah haruslah dimasak atas api yang perlahan dan sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now