Dendam Si Janda Part5

643 17 2
                                    

Title: Dendam Si Janda
Teller:Helvy T.R & Safiyah. L , EYKA. Z
Cover Resources: Encik Google
Part: 5

Warning🔞🔞

Ah sudah! Kenapa dengan aku ni? Adakah aku malu mengakui Khairul itu suami aku? Aku hanya tersenyum kelat memandang Lina lantas kaku hilang kata-kata.

"Ok la bebb aku gerak dulu, nanti Kalau aku dapat datang majlis sanding korang tu aku info kau juga. Mau cepat balik ni penat"ujar  Lina

"Sampainya hati kau kalau tida datang majlis aku tu"

"Yalaa yala… aku set time aku dulu nanti k😘"Lina

"Okay bebb"

Aku memeluk Lina dan dia pun begerak meninggalkan aku dengan Khairul di sana..

"Sayang  jom balik"ujar khairul

Aku tersenyum apabila Khairul balik balik panggil aku dengan panggilan sayang…hummm akan bahagia ka yang berpihak kepada kami berdua nanti??

Aku dengan abang Khairul berganding tangan menuju ke tempat parking yang nda jauh dari situ.  tangan aku digengamnya bagaikan nda mau dilepaskan. Apa tida bepeluh peluh bah ni tangan kami dua…

Rumah

Sesampai saja kami di rumah, mak tengah sibuk di dapur memasak untuk makan malam kami, aku datang menghampiri mak diikuti dengan abang Khairul di belakang aku, aku memeluk mak dari belakang sambil mengecup ubun ubun nya.. Harum rambut mak sama seperti kasih sayang nya terhadap aku..

"Ehhh kenapa pulak ni tetiba jer peluk mak ni, takan dah rindu baru ja keluar pun? "Ujar  mak sambil memusingkan badanya menghadap aku dan abang Khairul

"Surprise… ."

Aku membuka kotak dimana diletaknya tu rantai emas dan menghulurkan kepada mak, Abang Khairul tersenyum melihat aku dengan mak…

"Ehhh siapa beli ni?? "

"Abang Khairul yang beli. khas untuk mak"

Mak lantas memeluk Khairul serta mengucapkan terima kasih, aku gembira nampak mak tersenyum begitu, harap harap kebahagiaan ini akan kekal selamanya bisik hatiku.

Selepas ja mak menyimpan seutas rantai emas itu, aku dengan abang Khairul membantu mak memasak.. Aisehhh rasa macam aku kahwin dengan abang Khairul tanpa paksaan pulak kalau begini gelak sana sini..

Aku memotong sayur, abang Khairul pulak memotong bawang, mak pulak menggoreng ikan..

"Lain kali nda paya la belikan mak begitu sekali, buang duit saja. Bagus simpan tu duit untuk kegunaan bila ada emergency nanti. Lagipun bukan murah tu… "mak

aku memandang abang Khairul yang focus memotong bawang, beair air bah mata dia kena pukul tu bawang 😂

"Laaa bukan selalu pun mak dapat gift begini, Khairul bagi tu sebab nak ucap terima kasih dengan mak sebab jaga Mayang aku ni sampai dewasa begini.. Mahal or murah nda paya kesah la mak sebab mahal lagi kasih mak dengan Mayang kan sayang?? "Khairul

Khairul mengesat air mata yang mengalir di pipinya, aku tersenyum melihatnya ingin saja aku menangis setelah mendengar setiap bait kata yang keluar dari mulut abang Khairul begitu tulusnya dia dengan aku apa salahnya saya memberi dia ruang dalam hati ini…

"Terima kasih sangat sangat nak khairul kerana menerima anak mak dengan setulus hatimu, doa mak sentiasa mengiringi rumah tangga kamu biarpun mak akan pergi nanti"ujar mak

"Iskkk mak ni.. Nda paya la cakap bukan bukan tu.. Jom kita sambung masak"ujarku dan sengaja aku menyibukkan diri memotong sayur…

Selesai kami menyediakan makan malam, abang khairul meminta diri untuk menguruskan diri dulu baru makan begitu juga aku…tapi sebelum aku melangkah menyusuli abang Khairul, mak memanggil aku, dan aku pun menghampiri mak di tepi singki..

Dendam si Janda (completed) Where stories live. Discover now