Jungkook terus menyembamkan mukanya dengan bantal. Selimut ditarik sehingga menutupi keseluruhan badannya.

Merajuk lagi?

Aku dah biasa.

Sejak Jungkook ada alahan ibu mengandung ni, aku je yang normal.

Si suami asyik muntah-muntah.

Manja tak bertempat

dan

kuat cemburu bila aku bandingkan dia dengan anak dalam kandungan.

Sebut sahaja nama baby Jeon. Kesudahannya, Jungkook tarik muka dan merajuk tiada kesudahan.

"Jungkook, takkan merajuk lagi? Ala, Yoon sayang kat Kook lah."

Tubuhnya masih mengeras. Kebal betul dengan pujukan aku.

Aku mengusap kepalanya. Rambutnya aku sentuh perlahan-lahan dan belai seperti anak kucing.

Comel lah papa Jungkook ni.

"Kalau merajuk, saya akan puji anak kita non-stop sampailah dia lahir. Hehehe."aku usik lagi.

Hatiku bahagia melihat kelakuan comel Jungkook.

---
Jungkook merengus kasar. Selimut tebal dia tolak jatuh ke bawah.

Matanya tajam menjeling wajah Hae Yoon dengan perasaan tidak puas hati.

Bibirnya dimuncungkan ke hadapan. Tangannya mengepal penumbuk. Lalu, berkali-kali dia menumbuk bantal tidur itu.

"Aku cemburu. Cemburu lah Yoon! Tahulah aku dah tak hensem. Mulalah nak buang aku. Lepas tu, pilih baby Jeon yang comel. Aku dipinggirkan. S-sampai hati."

---

Ya tuhan ,dugaan apakah ini?

Tak kuat hati aku nak hadap Jungkook ni lama-lama.

Kedua-dua pipi Jungkook aku hadiahkan ciuman penuh kasih sayang. Terhenti terus tindakannya yang membebel dan merungut sejak dari tadi.

Aku melemparkan senyuman manis kepadanya. Aku capai tangan suami aku dan tangannya digenggam erat.

"Kena ingat satu perkara je. Jeon Jungkook akan sentiasa ada dalam hati Jeon Hae Yoon. I love you."ujarku seikhlas hati.

Matanya disinari dengan sinar bahagia. Begitu juga dengan aku.

Hujung bibir Jungkook mengukirkan senyuman kecil. Jarinya mengelus pipiku.

"I love you too,Yoon. Selamanya."

Satu baris ayat. Terkandung makna yang makin menguatkan cintaku padanya.

Misi hancurkan hati sudah lenyap.

Yang tinggal hanyalah,

Misi Menguatkan Kasih di Hati.

Terima kasih tuhan.

End.

----------------

A/N:Saya sebagai penulis story ini mengucapkan jutaaan terima kasih atas sokongan tidak henti-henti anda semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

A/N:Saya sebagai penulis story ini mengucapkan jutaaan terima kasih atas sokongan tidak henti-henti anda semua.

Chapter akhir ini mungkin ringkas dan klise. Namun, diharapkan dapat menambahkan bunga-bunga kegembiraan di hati kalian.

Saya baca komen anda semua. Serious sangat hargai.

♥♥♥♥
We're reaching 6K reads.

Thank you once again.

akak Sha purple you guys.

♥♥♥♥

Saya tamatkan

Misi Hancurkan Hati | JJK

Pd jam 01:32 pagi/ 13 Oktober 2018

Kita bertemu lagi di karya terbaru yang akan dilancarkan esok.

💖


[C]Misi Hancurkan Hati | JJKWhere stories live. Discover now