Selepas lena di buai mimpi. Khadijah bangun untuk membersihkan dirinya. Selesai mandi dan mengambil wuduk, khadijah menyarungkan pakaian dan terus membentang sejadah. Telekung yang tersidai dicapai olehnya.

"Ya Allah aku hanya mampu berdoa. Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku. Panjangkan umur mereka berdua. Ya Allah ya Rahman ya rahim, aku sedar aku hanya insan biasa. Benarkanlah dia sihat seperti dahulu kala. Aku tidak sanggup ya Allah. Sekiranya takdir sudah tertulis, aku terima seadanya. Tetapi, engkau berikan kekuatan kepada aku untuk menerima semua dugaan ini. Aamin ya robalalamin."

Telekung dibuka. Air mata yang menitis dikesat. Dugaan apakah ini ya Allah. Semakin lama dia cuba untuk kuat, memori indah mereka berdua tersemat di mindanya.

"Dah besar nanti kau nak kahwin dengan siapa?"Tanya luqman pada khadijah. Khadijah tersenyum sinis mendengar pertanyaannya.

"Kenapa? Kau nak kahwin dengan aku ke?"gurau khadijah. Diketawanya sendiri. Luqman luqman.

"Hmm boleh juga. Itupun kalau tak ada siapa nak kau." Ucap luqman sinis. Khadijah yang duduk di sebelahnya memandangnya semacam.

"Kau!! Sampai hati. Tak nak kawan."merajuk khadijah berpeluk tubuh berpaling daripada luqman.

"Guraulah. Tapi,apa yang aku kata,semuanya aku maksudkan. Janji dengan aku,kahwin dengan aku."ucap luqman serius. Kali ini riak wajahnya tampak dia ikhlas.

"Boleh. Tapi janji dengan aku, jangan tinggalkan aku." Khadijah tersenyum memandangnya. Luqman yang berada di situ turut tersenyum.

"Khadijah!!!" Jerit kakaknya.

"Ye. Khadijah datang."sahutnya. Telekung yang di pakainya tadi, terus disidai. Pintu biliknya dibuka, dia terus menuruni anak tangga. Makanan. Ahahahha makanan.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Alarm di atas meja berbunyi menandakan bahawa dia harus bangun untuk berangkat ke sekolah. Dengan rambut panjang tidak terurus dan masih mamai, khadijah mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Seusai dia membersihkan diri, seperti biasa khadijah solat subuh. Setelah selesai dia sembahyang, dia terus memakai pakaian sekolahnya yang siap digosok olehnya malam semalam. Perfume di sembur sedikit dan laju dia turun ke bawah untuk bersarapan. Kelihatan kakaknya, khalisa sedang menyiapkan mi goreng dan air milo untuknya. Khadijah menjamah sedikit mi goreng dan air milo tersebut apabila melihat kakak keduanya iaitu khaledaa sudah siap untuk berangkat ke kerja.

Laju dia menyalam tangan khalisa sebelum menaiki kereta. Beberapa minit kemudian, akhirnya dia sampai di hadapan sekolah. Tangan khaledaa disalam dan dia terus masuk ke pintu pagar sekolah.

Kelihatan rakan rakan sekelasnya sedang asyik berborak di sebuah dewan besar. Laju dia mengambil tempat bersebelahan kawan baiknya iaitu Maisarah. Kawannya yang comel itu sentiasa berada di sisinya. Ucapan nasihat dan semangat tidak pernah lekang di bibir maisarah.

"Kau okay tak? Luq macam mana?"soalnya. Dia hanya memandang mai sayu. Sudah dapat diagak oleh mai melalui riak mukanya. Luqman memang tak okay.

"Mai, aku tak kuat. Kenapa sekarang mai. Aku sayang dia sangat mai. Aku tak dapat nak jadi kuat seperti yang disuruh. Aku tak mampu tengok hari hari dia terlantar di hospital saja. Aku rindu nak bercakap dengan dia. Rindu sangat. Dapat ke aku tengok senyuman dia macam dulu?" Khadijah meluahkan perasaan yang terpendam. Sungguh dia tidak mampu menipu perasaannya di hadapan kawan baiknya sendiri. Khadijah memperlahankan suaranya. Dia tidak mahu sesiapapun tahu keadaannya macam ni selain mai.

Janji💕💕Where stories live. Discover now