Dendam Si Janda

1.6K 32 3
                                    

Title: Dendam Si Janda
Teller: Eyka. Z, Helvy. TR & Safiyah. L
Cover Resources: Encik Google
Part: 1

Mayang Sari itu nama yang arwah ayah berikan kepada ku. Aku dibesarkan oleh ayah dan emak yang sangat sayang padaku. Bahagia yang aku kecapi tidaklah bertahan lama apabila kami ditimpa dugaan yang menyedihkan.

Ayah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, dan hidup aku dengan emak berubah sekelip mata. Ayah pergi meninggalkan kami dengan kesan yang mendalam bahkan setelah kematian ayah kami sering diganggu oleh lintah darat kononnya ayah berhutang dengan mereka dan mereka datang untuk menagih hutang.

   Habis barang-barang kemas emak dan barang-barang yang berharga mereka ambil dan membiarkan kami hidup seperti gelandangan. Aku dan emak membuat keputusan untuk pergi meninggalkan bandar dan kembali semula kekampung emak untuk meneruskan kehidupan dan apa yang menyedihkan adalah dikampung emak rumah sudah tidak terurus dan rumah itu hanya menunggu untuk roboh.

Aku dan emak mengucap panjang dan cuba mencari ikhtiar untuk membetulkan rumah. Mujur saja ada pak Dollah kawan lama emak yang mahu menolong kami untuk perbaiki rumah dan akhirnya kami boleh berteduh disitu dengan aman.

“Terima kasih pak Dollah sebab sudi tolong kami betulkan rumah ni. Kalau pak Dollah teda kami nda tau mau tidur dimana lagi lepas ni.”

“Sama-sama Mayang. Pak Dollah hanya mampu tolong yang termampu saja, kalau ada apa-apa jangan segan-segan cari pak Dollah ya. Timah, aku senang kamu sudah kembali semula ke kampung. Pasal arwah suami kau tu aku tumpang sedih.” ucap pak Dollah.

Emak hanya mengukir senyuman kelat lantas mengangguk perlahan.

“Terima kasih lah Dollah kau banyak tolong aku..” ucap mak pula.

“Sama-sama.. Aku balik dulu, kalau ada apa-apa kau panggil seja, aku ada seja dirumah tu.” balas pak Dollah

Emak dan aku mengangguk seraya mengucapkan terima kasih untuk kali yang terakhir. Setelah pak Dollah pergi, aku dan mak masuk kerumah dan akhirnya kami terbaring kepenatan.

“Fuh! Penatnya.. Nasib baik ada pak Dollah yang tolong kita kan mak?” soal ku seraya memandang tepat ke wajah mak.

“Ya Mayang. Syukurlah dia mau tolong kalau nda, sampai ke malamlah jawabnya kita baiki rumah ni.” ucap mak dengan keluhan berat.

“Mayang rehatlah dulu. Mak mau pigi dapur mau tengok apa yang ada didapur tu untuk dimasak. Esok baru kita pigi kedai cari barang dapur dan sebagainya.” ucap mak lantas bangun menuju kedapur.

Mujur saja mak masih ada simpanan di bank. Sudah lama mak simpan tanpa pengetahuan ayah dulu, dan sewaktu kami bergerak kesini,emak ada membeli sedikit barang untuk dimakan.

Aku lantas bangun dan menuju kebilik lalu menyediakan baju untuk diguna selepas mandi kelak. Usai saja mandi aku terus melangkah kedapur dan melihat emak tengah memasak,perut pula sudah mula berkeroncong.

“Haa Mayang, sabar ya kejap lagi masak lah lauk ni.” ucap mak apabila dia mendengar perutku berbunyi.

“Nda apa bah mak.. Mayang boleh tunggu..” ucapku manja seraya memaut bahu emak.

Emak hanya menguntum senyum... Usai makan aku menolong emak untuk membasuh pinggan mangkuk sementara emak pula bersihkan dapur. Walaupun aku hidup bersama mak dirumah kecil, aku cukup bersyukur dan berharap tiada lagi lintah darat datang mencari dan mengugut kami anak beranak..

2tahun berlalu, aku kini sudah semakin meningkat dewasa.. Aku pula mula mencari kerja setelah tamat sekolah, emak menyuruhku untuk menyambung pelajaran namun melihat jerih perih emak membuatkan aku tetap dengan niat untuk bekerja demi membantu emak.

Dendam si Janda (completed) Where stories live. Discover now