Resepi Tomyam Ayam Pekat Ala Thai

3.3K 50 3
                                    

RESEPI TOMYAM AYAM PEKAT ALA THAI 🍲

Bahan A – Kisar

4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B

1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 sudu perencah tomyam
Pelbagai sayuran – saya guna carrot & caulifower je
4 helai daun limau purut – buang urat daun tengah tu, supaya bau keluar.
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat
1 biji limau kasturi
air – lebih kurang 1L
garam & gula

Cara – Cara :

1.Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.

2.Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.

3.Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika

4.Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.

5.Siap untuk dimakan.

Nota: Resepi ini boleh digunakan juga untuk udang, sotong & juga campur.

Koleksi ResepiWhere stories live. Discover now